Showing posts with label Stroke. Show all posts
Showing posts with label Stroke. Show all posts
Sunday, March 29, 2020
Terima kasih Majalah Keluarga
Terima kasih Majalah Keluarga kerana siarkan semula tulisan saya di laman web dan Facebook Page Majalah Keluarga.
Moga ada manfaatnya buat kalian.
Linknya di sini:
bit.ly/zurots_majalahkeluarga
Kerana Syurga Bukan Percuma
Assalamulaikum dan Selamat Pagi. Ini pandangan dari tingkap bilik tidur saya. Hari ke 11 perintah kawalan pergerakan dan Abe Mie masih belum jemu mengajak saya keluar. Setiap hari ayat yang sama. Mahu ke Kok Lanas dan mahu ke rumah abangnya. Adakalanya responnya tenang, adakalanya agak keras disusuli tantrum. Jemu di paras maksima barangkali. Biasanya seminggu sekali saya akan bawa Abe Mie keluar sarapan dan makan malam di luar. Kemudian saya akan bawa Abe Mie ke perkuburan di mana arwah ayah mertua, ibu mertua, dua orang kakak dan seorang abangnya disemadikan. Kami hanya duduk di dalam kereta di tepi tanah perkuburan. Abe Mie akan menadah tangan sambil tunduk khusyuk membaca doa. Apa agaknya doa Abe Mie. Adakalanya kelihatan butir-butir permata kecil terbit di hujung matanya. Betapa kasihnya beliau pada arwah ayah, arwah mek dan saudaranya. Perintah kawalan pergerakan amat mencabar buat kami seisi keluarga dengan keadaan mental disability Abe Mie sebegini. Beberapa hari lepas saya lupa kunci pintu bilik stor dan suis lampu bilik tersebut tak boleh dibuka. Jika dibuka akan short circuit bahagian lain di dalam rumah. Tak sempat panggil juruelektrik datang baiki dah kena perintah kawalan pergerakan. Saya beli lampu kalimantang dahulu gantikan lampu dapur dan lampu hall tengah yang rosak. Kipas di hall pun pakai kipas meja dahulu. Makan minum juga mencabar, serba tidak kena. Sejak sakit begini Abe Mie tak suka makan benda yang sama berulang. Jenuh juga nak masak setiap masa. Sebelum perintah kawalan pergerakan biasanya saya beli sahaja serba sebungkus untuk Abe Mie makanan berlainan seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi serta kuih di waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave sahaja apabila beliau mahu makan. Inilah kaedah yang terbaik setelah try and error selama empat tahun. Saya hanya masak satu jenis lauk untuk saya dan anak-anak. Setiap hari saya berperang dengan masa. Bukan mudah untuk uruskan serba serbi sambil mencari rezeki dari rumah apabila segalanya di bahu kita. Perkara-perkara remeh seperti memasak dan mengemas ini mencuri banyak masa. Kalian sedang laluinya sekarang bagaimana rasanya bekerja sepenuh masa di rumah. Saya ada pakej tambahan lain sejak empat tahun yang lalu, bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menjaga suami uzur serta tugas uruskan empat orang anak. Tempoh kawalan pergerakan bertambah meletihkan bagi mereka yang berada di dalam kasut yang sama seperti saya. Sekali keluar perlu harung berbagai urusan sekaligus. Ambil duit, buang sampah, beli groceries, temujanji hospital dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebagai ketua keluarga mahu tidak mahu perlu uruskannya juga. Jika kalian masih ada pasangan yang boleh berkongsi rasa, berkongsi penat lelah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang...itu sudah cukup hebat buat saya, nikmat besar, nikmat kasih sayang pasangan. Jika kalian tidak perlu bersekang mata dan lelah emosi setiap hari melayan kerenah pesakit, itu juga nikmat besar kalian ada, nikmat masa. Begitu juga saya, walaupun diuji dengan kesihatan suami, saya masih Allah swt beri rezeki makan pakai dan gelak tawa anak-anak di dalam rumah ini dengan melimpah ruah. Begitulah. Kuncinya dari kaca jendela bersih atau kelabu kita pandang aturan hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Penulis Agung cerita hidup kita, Allah swt. Zurots Kerana syurga bukan percuma. #raredisease #melassyndrome #melasjourney #covid19
Thursday, September 5, 2019
Beri Luar Biasa, Dapat Luar Biasa
"Kakak, tu budak OKU kelas PDK sekolah adik tu. Adik sokmo dok cerita kat ibu dia selalu marah budak-budak yang suka buli budak OKU tu. Panggil dia Kakak."
Dina buka tingkap kereta dan memanggil adik OKU tersebut. Secara zahirnya kita dapat melihat dengan jelas kelainan upayanya.
Saya hulurkan sedikit wang untuk Dina beri pada adik OKU tersebut.
"Kenapa Makcik bagi duit kat ambo?" Jujur sekali soalannya.
"Takpo. Makcik belanja. Adik gi beli apa adik nok makey (makan) di pasar deh."
"Sebenarnya ambo mari cari duit ambo. Hilang sepuluh riyal."
"Laa...ya ka. Takpo. Adik gi bbeli deh."
"Terima kasih Makcik," senyum meleret sambil buat sign mini love pada Dina. Dina ketawa berdekah-dekah dapat mini love dari adik tu 😅. Lelaki adik tu.
"Ibu, awat Ibu dok bagi duit kat dia? Kan ibu pun tak dak duit. Kita baru ja hilang banyakkan baru ni. Cukuplah hat kita dok biasa bagi tu. Ubat Abah pun tak beli lagi."
"Takpalah Kakak. Sebab tak dak teruklah kita kena bagi jugak. Kali ni ibu harap Allah bantu kita dengan luar biasa Kakak."
"Moga Allah balas lebih dari yang hilang tu kat ibu." Saya senyum sahaja mendengar jawapan balas Dina.
Waktu ke Pasar Pagi Machang baru-baru ini saya tak sedar saya hilang tujuh ratus ringgit. Jatuh ke lagu mana saya tak perasan. Ambil duit pencen Abe Mie di mesin ATM Bank Islam Machang, lepas tu terus ke pasar pagi. Balik rumah baru sedar.
Murung sekejap saya. Bagi surirumah yang menjaga suami uzur seperti saya tujuh ratus tu besar nilainya, dah lepas kos beli bekalan ubat sebulan yang dipreskripsi doktor untuk suami saya (L-Arginine & Co-Enzyme Q10). Ubat ni saya kena beli atas kos sendiri. HUSM tiada bekalan dan tidak dapat claim dari Perkeso juga kerana jatuh di bawah kategori suplemen katanya. Entahlah. Tetapi dua jenis ubat ini memang preskripsi wajib kebanyakan pesakit Sindrom Melas di luar negara juga. Biasanya saya habis lebih kurang enam ratus sebulan untuk ubat ini. Itu belum masuk kos susu Nutrien Diabetik beliau setiap bulan yang harganya antara lapan puluh lima hingga sembilan puluh enam ringgit setin.
Selesai dengan adik OKU tadi kami bergegas pulang ke rumah. Anak saudara saya datang menghantar ubat Abe Mie yang saya nyatakan di atas. Saya minta tolong abang ipar belikan di Kota Bharu. Jadual saya sangat padat sekarang dengan tusyen Irsyad dan Isyraf. Saya hantar mesej kepada abang ipar dan bertanyakan harga serta minta beliau berikan nombor akaun untuk saya bayar. Beliau menolak. Belanja Mie katanya 😢. Empat ratus lebih juga nilai yang dibeli.
Dua hari lepas pula saya terima kiriman susu Nutrien Diabetik dari sahabat di Kuala Lumpur sebanyak lapan tin yang nilainya menghampiri lapan ratus ringgit 😢. Suami beliau yang juga seorang stroke survivor tidak lagi minum susu jenis ini. Saya sudah lama stop beli susu ini untuk suami kerana saya prioritikan ubat beliau dahulu.
Sebelah petangnya pula abang Pos Laju hantar portable video player. Ada sahabat Facebook hadiahkan 😢. Saya dah pernah beli satu untuk Abe Mie portable video player ni. Radio mini pula 3 buah dah saya beli. TV juga masuk yang ketiga dah di rumah ni sepanjang Abe Mie sakit. Saya tak larat dah nak beli baru selepas semuanya rosak akibat Abe Mie kerap tantrum dan baling barang pada tahun pertama beliau diserang strok. Banyak lagi perkara prioriti dari segi kewangan.
Terduduk saya apabila Allah swt ganti kesedihan saya bertubi-tubi begini, lebih dari nilai wang saya yang hilang.
Betullah Mak saya sokmo dok pesan dulu. Kita ni nak perhatian luar biasa dari Tuhan. Tapi kita sendiri beri yang biasa-biasa saja kepada Tuhan. Tak logik sangat tu kata Mak. Kita nak tagih kasih-sayang manusia pun macam-macam kita laburkan. Apatah lagi ini Tuhan. Mahu yang luar biasa dari Tuhan, perlu beri yang luar biasa juga. Terima kasih Mak. Akak takkan lupa pesan Mak.
Memberi ketika kita sendiri tersepit adalah sangat perit tetapi sangat mahal. Di situlah luar biasanya.
