Thursday, December 16, 2010

UltraCad Convo Dah 6yo

Haish...hujung2 tahun ni mood keja pun suram. Tapi dalam dok suram tu hadoi la...keja banyak sungguh mak oi. Yang dah plan, yang tak plan semua ado belako. Sungguh tak syiok. You all semua hokay kah?. Dah ler tu...angels at home sokmo dok antar message thru FB Chatting.."bila ibu nak balik?", "lambat lagi kah ibu nak balik", "loma takmo makan", "orang bosan"....dan macam2 lagi lah yang sewaktu dengannya. You all semua camna? CB cam tu la...huhuhu....tu yang blog pun suram ja.

Tak mampu la cb nak kayuh laju macam SOP, macam Mia, macam Mak Aiyu Tomey, macam TTVM, macam Zarin, macam Azmiezas, macam Posh, macam MayaAmir, macam Ermayum dan macam2 lagi la...sekadar sebut beberapa nama yer. Tapi kot mana pun mesti cb jengah blog kengkawan hari2...kengkadang tu jeling je la kalu sibuk, tak sempat tinggai jejak. Sedeyyy.

Huhuhu....nak buat entry kenangan UltraCad punya convo pun tak sempat lagi. CB bagi intro photo dulu lah yer. Esok2 cb dah kerepot buleh la anak2 tengok kan. Kena tanam azam buat jugak ni.  Chewah.

UltraCad (2nd from left yang paling kemetot sekalik itu) dapat adiah Best in Computer Award

Ganas oh graduation dance depa nih. Gegaq stage!

Cad dapata diah dari Madam Sim yang sungguh komited dan sokmo wat Cad tension. Ngeh3.

Yeay! tahun depan darjah satu sudaaaaaaa

Ok lah.Sampai tang ni lah dulu na. Nak sambung keja la. Bubye.

Sunday, December 12, 2010

Biji Asam Jawa Penawar Bisa ?

1st of all cb mintak maaf kalu update kali ni huru hara. Cb update pakai buah beri. Maleh nk bukak laptop. Bukan apa sat lagi si kecik UltraCaf pun for sure al sibuks lah nak bukak utube nengok cita arjuna dakpun lagu shakira waka waka itu. Kemain lagi dak keciks UltraCaf hok baru 3 tahun itu.

Ok. Now berbalik kepada alkisah UltraCad kena sengat penyengat baru nih. Apart from makan ubat tetiba adik lelaki Cb hok macho macam padinno itu tanpa di sangka2 menunjukkan skills bomohnya ubatkan UltraCad. Memula tu cuak gak...hehehe. Tapi why not give a try kan. Dengan jayanya CB menyerahkan UltraCad kepada adik cb dengan penuh rasa ragu sebanyak 200%...ngeh3. 

Kat sini cb share gambaq2 UltraCad sewaktu rawatan itu.


Biji asam jawa di potong dua dan di letakkan di bahagian bekas gigitan penyengat. Adik cb cakap biji asam jawa ni dia akan otomatik melekat kalau bisa masih ada. Memula tu cam konpius ja cb. Tapi bila tengok sendiri...hmm betui lah jugak no. Biji asam jawa ni hanya akan jatuh dengan sendirinya bila dah habis serap bisa tu. Lepas 2 kali buat treatment ni within 2 days alhamdulillah rupabentuk mukabumi UltraCad kembali seperti sediakala gitu.

Sekianlah saja. Naik kejang jari menaip guna henpon nih. Kalu ada apa2 petua lain meh la kita kongsi mongsi.

ComeyBelako
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Ni masa 1st treatment, 2nd day lepas kena sengat.. Mata Cad almost tak bley bukak langsung.














Yang ni 2nd treatment, day 3 kena sengat. Mata dah boleh bukak. Telinga pun dan kecut.
Amazing kan? Biji asam tu tak jatuh.












Tadaaa...dah ensem sudaa. Sila abaikan keselerakan bilik tidur Ultras CB itu.





























Friday, December 10, 2010

Whoaaa...!...Serangan Panglima Kumbang dan Penyengat!

Wah!...cuti sekolah ni memang lah sungguh mencabar. You all camne? Kat opih tak yah cerita lah kan. Hujung tahun ni semuanya nak asap berasap (as soon as possible). Nak bagi meriah lagi semua asap tu...2 weeks ago UltraFan dengan jayanya melawat KPJ Specialist Hospital. Kenapakah ? 

Ianya adalah kerna...panglima kumbang entah mai mana buleh masuk dalam telinga. Hadoi la...kelam kabut tetengah malam gi spital KPJ tu untuk remove. Adohai lah anak ibu. Cb terlupa pulak nak amik gambaq hasil korekan itu. Haiseh man...

Ni ha Dr.Ewe tengah dok buat operasi telinga UltraFan. 

Sorry gambo kelabu asap guna henpon buah beri. Waktu malam. Cb tak berani nak lelebih...kang kena marah nge doktor. Kih3. Tapi gigih gak amik gambaq time UltraFan kena koreks. 

Hari ni tengah dok meeting Cb dapat call pulak from home. UltraCad pulak dah...satu badan kena gigit penyengat. Orang Kedah panggey 'temingat'. U all tau ka penyengat aka temingat tu lagu mana rupabentuk dia. Ha ni amik ni ha gambaq dia...CB google dan dapat dari foto ijulabi.fotopages.com. Thanks ya.

Penyengat + temingat.

Sian UltraCad...kena sengat serata alam. Mata, telinga, kaki, tangan semua bengkak. Doctor bagi satu beg ubat. Huhuhu...jenuh Cad nak makan. Ini la penangan hero yang lasak. Gi mancing dengan tok ayah...masuk kawasan larangan. Kan dah kena. Kekeke...layanlah wajah UltraCad yang dah senget sana sini...ngeeeeeeeee...

Sian anak ibu. Huhuhu...takpe...nanti ensem balik.

By the way. selain makan ubat...ada dak petua2 buleh amal untuk kena sengat ni ? CB memang tak reti. 

Bubye semua. Have a wonderful weekend. CB cam biasa...nak pi mancing je elr weekend ni.