Tak dak apa. Saja beletiaq. Tak beletiaq tak best. MekZurots energi banyak. 😁
Nota:
Video: Saat pertama Abe Mie lihat portable video player hadiah rakan FB saya. Siap download ayat Al-Quran dan cerita P.Ramlee dah untuk Abe Mie.
#melas
#melasjourney
#abe
#kamimestikuat
Thursday, August 29, 2019
VLOG#1: Briskwalk with Abe Mie
Saya cuba. Vlog pertama saya. Ewah! Boleh juga layari YouTube Channel saya: Mek Zurots. Rupanya di channel saya yang dah lama saya create ni Si Kenit dah upload beberapa video dia kat situ. Adoi! Saya sendiri tak perasan. Advance sungguh budak-budak la ni.
Hari ni saya bawa Abe Mie briskwalk di sekitar rumah saya. Bila direnung kembali, cantik sungguh aturan Tuhan. Suami saya sakit setelah kami berpindah ke sini (Pulai Chondong). Rumah kami di tengah padang, tidak serabut dan amat sesuai untuk proses pemulihan pesakit strok.
3 tahun lalu, Abe Mie terlantar teruk dengan berat 32kg sahaja. Berat terkini beliau sudah naik ke 44kg. Ketika itu makan, minum, kencing, berak semuanya di pembaringan. Secara teorinya penyakit yang dihidapi Abe Mie iaitu Sindrom Melas (Mitochondrial myopathy, encephalopathy, lactic acidosis, and stroke syndrome), biasanya keadaan pesakit akan makin teruk dan berakhir dengan fataliti.
Sindrom Melas merupakan sejenis penyakit mutasi genetik, penyakit yang amat rare dan belum ada penawarnya. Antara sintomnya yang ketara ialah pendengaran merosot, penglihatan merosot, keletihan yang teruk dan strok berulang. Biasanya kekurangan ini akan berlaku secara perlahan-lahan.
Buat masa sekarang saya baru berjumpa dengan seorang pengidap penyakit ini dari selatan tanah air. Itu pun kami berjumpa di dalam support group antarabangsa. Di HUSM, suami saya satu-satunya pesakit Sindrom Melas. Sewaktu fasa awal suami disahkan dengan penyakit ini, down juga saya. Apatah lagi apabila membaca berbagai jurnal tentang penyakit dan perkongsian dari caregiver pesakit Sindrom Melas ini di platfrom antarabangsa. Kesimpulan dari perkongsian mereka ialah ianya sejenis penyakit yang menjurus kepada ‘progressive illness’.
Sepanjang berada di HUSM menjaga suami di wad neurologi, saya banyak membuat refleksi diri dan akhirnya bertanya kepada diri sendiri, “Sampai bila aku mahu hidup dengan pemikiran sebagai MANGSA keadaan? Sampai bila nak hidup dalam kesedihan dan self pity?” Saya seorang yang aktif dan tak pandai duduk diam. Bila dibelenggu dengan fikiran sebegini waktu itu, letihnya ya Tuhan tubuh badan. Tidak bersemangat jadinya. Betullah mat saleh cakap, healthy mind lead to healthy body kan.
Selepas itu saya mula bangkit. Saya buat research sendiri tentang penyakit ini. Saya cuba faham sejarah penyakit keluarga suami. Saya cuba relate dengan sintom-sintom yang ada pada adik-beradik beliau, cara pemakanan dan lifestyle mereka sebagai panduan untuk pemulihan Abe Mie.
Ada juga beberapa kes dari kumpulan sokongan antarabangsa yang positif walaupun majoritinya agak menakutkan. Mereka dapat kesan penyakit ini awal dan mereka menjaga pemakanan, ubatan dan cara hidup. Saya hubungi mereka ini secara offline dan tanyakan tips. Di negara maju, pendedahan dan sistem sokongan tentang penyakit berkaitan Mitochondria (power cell system of human body) lebih terbuka dan baik berbanding kita di sini. Menyulitkan lagi keadaan, di Malaysia terutamanya masyarakat Melayu menganggap penyakit genetik sebagai taboo dan tidak bersedia untuk berkongsi secara terbuka.
Alhamdulillah. Abe Mie punya progres yang baik berbanding 3 tahun lalu. Dari terlantar dan tidak boleh bertutur, sudah boleh berjalan dan pot-pet siang dan malam. Saya perlu bekerja lebih keras untuk pemulihan mental beliau. Walau dari segi teori perubatan adalah sesuatu yang mustahil untuk beliau pulih mentalnya, semua ini dari Allah. Saya takkan berputus asa. Apa yang berlaku ini bukan satu beban atau kami menjadi mangsa. Apa yang berlaku ini adalah peluang menjadi manusia yang memanfaatkan setiap inci waktu berbaki dengan perkara kebaikan untuk mendapat redho Tuhan.
Sunday, August 18, 2019
Penghargaan Tuhan vs Penghargaan Manusia
Pada hari Khamis lepas ada staf Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menegur saya ketika saya mengambil ubat suami dan anak saya Irsyad di kaunter farmasi. Beliau turut bertanya khabar keluarga serta hal penulisan saya, lama saya tak menulis cerita kehidupan katanya. Terima kasih Puan di atas sokongan moral buat saya. Ya, saya agak sibuk kebelakangan ini dengan rutin anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 pada bulan September 2019 nanti. Tusyen sekolah petang dan malam, berseorangan pusing stereng, tak dapat nak bergilir dengan sesiapa. Dalam masa yang sama perlu terus berusaha dan pantau keadaan suami sepenuhnya juga. Banyak masa habis di jalanan.
Setelah selesai di farmasi saya ke klinik Neurologi dan Oftalmologi pula untuk reschedule temujanji kerana sebelum hari Raya Haji baru-baru ini saya tidak dapat bawa Abe Mie di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Terharu dengan layanan jururawat yang baik dan sabar menukar tarikh temujanji di dalam sistem. Tidak ‘judge’ saya yang tidak bawa suami ke temujanji doktor. Sebaliknya beliau memberi kata-kata semangat pada saya untuk terus berusaha dan bergantung sepenuhnya pada Tuhan. Terima kasih Kak. Kadang-kadang rasa malu sendiri, Tuhan sentiasa hantar orang yang baik-baik untuk saya berurusan, secara tidak langsung urusan saya sentiasa menjadi mudah. Nikmat manakah lagi yang didustakan? Terlalu banyak nikmat berbanding ujian sebenarnya. Kuncinya pandangan mata hati kita fokus pada apa.
Sewaktu Hari Raya Haji di Kedah baru-baru ini, saya temankan Mak saya ke pasar untuk beli groceries, daging dan ayam untuk dibuat rendang. Boleh tahan banyaknya. Saya diam sahaja melihat Mak, Isyraf dan Irsyad memasukkan barang-barang ke dalam bakul. Sampai di rumah kami bantu Mak memasak juadah untuk hari raya. Entah nak jamu siapalah rendang daging dan ayam banyak-banyak ni, detik hati saya.
Waktu Subuh di pagi raya terjawablah soalan saya semalamnya. Mak sudah siap bungkus 3 set rendang dan ketupat untuk keluarga adik-adik iparnya, Abah yang pergi hantarkan. Salah satunya untuk Pakcik Awang sekeluarga yang tinggal berjiran dengan rumah ibubapa saya. Pakcik Awang seorang OKU fizikal, sakit strok, isterinya telah lama meninggal dunia akibat barah otak. Mempunyai 3 orang anak, yang sulong sudah bekerja (bujang) dan 2 orang adiknya masih belajar di pusat pengajian tinggi.
Betapa konsistennya Mak menjaga ukhuwah sejak kami adik-beradik masih kecil. Walau usaha Mak mungkin nampak remeh, tetapi itulah dia baja dan air yang menyuburkan pokok ukhuwah sekian lama. Mak tak pernah peduli siapa pakcik-pakcik saya itu, miskin, kaya atau melarat. Mak tak pernah peduli ada orang tahu atau tidak apa yang dilakukan. Waima saya sendiri pun hairan sehari sebelumnya Mak masak mengalahkan nak kenduri. Yang Mak tahu dia buat saja apa yang Tuhan suka.
Sewaktu solat sunat hari raya, Tuan Imam membaca khutbah hari raya perihal usaha dan pengorbanan. MasyaAllah. Rupanya Tuhan beri contoh secara kiasan melalui Mak saya sendiri. Bagaimana usaha dan pengorbanan besar yang dilakukan oleh Siti Hajar bersendirian di tengah padang pasir yang kontang. Beliau berusaha mencari sumber air untuk dirinya dan anakandanya Nabi Ismail a.s dengan berlari-lari anak sebanyak 7 kali berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa.
Tiada seorang manusia pun yang melihat usaha dan pengorbanan beliau. Tetapi beliau tetap berusaha sehinggalah Allah swt kurniakan keajaiban sumber air hasil hentakan kaki Nabi Ismail a.s yang masih bayi. Usaha dan pengorbanan Siti Hajar tidak disaksikan oleh mata manusia, tetapi usaha dan pengorbanan beliau disaksikan oleh Allah swt dan diangkat oleh Allah swt hingga hari kiamat melalui ibadah Saei’ yang umat Islam perlu laksanakan ketika menunaikan ibadah haji atau umrah.
Begitulah juga dalam kehidupan seharian kita, lakukanlah apa sahaja usaha, pengorbanan dan ibadah tanpa mengharapkan penghargaan manusia. Di sini letaknya kunci ketenangan dan kebahagian. Kita takkan terkesan dengan reaksi dan pandangan manusia kerana usaha, pengorbanan serta ibadah yang kita lakukan hanya kerana Tuhan.
Didoakan ada manfaatnya.
#livelifezura
#kamimestikuat
Tuesday, July 30, 2019
Pengalaman Membumi
Petang tadi bawa Abe Mie jalan-jalan cari makan di Kuala Krai. Kemudian Abe Mie minta dibawa ke Stesen Keretapi Kuala Krai. Saya turutkan saja walau jam sudah menunjukkan jam 6.30pm.
Beliau terkenangkan waktu beliau sihat. Antara aktiviti hujung minggu kami semenjak anak-anak masih kecil, kami bawa anak-anak untuk short trip menaiki kenderaan awam.
Begitu banyak cerita lama kami anak-beranak keluar dari mulut beliau. Seronok mendengarnya walau letih dan pening pun ada. Berbagai topik bercampur-campur dan melompat ke sana sini dari satu topik ke satu topik. Begitulah antara impak post stroke yang dialami suami saya.
Kami pernah tinggal kereta di Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Naik keretapi turun di Butterworth. Kemudian bawa anak-anak naik feri pergi dan balik ke Pulau Pinang. Sampai kembali di Butterworth kami ambil bas pula ke Sungai Petani. Dari Sungai Petani kami balik naik keretapi ke Bukit Mertajam semula untuk pickup kereta.
Apabila menetap di Kelantan kami buat perkara yang sama juga. Tinggal kereta di Stesen Keretapi Tanah Merah dan naik keretapi pergi balik ke Tumpat. Sementara keretapi nak balik semula ke Tanah Merah sampai kami merayau di pekan kecil sekitar stesen sambil mengisi perut.
Momen ringkas dan tidak memerlukan belanja yang tinggi tetapi amat berbekas di hati anak-anak. Antara pelajaran dan pengalaman yang kelihatan remeh tetapi manisnya berpanjangan. Pelajaran tentang hidup membumi @ merendah diri seawal usia rebung.
InsyaAllah.
MekZurots
www.mekzurots.com
#livelifezura
Sunday, June 30, 2019
Children Learn From What We Are Than What We Teach
Beria benar Abe Mie mahu berkongsi buah asam yang sedang dimakan dengan abang-abangnya. Bangga sungguh beliau bercerita yang buah asam tersebut dibeli oleh Si Kenit Isyraf di sekolah.
Setiap hari apabila Isyraf pulang sahaja dari sekolah, suami saya yang mempunyai impak mental akibat strok akan sangat teruja menanti buah tangan dari Isyraf. Adakalanya gula-gula, roti, air kotak dan apa yang sempat dibelinya di kantin atau kedai berhampiran sekolah untuk abahnya.
Apabila saya pandang gelagat dua beranak ini, sayu pula jadinya. Ianya seolah-olah lakonan semula babak-babak yang sama beberapa tahun yang lalu ketika Isyraf masih kecil, ketika suami masih sihat. Abe Mie tidak pernah lupa buah tangan untuk anak-anak apabila pulang dari pejabat atau tugasan di luar, walau hanya sebiji gula-gula tetap takkan beliau lupa. Dari jauh Isyraf, abang dan kakaknya akan menerpa, bersalam, memeluk dan menanti buah tangan dari suami.
Rindu.
Children learn from what we are than what we teach.
#caf
#livelifezura
Jarak Kita Dengan Al-Quran Melambangkan Jarak Kita Dengan Tuhan
Ini suami saya Abe Mie yang hilang ingatan akibat strok kali kelima pada Ogos 2017 (link di atas). Enam bulan terlantar di katil. Pemulihan fizikal berperingkat hingga kepada keadaan dalam video ni. Hidup dalam dunia sendiri. Kadang cakap sorang-sorang.
Sekali pandang rasa kasihan pada beliau. 10 kali pandang saya kasihan pada diri saya sendiri yang sibuk dengan segala macam urusan dunia.
Walaupun beliau hidup dalam dunia sendiri, ayat Al-Quran adalah halwa telinga beliau siang dan malam. Penglihatan beliau terjejas teruk. Jadinya semenjak beliau boleh duduk selepas 6 bulan terlantar, saya cuba ajar Abe Mie perlahan-lahan menggunakan radio kecil sendiri dengan meraba dan menyentuh radio tersebut. Waktu terlantar memang saya pasang 24 jam dalam bilik tempat beliau berbaring.
Short term memory Abe Mie memang ke laut. Kalau suruh solat sokmo cakap solat dah sebab memori lama beliau masih kuat. Jadi beliau dok ingat yang tahun bila beliau dah solat tu. Jenuh bergaduh. Tapi jika beliau mula solat, alhamdulillah aturan solat beliau betul dan bacaan pun betul. Solat jamak pun betul aturannya.
Azam MekZurots yang masih elok ingatan dan penglihatan pada tahun ni ialah perlu gigih membudayakan Al-Quran di rumah. Tak boleh ikut mood dan kelapangan masa lagi. Perlu jadikan habit seperti Abe Mie.
Never stop learning because life never stops teaching.
Dengan Abe Mie yang tak sihat macam tu pun Allah swt kirim pengajaran. Baiknya Allah swt. Sayangnya Allah swt pada kita.
Terima kasih pada yang hadiahkan radio mini ini pada Abe Mie. Rakan FB, dah lupa namanya. Gigih beliau datang ke hotel saya menginap di Kuala Terengganu pada awal tahun lepas untuk beri radio tersebut pada Abe Mie. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.
Tuhan Beri Apa Yang Kita Perlu Bukan Apa Yang Kita Mahu
Saya ada terbaca debate bab sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah harian yang melintas di timeline saya. Saya nak share sedikit pengalaman sendiri bab ni.
Pada Januari 2016 anak saya Irsyad disahkan mengidap Sindrom Nefrotik (kebocoran protein pada buah pinggang). Pada tahun ini juga Irsyad menduduki peperiksaan UPSR.
Dalam diam saya ada juga meletakkan harapan untuk Irsyad masuk ke sekolah berasrama kerana saya sendiri adalah produk sekolah berasrama. Saya dapat lihat banyak manfaatnya dalam membina sahsiah diri dengan tinggal di asrama sekolah terpilih. Seperkara lagi harapan saya dalam diam itu barangkali kerana anak pertama dan kedua juga tidak bersekolah di sekolah berasrama. Irfan berkeras tidak mahu mohon mana-mana sekolah berasrama selepas mendapat 7A peperiksaan PT3 kerana risaukan saya dengan keadaan kesihatan Abahnya tidak menentu. MekNa memang awal-awal lagi tak mahu ke mana-mana, dok asrama tak boleh lepas gian buat kek katanya. Saya seolah-olah mahukan hasrat saya dipenuhi oleh anak ketiga pula iaitu Irsyad.
Walaubagaimanapun semakin hari harapan saya semakin pudar. Irsyad begitu kerap keluar masuk hospital, sebanyak 6 kali pada tahun 2016 dan minima 2 minggu setiap kalinya. Irsyad banyak terlepas kelas. 2 minggu sebelum peperiksaan UPSR Irsyad masih di wad Hospital USM. Secara automatiknya saya tidak lagi meletakkan harapan. Semuanya sudah berubah. Apa yang penting ketika itu ialah kesihatan dahulu. Saya beritahu Irsyad perkara yang sama juga. Kesihatan dahulu. Saya tidak mahu Irsyad bimbang hingga menjejaskan kesihatannya.
Keputusan peperiksaan UPSR keluar. Irsyad mendapat 5A1B. Tak terkata saya. Terkejut juga. Alhamdulillah. Guru-guru juga teruja kerana Irsyad terlalu banyak ketinggalan kelas.
Irsyad kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Machang dan temuduga ke MRSM Besut, kedua-duanya sekolah berasrama penuh. Ianya ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Impian saya bakal menjadi nyata. Kami membuat keputusan untuk menerima tawaran ke SM Sains Machang dan persiapan dibuat. Sekolah pula 10 minit sahaja dari rumah. Saya dah siap plan, setiap hari Jumaat akan bawa bekal makanan dan berjumpa Irsyad waktu Irsyad solat Jumaat di masjid berdekatan.
Perancangan kita adalah baik, tetapi perancangan Tuhan sentiasa yang terbaik.
Beberapa hari sebelum hari melapur diri, Irsyad buat kali keenamnya pada tahun tersebut dimasukkan ke hospital lagi akibat komplikasi pada buah pinggang. Doktor Pakar Nefro menyatakan rasa bimbang jika saya teruskan dengan perancangan saya untuk masukkan Irsyad ke sekolah berasrama penuh. Diet Irsyad sukar dijaga. Antibodi Irsyad yang agak lemah akibat pengambilan steroid membuatkan risiko Irsyad mudah jatuh sakit adalah tinggi. Jadual asrama pula padat.
Saya akhirnya akur dengan nasihat doktor. Saya percaya Allah swt pasti ada aturanNya yang tersendiri yang saya tidak nampak. Redah sajalah. Irsyad saya masukkan ke sekolah pilihan bersesuaian dengan keputusannya iaitu SMK Agama Wataniah Machang yang membenarkan pelajar duduk di rumah. Boleh tahan juga jaraknya dari rumah, 20 minit memandu. Kesihatan Irsyad semakin stabil, alhamdulillah.
Pada tahun berikutnya, Ogos 2017, suami saya diserang strok buat kali kelima dan memerlukan jagaan sepenuhnya dari penjaga. Pada bulan April 2018 pula, anak sulong saya Irfan menerima tawaran belajar di Kolej Universiti Perubatan Antarabangsa Pusrawi dalam jurusan Sains Perubatan.
Fahamlah saya aturanNya.
Kini Irsyadlah antara semangat saya di rumah menggantikan abangnya yang jauh di Kuala Lumpur. Irsyad bergilir dengan kakaknya MekNa dan adiknya Si Kenit menjaga Abah mereka di rumah dan juga bergilir mengambil cuti menemani saya membawa Abah mereka ke hospital untuk temujanji doktor.
Saya tidak dapat melakukannya sendirian kerana suami saya mempunyai impak mental dan penglihatan. Nak parking kereta, nak turunkan suami dan wheelchair dari kereta, nak ambil ubat, nak ke tandas dan sebagainya saya perlukan pembantu. Anak-anaklah yang menjadi kekuatan saya. Ilmu kehidupan yang mereka kutip sekarang di rumah juga tidak kurang mahalnya untuk menjadikan mereka manusia yang menjadi, bukan ukuran akademik semata-mata.
Kadang-kadang kita terlalu merancang dan bimbang hingga lupa untuk live the present moment. InsyaAllah ada manisnya setiap kejadian jika dipandang dengan penuh hikmah. Jika negatif sahaja yang kita cari, negatif jugalah yang kita temui.
Tuhan beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
MekZurots
www.mekzurots.com
#redahsajaallahada
Monday, February 4, 2019
Ferris Wheel & Doa
Si Kenit nak sangat ke ekspo di Kok Lanas. Nak naik 'merry go round' dan 'ferris wheel' macam Abah dok bawa dulu katanya. Ada nada rindu di situ.
Haih! Fikir 10 kali ibu. Nak menyusuri crowd dan laluan antara gerai yang sempit. Oklah, kita pergi lewat sikit, 1 hour sebelum tutup.
Lega, dah tak begitu ramai orang. Tercapai hajat Si Kenit. Abe Mie juga sangat happy, macam-macam cerita lama tentang ekspo, tentang 'eyes on Malaysia' di Melaka keluar dari mulutnya. Cerita yang ada storyline. Selalunya kelam-kabut, sekejap A sekejap C, sekejap Z. Alhamdulillah.
Seperti biasa, kerusi ajaib @ kerusi lipat memancing wajib dibawa untuk Abe Mie yang cepat letih. Wheelchair memang tak boleh diguna untuk menyusuri ekspo ni, jalan berbatu dan tidak rata serta sempit. MekNa belikan selipar baru untuk Abah. Parking kerusi di luar gerai dan bawa selipar keluar untuk Abah cuba. Pemilik gerai juga sangat memahami. Terima kasih bang! Moga murah rezeki berniaga di sini di malam-malam seterusnya.
Bila diingatkan kembali bagaikan mimpi pencapaian dan progress Abe Mie sekarang. 19 Ogos, 2017 (sehari sebelum hari lahir beliau) beliau terlantar dan tersadai teruk. Perlukan bantuan sepenuhnya untuk menguruskan diri. Nak angkat kepala sendiri pun tak mampu. Minum air dan makan bubur guna straw - saya titikkan ke dalam mulut ketika itu.
Tiga bulan selepas itu beliau boleh duduk di atas wheelchair. Antara trip paling gigih saya pernah bawa Abe Mie ialah ke Tasik Kenyir, usung beliau naik bot. Kami sekeluarga pernah bermalam di Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam memancing di atas rumah bot ketika beliau sihat. Sedaya mungkin saya cuba bawa beliau ke tempat favourite beliau dan lakukan aktiviti kegemaran beliau.
Moga dengan sedikit usaha saya, anak-anak serta doa kalian dan dengan izin Allah swt dikembalikan pula kesihatan mental dan ingatan Abe Mie satu hari nanti. InsyaAllah.
Friday, February 1, 2019
What You Give Is What You Get
"Ibu, Ibu bagitau kat Irsyad dan Adik nah, setiap kali depa naik motor tu Abah dok naik dengan depa. I know they missed Abah a lot."
Irfan tinggalkan pesanan apabila saya ceritakan yang dua beradik tersebut gigih menarik motor lama Abah mereka dari stor arwah ayah. Motor Honda C70 tersebut yang sudah 20 tahun lebih tersadai berjaya dibaiki oleh anak jiran yang baik hati dan dihidupkan. Melompat Irsyad dan Isyraf suka. Beria-ia menarik tangan Abah mereka dan membantu untuk naik duduk di atas motorsikal. Rindu nak naik motorsikal pusing kampung dengan Abah macam dulu-dulu kata Si Kenit Isyraf. Kalaulah Abah sihat dan faham, Abah pasti akan bangga dengan kalian.
"Ibu, hari ni orang pi tengok wayang. Orang tengok cerita How To Train Your Dragon."
"Teringat yang kita pi tengok ramai-ramai dengan Abah. Cerita tu la last kita tengok sekali."
Antara perbualan dengan anakanda Irfan yang belajar di KL semalam. Ada nada rindu yang mendalam. Ibu pun sama. Apatah lagi insan yang dirindu, Abah kalian ada di depan mata setiap masa, tetapi tidak lagi dapat berkongsi rasa dan tanggungjawab dengan Ibu. Berdua tetapi sendiri.
Tetapi rindu itu sangat positif. Rindu anak-anak Ibu dan Ibu sendiri pada Abah tanda Abah kalian telah berjaya lekat di hati kita dengan segala kebaikan yang ada padanya. Biasanya orang rindu yang mendalam hanya setelah insan itu dijemput ke negara abadi. Abah kalian masih di sini tetapi amat dirindui.
Bukan setakat rasa rindu dan kasih yang Allah swt beri, dijadikan kita sekeluarga juga amat 'protective' dengan Abah kalian. Kita amat terkesan jika ada insan-insan yang kurang sabar dan kurang adab bertindak tidak wajar dengan Abah kalian di atas kekurangan beliau. Indahnya rasa yang Allah swt beri pada kita dan mereka yang banyak beri sokongan ke atas Abah kalian. Pesakit yang mempunyai impak mental biasanya akan berakhir di jalanan atau terkurung di rumah sendiri. Tetapi Abah kalian disantuni dengan kasih dan rindu. Malahan pesakit yang tidak mempunyai impak mental pun kebiasaannya mengundang perbalahan di dalam keluarga, masing-masing mencari hujah siapa yang lebih patut menjaga. Moga Allah swt lindungi kami sekeluarga dan kekalkan rasa yang indah ini buat Abe Mie dan sesama kita, juga buat rakan pembaca saya.
Ibrahnya dari semua ini ialah satu perkataan keramat yang menjadi pegangan Abah kalian wahai anak-anakku iaitu KEBAIKAN. CARI KEBAIKAN dan BUAT KEBAIKAN setiap masa walau dengan sesiapa sahaja, tidak kira umur, bangsa dan pangkat. Juga USAH MERASA DIRI LEBIH BAIK dari orang lain.
Waktu usia anak-anak rebung, manfaatkan sepenuhnya untuk menunaikan tanggungjawab kita mendidik mengikut landasan agama. Bukan masa dikerah sepenuhnya mencari duit atas alasan tanggungjawab hingga masa untuk anak-anak tiada. Masa itulah yang akan memupuk rasa rindu, kasih dan berbagai rasa yang indah dari anak-anak buat kita nanti.
What you give is what you get.
Didoakan ada manfaatnya.
MekZurots
Menekan keyboard ketika menunggu Irsyad dan Irsyraf menunaikan solat Jumaat. Moga ada rezeki untuk anak-anak kembali bersolat Jumaat di masjid bersama Abe Mie.
Menekan keyboard ketika menunggu Irsyad dan Irsyraf menunaikan solat Jumaat. Moga ada rezeki untuk anak-anak kembali bersolat Jumaat di masjid bersama Abe Mie.
Gambar: anak-anak sibuk mencuci motorsikal lama Abah mereka. Nak surprisekan Abah katanya.
Tuesday, November 20, 2018
Mental Health vs Siblings Support
Salam Maulidur Rasul 2018. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi kita yang dikasihi Nabi Muhammad SAW.
Saya ucapkan jutaan terima kasih pada yang bertanya khabar dan ziarah Irsyad di HUSM. Irsyad dah keluar wad pada 18/11/2018 dan masih dalam proses recovery, belum cergas sepenuhnya. Doktor-doktor dan staf-staf HUSM wad 6S (wad kanak-kanak), terima kasih tidak terhingga di atas penat lelah kalian. Irsyad dah ke sekolah semalam untuk ambil exam subjek yang terlepas. Terima kasih Cikgu Masnun, dalam kesibukan sebagai pengawas peperiksaan SPM masih berkesempatan ambil tahu hal Irsyad. Dan keramat hidup saya, Mak yang dikasihi, terima kasih Mak sokmo jadi penyelamat Akak. Datang naik bas untuk bantu jaga cucu di hospital ketika Akak bergelut dengan masa; suami yang tidak sihat di rumah, anak yang sakit di hospital dan ayah mertua yang uzur.
Selesai proses discharge Irsyad dari wad, saya terus bergegas ke rumah ayah mertua yang sudah sangat uzur keadaannya. Letihnya hanya Tuhan yang tahu. Tumit kaki sebelah kanan sudah mula terasa sengal, terlalu banyak memandu ke sana sini.
Abe Mie, MekNa dan Si Kenit sudah berada di rumah ayah semenjak sebelum Asar lagi. Abang sulong dan anak-beranak mereka bantu uruskan. Rupanya Abe Mie tantrum di rumah ayah, marah-marah dan jatuhkan barang. Tetapi abang yang sorang ini sabar benar dengan kerenah adik bongsunya. Mewarisi sikap ayah saya kira, yang sabar setiap 2 hari mendengar celoteh suami saya yang entah apa-apa selama berjam-jam di atas kerusi roda. Saya tidak dapat bayangkan keadaan suami jika ayah pergi suatu hari nanti. Attachment suami pada ayah sangat tinggi. Kami berhijrah tinggalkan kerjaya selesa di Kedah juga sudah dapat dinilai betapa tingginya kasih suami pada ayahnya.
Malam sebelum itu abang sulong, Abe Yo bawa suami melepak pekena kopi panas di kedai kopi berhampiran.
"Jom Mie kito gi minum di kedai pelayan tak pakai bra." Suka sungguh suami saya diusik sebegitu. Sampai pejam mata gelaknya. Amboi!
"Namo gapo hok tok pakai bra tu?" tanya Abe Mie lurus.
"Za namo dio. Zakri. Mat Zakri," jawab Abe Yo.
"Hmm...jatey (jantan)! Memey (memang) la," Abe Mie lurus membalas. Kecewa ke? 😜
Hampir pukul 1 pagi baru pulang 2 beradik itu. Suami saya gembira tak terkata. Seronok bercerita kepada saya dan anak-anak apa yang dimakan, apa yang dibualkan, bagaikan anak kecil.
Tak dak apa pun, sekadar berkongsi betapa pentingnya sokongan adik-beradik kepada pesakit dan keluarga penjaga pesakit dari segi kesihatan mental mereka jika tidak mampu memberi bantuan material. Tidak banyak pun, kalian sekadar perlu kekalkan momentum hubungan sepertimana sebelum mereka sakit. Jika emosi pesakit baik, insyaAllah proses kesembuhan fizikal juga akan cepat. Pada tahun lepas bulan Ogos, suami saya terlantar sepenuhnya (lebih kurang 6 bulan) dengan berat 32kg sahaja, berat terkini 42kg. Berkat usaha dan sokongan, Abe Mie sudah boleh berjalan dan uruskan diri di tandas walau kesihatan mental masih jauh.
Tempahan preorder buku REDAH SAJA, ALLAH ADA, pengeposan pada 1hb.Disember 2018:
Whatsapp hanya tekan link berikut...
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
Terima kasih semua kerana tak jemu menyokong saya.
#redahsajaallahada
Tuesday, November 13, 2018
Children Are The Natural Mimics
![]() |
Ruang kecil MekNa siapkan tempahan kek. |
![]() |
Abah dah 'tolong kemas' semula 😁. |
Nanti MekNa balik mesti MekNa hangin tengok ruang baking dia dah jadi stor semula. Abe Mie susun semula semua benda di kedudukan asal 😁. Bilik ini asalnya stor dan bilik menggosok pakaian, MekNa kemaskan dan buat tempat siapkan tempahan kek. Sewaktu Abe Mie sihat, beliau seorang yang ringan tulang, rajin membantu di rumah. Sedih pun ado. Walau sedang sakit dengan mental agak huru-hara tetapi sikap positif ini tetap sebati dengan beliau. Abe Mie juga masih cuba membantu saya melipat kain walau tak nampak macam rupa dilipat, bergulung-gulung.
Abe Mie mood kurang baik minggu ni. Entah kenapa. Hampir hari-hari tantrum. Marah-marah, tinggikan suara, campak barang dan pukul-pukul manja kami kat rumah ni. Nak pujuk makan ubat pun jenuh guna segala teknik dan jampi serapah. Dah lama tak macam ni. Mungkin sebab ayah mertua uzur benar dan terbaring saja. Tidak lagi dapat berbual-bual dengan beliau seperti biasa. Mungkin itu cara beliau menyampaikan rasa kecewa. Pakar Psikiatris juga pernah beritahu saya begitu, tantrum adalah antara cara pesakit strok berimpak mental menyatakan rasa hati.
Terharunya dengan insan bernama Hadzrami ini. Selang 2 hari mesti nak ziarah ayah. Masih sama sikapnya seperti waktu beliau sihat. Kasihnya pada ayah tak berbelah bagi. Ayah pun sabar sekali melayan anak bongsunya. Doakan ayah mertua saya kembali sihat. Saya ada hajat besar ayah untuk saya tunaikan. Ayah mertua saya, 86 tahun merupakan generasi keempat Almarhum Ulama Sufi Tok Pulai Chondong. Ayah mahu saya tulis kisah hidupnya sebagai rujukan dan pengajaran buat generasi baru. Perancangan saya ialah untuk menyiapkannya sebagai buku saya seterusnya setelah menghadiri Bengkel Kisah Hidup bersama Kak Sri Diah nanti. Saya harap saya sempat melakukannya ketika hayat ayah 😔. Timbul rasa menyesal sekarang kerana saya tidak mengambil serius permintaan ayah awal-awal dulu. Mohon doa semua buat ayah mertua saya, moga cepat sembuh.
Macam tulah ceritanya. Saya slow respond to phonecalls, whatsapp dan sebagainya lately. Pelan-pelan saya balas na. Banyak perkara berlaku semenjak minggu lepas. Saya tengah sort out one by one.
Lagu mana pun Ibu rasa sebak tengok anak-anak Ibu begitu protective ke Abah bila ada yang cuba berkeras dengan Abah bila Abah tantrum. Moga Allah swt terus ikat kasih sayang kalian sebegini hingga ke syurga firdausi. Ibu nampak Abah pada diri kalian wahai anak-anak Ibu. Terima kasih Abang.
'Children are natural mimics, who act like their parents despite every efforts to teach them good manners." ~ Mark Twain
Irsyad masih di hospital. Keluarga saya jauh di Kedah. Mak dan Abah akan sampai petang ni. Beberapa hari ini saya bahagikan tugas menjaga Irsyad dan suami dengan anak-anak sahaja. Pada hujung minggu MekNa (15 tahun) dan Isyraf (11 tahun) menjaga Abahnya di rumah dan saya menjaga Irsyad di hospital. Pada hari sekolah MekNa yang baru selesai peperiksaan PT3 menjaga adiknya di hospital. Alhamdulillah, Allah swt kirim rahmatNya tak henti-henti walau Dia uji melalui anak-anak yang dapat membantu dan juga jiran serta rakan-rakan yang prihatin. Jiranku Da, terima kasih banyak dok hantar makanan ke rumah dan ziarah Cad. Juga Cikgu-cikgu kepada anak-anak saya yang prihatin dan memahami.
Hanya Allah swt yang dapat balas kebaikan kalian semua kepada saya termasuk kalian rakan pembaca yang saya tak kenal pun. Siap kirim duit beli KFC ke Irsyad. Entah apa dah saya buat sampai begini kebaikan kalian hantar pada saya sekeluarga.
Tempahan preorder buku REDAH SAJA, ALLAH ADA, whatsapp hanya tekan link:
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
Terima kasih semua kerana tak jemu menyokong saya.
Sayang semua ♡
Mek Zurots
www.mekzurots.com
#livelifezura
#redahsajaallahada
Wednesday, October 10, 2018
Children Are Natural Mimics
Si Kenit berada di Langkawi sekarang. Bertolak pagi tadi dari Pulai Chondong naik bas dengan rombongan sekolah. Semalam Kenit sibuk mengemas dan buat persiapan sendiri. Duit belanja di Langkawi guna duit tabung beliau sendiri. Ibu poket kuruih. Yuran lawatan Mak Tok Wan sponsor. Terima kasih tak terhingga Mak Tok 💖.
Saya agak sentimental dengan yang bongsu ini kerana beliau 'hands-on' perkataan 'berdikari' secara realiti lebih awal berbanding anak-anak yang lain, even saya sendiri. Saya dan suami memang dedahkan anak-anak untuk membantu dan melakukan kerja rumah termasuk memasak semenjak mereka masih kecil. Tetapi ianya tidak ketara dan saya tidak begitu terasa kerana ketika itu suami masih sihat. Suami saya mula diserang strok pertama pada tahun 2010, Si Kenit baru berusia 3 tahun.
Kadang-kadang jam 2-3 pagi Kenit bangun sendiri kerana terlupa basuh atau keringkan baju sekolah tanpa kejutkan saya. Sharing ini bukan nak puji anak sendiri. Cuma nak share berdasarkan apa yang saya lalui. Tak rugi kita persiapkan anak-anak kita dengan 'survival skills' dari awal kerana perancangan Tuhan untuk kita tidak dapat kita jangka.
Tugas kita membuat persiapan sehabis baik. Manfaatnya bukan sekadar untuk keluarga kita sahaja tetapi jauh ke depan nanti untuk anak-anak kita membina keluarga dan dapat memainkan peranan dengan baik sebagai ahli keluarga serta masyarakat.
Bila diingatkan kembali sejak anak-anak masih kecil saya tegas dengan mereka. Saya masih bekerja ketika itu. Jika menonton tv saya takkan biarkan mereka free macam tu saja. Saya akan longgokkan timbunan kain. Sama-sama melipat kain sambil menonton tv.
Bilik tidur juga masing-masing perlu kemas sendiri. Anak-anak tidur berasingan semenjak kecil lagi. Masing-masing tidur di bilik sendiri. Saya dan suami tak mampu untuk sediakan bilik yang besar dan mewah untuk anak-anak. Apa yang suami saya buat ialah beliau gunakan gysum board untuk jadikan bilik untuk setiap anak. Masing-masing bertanggungjawab terhadap bilik masing-masing.
Memasak pun sama. Sekarang saya boleh menarik nafas lega kerana sekali sekala terutamanya di hujung minggu anak-anak mengambil alih tugas memasak. Dapatlah saya melepaskan lelah sebentar di celah kekalutan menguruskan suami yang tidak sihat.
Mak dan Abah saya sendiri dulunya sentimental melihat ketegasan saya dan suami terhadap cucu-cucu mereka. Mujur saya tak kalah dengan sentimental Mak Tok dan Tok Ayah depa. Rupanya Allah swt aturkan semua ini ada sebabnya. Segala persediaan zaman selesa amat berguna sekali sekarang. Jika tidak, entah bagaimana saya mahu mendayung segalanya sendirian sebagai ketua keluarga dan melaksanakan rutin harian serta perlu menyelenggara anak-anak yang tidak mampu berdikari.
Seperkara lagi, pada saya tak salah kita berkongsi dengan anak-anak cabaran dan perit jerih kita. Saya berkongsi dengan anak-anak perjalanan dan cabaran hidup yang saya perlu harungi. Anak-anak kecil ini mereka putih bersih. Apabila kita membawa mereka bersama-sama kita di dalam 'adventure trip' kita, mereka akan 'memberi' sepenuh jiwa raga dengan tulus ikhlas, mereka akan sangat hargainya kerana kita mengambil kira peranan mereka dalam proses kehidupan keluarga. Mereka sebenarnya gembira, bangga dan amat hargai peluang serta kepercayaan ibu bapa terhadap mereka. Dan inilah dia juga pada pandangan saya antara proses menghasilkan 'manusia yang menjadi'.
Buya Hamka sendiri ada menyebut di dalam naskhah Tafsir Al-Azhar tentang bagaimana bangganya Abang Ipar almarhum yang merupakan guru almarhum dan almarhum yakin, pasti Ayahandanya juga akan bangga jika Ayahandanya masih hidup kerana almarhum telah menjadi 'manusia yang menjadi dan benar-benar menjadi orang'. Ianya merangkumi aspek sahsiah, adab, agama dan duniawi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pernah seorang Pakcik tua (ketika suami dimasukkan ke hospital) berkongsi dengan saya tentang betapa kecewanya beliau dengan kesilapan beliau mendidik anak-anaknya. Saya tanya beliau apa yang silapnya kerana anak-anaknya semuanya berkerjaya hebat dan antaranya latar belakang agama yang kuat. Kata beliau kesilapannya ialah beliau tekankan pada anak-anak untuk fokus pada pelajaran semata-mata. Beliau sendiri pula fokus mencari rezeki siang dan malam. Beliau lupa suntik ilmu kehidupan dan kasih sayang, bab ini beliau serahkan pada isterinya semata-mata. Ditakdirkan isteri beliau terlebih dahulu dijemput Tuhan. Tinggallah beliau menghabiskan sisa usia dalam kesunyian. Anak-anak tidak mampu untuk 'make time' untuk beliau sebagaimana mereka 'make time' untuk arwah isterinya. Masa anak-anak untuk beliau hanya apabila ada kelapangan. Latar belakang agama dan keturunan tidak menjamin apa-apa kata beliau jika
tidak dijadikan sebagai 'way of life'. Ilmu yang anak-anaknya ada lebih kepada ilmu mencari makan kata beliau lagi. Saya ternganga mendengar cerita beliau kerana pada awalnya saya begitu kagum dengan kejayaan anak-anak beliau.
Tak dak apa pun, beletiaq ja lebih 😁. Si Kenit share dalam group famili segala macam gambaq. Alhamdulillah cuaca baik di Langkawi.
MekZurots
Children are natural mimics who act like their parents
#melas
#melasjourney
#abe
Monday, October 8, 2018
Children Learn What They Live
"Abang nak pi mana tu?" tanya saya kepada Abe Mie.
"Pi toilet," jawab Abe Mie pendek.
"Ok Bang. Bye. Ailerbiu. Jumpa lagi," balas saya.
"Kalau pi toilet kena babai kena ailerbiu ka?" tanya Abe Mie sambil berjalan menuju ke tandas dengan penuh keliru.
"Ya. Kena. Wajib," jawab saya serius.
"Ok. Abe pi toilet sat. Babai Zura. Ailerbiu Zura," serius Abe Mie mendengar kata.
"Ibu memang tak dak kerja kan ... kerja dok usik Abah ja," Si Kenit menyampuk.
😂
Kami sampai dari Kedah ke Klate semalam. Bertolak jam 2.30pm dari Kulim. Singgah makan di Jeli hampir satu jam di gerai tepi jalan. Sampai di rumah jam 8.30pm. Hujan renyai-renyai on and off sepanjang jalan. Jalan licin. Sepanjang perjalanan ada 4 buah kereta terbabas di dalam longkang. Risau juga setakat skill lady driver. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat.
Paling lega Abe Mie tak tantrum dalam kereta dari Kedah ke Klate. Sewaktu balik dari Klate ke Kedah baru ni beliau tantrum juga sewaktu kami berhenti di Hentian Titiwangsa. Mencabar sungguh ya Tuhan. Beliau mahu ke tandas. Tandas berbayar di sini tiada tandas untuk OKU. Strok survivor seperti beliau ini biasanya jika berada di tempat awam, mereka tak benarkan waris membantu. Sedaya mungkin mereka mahu tunjukkan yang mereka berupaya. Dari satu sudut ianya positif, berdikari. Dalam kes Abe Mie ianya bahaya kerana pandangan beliau kabur teruk. Jalan pun ke kiri dan ke kanan.
Saya dan MekNa menemani suami sehingga di depan pintu tandas lelaki. Anak sulong saya Irfan masuk ke dalam tandas bersama Abahnya. Pakcik penjaga tandas menyapa saya dan MekNa. Beliau menyuruh saya dan MekNa masuk sahaja membantu Irfan. Beliau agak khuatir barangkali apabila melihat Irfan hanya bertangan satu. Mungkin dalam fikiran beliau, 'Bolehkah anak ini menguruskan bapanya.' Tidak tergamak saya dan MekNa nak masuk. Ramai pengguna lelaki dewasa keluar masuk. Seram.
Lega rasanya apabila melihat Abe Mie keluar dari tandas. Tetapi hati ini punyalah risau melihat beliau melangkah tidak kemas dengan lantai licin, getah paip berselirat di atas lantai. Beliau tak benarkan Irfan memimpin pula. Risau sungguh. Tandas tersebut dalam proses renovasi. Saya harap sangat ada beberapa unit di bahagian tepi tandas ini dikhaskan untuk OKU nanti. Lebuhraya Timur Barat bukannya ada Hentian R&R yang banyak dan selesa seperti Lebuhraya Utara Selatan. Ianya amat menyukarkan kami yang membawa pesakit tidak berupaya fizikal dan mental sebegini.
Perjalanan menuju ke kereta terasa bagaikan begitu jauh dengan mood Abe Mie yang tidak begitu baik. Beliau bercakap berbagai topik bercampur-campur dengan nada yang kuat. Beberapa langkah menghampiri kereta, ada 2 orang anak muda sedang membaiki lampu. Tangga disandar ke tiang lampu. Seorang berada di atas tangga dan seorang memegang tangga. Abe Mie berhenti di situ dan masih bercakap dengan kuat. 2 orang pemuda tersebut kelihatan cuak. "Bang, jangan bersilat kat sini sudahlah Bang." Kami bertiga menyambut dengan ketawa. 😂
"Ibu, depa ingat Abah kena masuk hantu apa Ibu," sempat lagi MekNa menambah perisa sambil memujuk Abahnya meneruskan langkah menuju ke kereta. Terasa jauh sungguh aih nak ke kereta. Walhal 5 minit berjalan saja pun. Akhirnya tak ada pilihan lain, Abe Mie tak mahu masuk. Irfan dan MekNa mengangkat Abah mereka masuk ke dalam kereta secara paksa sambil usik-mengusik dan ketawa. Pantas dan cekap betul dua beradik ni. Tak tahulah saya bagaimana saya hendak travel jauh-jauh sebegini tanpa anak-anak.
Di dalam kereta saya ucapkan terima kasih pada anak-anak, "Terima kasih sokmo bantu Ibu jaga Abah. Terima kasih sebab Irfan, Kakak, Irsyad, Adik tak malu pun urus Abah di khalayak ramai walau kadang-kadang Abah buat perangai. Malu dak jadi lagu ni?" saya menduga.
"Kami adalah malu sikit-sikit. Sikit ja bila orang dok tengok. Tapi kami tak kisah. Abah masa dia sihat dia baik dengan kami semua. Kami pun kena baik dengan Abah," pantas Si Kenit menjawab. "Abah baik sangat-sangat. Tak dak sebab kami nak layan Abah koksir," MekNa menambah. Dan Mek Zurots teruih tukaq spek mata biasa ke spek mata hitam. Takut anak-anak nampak kolam mata nak pecah dah. Ibu doakan sikap sebegini kekal walau kalian sudah berumahtangga kelak. Amat menakutkan membaca berbagai drama airmata keluarga apabila datang bab ukhuwah keluarga yang mempunyai ahli yang sakit serta uzur.
Children Learn What They Live
by Dorothy Law Nolte
If children live with criticism,
They learn to condemn.
If children live with hostility,
They learn to fight.
If children live with ridicule,
They learn to be shy.
If children live with shame,
They learn to feel guilty.
If children live with encouragement,
They learn confidence.
If children live with tolerance,
They learn to be patient.
If children live with praise,
They learn to appreciate.
If children live with acceptance,
They learn to love.
If children live with approval,
They learn to like themselves.
If children live with honesty,
They learn truthfulness.
If children live with security,
They learn to have faith in themselves and others.
If children live with friendliness,
They learn the world is a nice place in which to live.
Moga ada manfaatnya.
MekZurots
Children are natural mimics who act like their parents
"Pi toilet," jawab Abe Mie pendek.
"Ok Bang. Bye. Ailerbiu. Jumpa lagi," balas saya.
"Kalau pi toilet kena babai kena ailerbiu ka?" tanya Abe Mie sambil berjalan menuju ke tandas dengan penuh keliru.
"Ya. Kena. Wajib," jawab saya serius.
"Ok. Abe pi toilet sat. Babai Zura. Ailerbiu Zura," serius Abe Mie mendengar kata.
"Ibu memang tak dak kerja kan ... kerja dok usik Abah ja," Si Kenit menyampuk.
😂
Kami sampai dari Kedah ke Klate semalam. Bertolak jam 2.30pm dari Kulim. Singgah makan di Jeli hampir satu jam di gerai tepi jalan. Sampai di rumah jam 8.30pm. Hujan renyai-renyai on and off sepanjang jalan. Jalan licin. Sepanjang perjalanan ada 4 buah kereta terbabas di dalam longkang. Risau juga setakat skill lady driver. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat.
Paling lega Abe Mie tak tantrum dalam kereta dari Kedah ke Klate. Sewaktu balik dari Klate ke Kedah baru ni beliau tantrum juga sewaktu kami berhenti di Hentian Titiwangsa. Mencabar sungguh ya Tuhan. Beliau mahu ke tandas. Tandas berbayar di sini tiada tandas untuk OKU. Strok survivor seperti beliau ini biasanya jika berada di tempat awam, mereka tak benarkan waris membantu. Sedaya mungkin mereka mahu tunjukkan yang mereka berupaya. Dari satu sudut ianya positif, berdikari. Dalam kes Abe Mie ianya bahaya kerana pandangan beliau kabur teruk. Jalan pun ke kiri dan ke kanan.
Saya dan MekNa menemani suami sehingga di depan pintu tandas lelaki. Anak sulong saya Irfan masuk ke dalam tandas bersama Abahnya. Pakcik penjaga tandas menyapa saya dan MekNa. Beliau menyuruh saya dan MekNa masuk sahaja membantu Irfan. Beliau agak khuatir barangkali apabila melihat Irfan hanya bertangan satu. Mungkin dalam fikiran beliau, 'Bolehkah anak ini menguruskan bapanya.' Tidak tergamak saya dan MekNa nak masuk. Ramai pengguna lelaki dewasa keluar masuk. Seram.
Lega rasanya apabila melihat Abe Mie keluar dari tandas. Tetapi hati ini punyalah risau melihat beliau melangkah tidak kemas dengan lantai licin, getah paip berselirat di atas lantai. Beliau tak benarkan Irfan memimpin pula. Risau sungguh. Tandas tersebut dalam proses renovasi. Saya harap sangat ada beberapa unit di bahagian tepi tandas ini dikhaskan untuk OKU nanti. Lebuhraya Timur Barat bukannya ada Hentian R&R yang banyak dan selesa seperti Lebuhraya Utara Selatan. Ianya amat menyukarkan kami yang membawa pesakit tidak berupaya fizikal dan mental sebegini.
Perjalanan menuju ke kereta terasa bagaikan begitu jauh dengan mood Abe Mie yang tidak begitu baik. Beliau bercakap berbagai topik bercampur-campur dengan nada yang kuat. Beberapa langkah menghampiri kereta, ada 2 orang anak muda sedang membaiki lampu. Tangga disandar ke tiang lampu. Seorang berada di atas tangga dan seorang memegang tangga. Abe Mie berhenti di situ dan masih bercakap dengan kuat. 2 orang pemuda tersebut kelihatan cuak. "Bang, jangan bersilat kat sini sudahlah Bang." Kami bertiga menyambut dengan ketawa. 😂
"Ibu, depa ingat Abah kena masuk hantu apa Ibu," sempat lagi MekNa menambah perisa sambil memujuk Abahnya meneruskan langkah menuju ke kereta. Terasa jauh sungguh aih nak ke kereta. Walhal 5 minit berjalan saja pun. Akhirnya tak ada pilihan lain, Abe Mie tak mahu masuk. Irfan dan MekNa mengangkat Abah mereka masuk ke dalam kereta secara paksa sambil usik-mengusik dan ketawa. Pantas dan cekap betul dua beradik ni. Tak tahulah saya bagaimana saya hendak travel jauh-jauh sebegini tanpa anak-anak.
Di dalam kereta saya ucapkan terima kasih pada anak-anak, "Terima kasih sokmo bantu Ibu jaga Abah. Terima kasih sebab Irfan, Kakak, Irsyad, Adik tak malu pun urus Abah di khalayak ramai walau kadang-kadang Abah buat perangai. Malu dak jadi lagu ni?" saya menduga.
"Kami adalah malu sikit-sikit. Sikit ja bila orang dok tengok. Tapi kami tak kisah. Abah masa dia sihat dia baik dengan kami semua. Kami pun kena baik dengan Abah," pantas Si Kenit menjawab. "Abah baik sangat-sangat. Tak dak sebab kami nak layan Abah koksir," MekNa menambah. Dan Mek Zurots teruih tukaq spek mata biasa ke spek mata hitam. Takut anak-anak nampak kolam mata nak pecah dah. Ibu doakan sikap sebegini kekal walau kalian sudah berumahtangga kelak. Amat menakutkan membaca berbagai drama airmata keluarga apabila datang bab ukhuwah keluarga yang mempunyai ahli yang sakit serta uzur.
Children Learn What They Live
by Dorothy Law Nolte
If children live with criticism,
They learn to condemn.
If children live with hostility,
They learn to fight.
If children live with ridicule,
They learn to be shy.
If children live with shame,
They learn to feel guilty.
If children live with encouragement,
They learn confidence.
If children live with tolerance,
They learn to be patient.
If children live with praise,
They learn to appreciate.
If children live with acceptance,
They learn to love.
If children live with approval,
They learn to like themselves.
If children live with honesty,
They learn truthfulness.
If children live with security,
They learn to have faith in themselves and others.
If children live with friendliness,
They learn the world is a nice place in which to live.
Moga ada manfaatnya.
MekZurots
Children are natural mimics who act like their parents
Tuesday, October 2, 2018
Semuanya akan ok ♡
"Abe, I just renewed your driving license today with our kids. It was you all the while managing this routine. Will never give up on you. I know you will make it one day. We will ride together again. InsyaAllah."♡
Renew lesen pun sentimental. Selama ni suami yang akan renew untuk saya. Saya ni pelupa. Pernah kena tahan polis di roadblock dan dengan selamba saya keluarkan lesen. "Cik, lesen dah mati 2 bulan ni," kata Encik Polis. Pitam. Mujur diberi peluang dan tak disaman. Selepas kejadian tersebut setiap kali renew license, Abe Mie akan renewkan untuk tempoh 5 tahun untuk saya. Lagi la teruk saya lupa sebab dok ingat 5 tahun kot. Lama tu. Dulu renew tak ikut tarikh lahir.
Tak dak apa pun. Saja menulis sambil isi masa lapang sambil tunggu Si Kenit habis exam UPKK (kelas agama).
Sementara Si Kenit nak habis exam, saya nak ucapkan jutaan terima kasih di atas kata-kata semangat yang kalian semua tinggalkan di ruangan komen dan ramai juga yang mesej saya secara private. Terima kasih tak terhingga. Baiknya hati kalian. Ambil berat. Kita tak kenal pun di luar. Kalian boleh saja ignore. Rahmat besar dari Allah, hantar kasih sayang pada saya dan anak-anak melalui kalian rakan-rakan pembaca. Terima kasih sekali lagi.
Ramai pakat dok tanya saya bagaimana saya kekal positif dan memberi impak positif kepada keluarga dalam keadaan saya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan menjaga suami yang sakit.
Saya pun sama saja seperti orang lain. Tak positif mana pun. Ada turun naik. Fasa permulaan siapa yang tak sedih kan. Itu normal. Kita manusia biasa. Bukan malaikat. Pada saya tak salah pun untuk rasa sedih, kecewa, letih dan sebagainya. Cumanya jangan tenggelam terlalu lama dalam keadaan tersebut. Perlu tahu bila masa nak tarik hand brake. Lama-lama sangat pun nantinya yang nak hadap segala ombak dan badai tu kita juga. Jadinya toksah bazir 'bateri' yang ada dalam diri kita.
Pertamanya pada saya kita perlu BERDAMAI DENGAN DIRI SENDIRI. Dalam kes saya, saya perlu terima kenyataan bahawa suami saya sakit dan tidak lagi berupaya seperti dahulu. Suami saya mempunyai impak mental dan penglihatan. Perlu diurus bagaikan anak kecil. Tak boleh lama-lama duduk dalam fasa 'denial' ni. Jenuh japgi macam-macam dok mai serang emosi. Kalau dok lagu ni, hati dengan otak jarang nak bersambung. Kena jaga-jaga.
Keduanya MOVE ON. Sedih-sedih sat sat sudah. Hidup perlu diteruskan. Saya ada 4 orang anak yang deserve untuk menjalani kehidupan normal. Yang sakit tu suami saya. Jadi tak perlulah saya nak biar seluruh institusi keluarga saya juga sakit. Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Cuma Allah swt beri tambahan dan warna sedikit pada saya iaitu suami yang sakit.
Yang ketiga FOKUS. Jika fokus kita hanya pada sakit/kesedihan, makanya otak kita akan menurut sahaja programming yang telah kita set. Otak sakit, hati sakit, nanti tubuh pun sakit. Kita akan jadi lupa untuk mencari bahagia dan tak tau dah lagu mana nak hidup ceria. Sebab dok fokus sangat pada sakit dan kesedihan tu saja. Senyum dah tak terukir di bibir. Otak akan mula mencari pelbagai alasan. Bagi penjaga pesakit pula, kita jadi malas nak keluar rumah sebabnya nak urus pesakit jagaan kita sememangnya bukan mudah. Nak siapkan mereka, nanti mengamuk, nak kencing dan berak, nak tukar diapers, nak parking kereta dan macam-macam hal lagi yang akan menjadi alasan kukuh untuk kita terperuk di rumah. Suasana dalam rumahtangga akan mula menjadi suram perlahan-lahan. Ini bahaya dan sangat tidak sihat. Waktu anak-anak atau pasangan tidur, cuba tenung wajah mereka dengan ikhlas. Rasa sayu dan penuh kasih pasti datang. Dalam kes saya sebagai caregiver, bukan suami saya yang minta sakit sebegini. Itu semua perancangan Tuhan. Kerja kita buat bahagian kita sehabis baik. Perjalanan hidup ini ibarat peperiksaanlah, kita takkan hantar kertas kosongkan?
Keempatnya ialah VICTIM MINDSET. Say nehi to victim mindset. Jika elemen pertama, kedua dan ketiga tadi tak dikawal, secara perlahan tanpa kita sedar kita akan menjadi orang yang mempunyai 'victim mindset'. Itu belum lagi dikira pengaruh cara kita dibesarkan sewaktu kecil. Orang yang mempunyai 'victim mindset' ini biasanya dalam segenap aspek akan menyalahkan pihak lain di atas setiap ujian yang dihadapi. Golongan ini juga sentiasa pertikaikan penglibatan dan peranan orang lain. Kenapa orang itu orang ini tidak itu tidak ini, tidak membantu dan segala macam persoalan kenapa akan keluar. Ini antara soalan faveret di jalangan penjaga pesakit. Walhal secara realitinya penjaga pesakit yang uruskan sendiri semua perkara. Jika benar pun keluarga terdekat tidak membantu, itu di luar kawalan kita. Jika mereka membantu anggap ianya bonus. Kita buat sehabis baik perkara yang di bawah kawalan kita. Orang lain kita tak mampu kawal. Tak usah buang masa dan letihkan emosi sendiri.
Jika berterusan hidup dalam 'victim mindset' sebegini, otak akan penuh dengan perkara negatif. Dan kita akan menjadi OVERTHINKING. Yang dah lepas pula kita tak habis sebut 'kalau itu dan kalau ini'. Yang tak wujud pula kita bukan main pandai buat bagi wujud. Kita hidup dengan 'the past' yang melampau dan 'overthinking' tentang future. Kita terlupa untuk 'live the present moment' kerana terlalu leka dengan 'past' dan 'future'.
Akhirnya kita juga yang jadi murung, tidak bermaya, pemarah dan penuh dendam. Dendam ini akan membaja rasa sakit hati dan menjadikan kita seorang yang pemarah. Anak-anak dan orang terdekat akhirnya akan kena tempiasnya. Secara tak langsung dari perilaku kita, kita sebenarnya membina karektor anak-anak. Jangan lupa yang anak-anak ini tidak belajar dari 'what you say', tetapi anak-anak belajar dari 'what you act'.
Lagu tu lah ceritanya serba sedikit dari pengalaman sebagai 'caregiver' sejak tahun 2010, bagaimana nak mencari bahagia dicelah ujian. Didoakan ada manfaatnya.
Mek Zurots
Kadang-kadang tergelincir juga.
Sunday, July 24, 2016
Strok ke 3 - Hospital Kuala Krai
24 Julai, 2016
Kelihatan seorang wanita muda lesu di luar wad sambil merenung jauh. Kami berbalas senyuman dan bersalaman. Saya melangkah pergi, kemudiannya bertukar fikiran dan berpatah balik untuk memeluk beliau. Menangis teresak-esak beliau di bahu saya. Saya biarkan sahaja kerana saya tahu sememangnya itu yang amat diperlukan oleh beliau ketika itu.
"Kak, saya tak sanggup nak duduk lama-lama di dalam kak. Suami saya asyik mengamuk sahaja kak. Saya malu. Saya gagahkan sahaja kak mengenangkan saya ini isteri."
"Kak doakan adik ya, InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja."
Saya, suami dan rakan-rakan lain di dalam wad memang amat kasihankan wanita muda ini, cantik orangnya. Cukup sabar. Suaminya, Allahurobbi, seumur hidup saya belum pernah berjumpa orang sakit yang tahap kepala anginnya seperti ini. Suka hati dan sedap mulut sahaja dihamburkan kata-kata pedas kepada isteri, nurse dan doktor. Saya ini sampai satu ketika seperti mahu sahaja pura-pura terlanggar tiang yang menggantung air dan ubat beliau. Biar padan muka meraung kesakitan. Berangan saja...hehehe. Gerammm sungguh.
Kasihan suami saya yang baru sedar dan dipindahkan dari ICU ke wad biasa tetapi berjodoh pula dengan manusia api sebegini sebagai rakan satu wad. Siang malam pagi petang marah sahaja kerjanya.
"Tak penat ka dia?"
Hah! Suami saya yang 3 hari 'tidur' di ICU pun boleh bertanya soalan sedemikian.
Ingatan untuk kita, apabila sakit, walau tahap angin kita bersamaan kuasa berapapun, bawalah bersabar, banyak beristighfar. Penjaga juga letih dan sakit tubuh badan berkorban masa serta tenaga dengan makan, tidur juga rehat yang tidak menentu. Mereka memerlukan sokongan emosi sebagaimana juga pesakit.
Saya angkat topi, bagaimanalah nurse dan doktor masih mampu mengukir senyuman dan tetap profesional walau berurusan dengan pesakit tak betul stesen sebegini.
Tahniah buat Hospital Kuala Krai!
Khasnya buat barisan doktor dan nurse wad paediatrik. Dr. Fadhilah dan team - saya sangat kagum dengan cara kalian bekerja di bawah environment yang penuh tekanan. Keadaan wad Nuri yang sesak memang menduga kesabaran sesiapa sahaja. Tetapi kalian tetap cool. Begitu juga para staf ICU dari doktor hingg ke pak guard, anda hebat. Tidak lupa barisan doktor serta nurse wad Rajawali yang sangat friendly, terima kasih.
Saya terkesima, seolah-olah berada dalam sekuel drama tv 'Emergency Room'. Sekejap katil dipusing ke sana ke sini, janji ada ruang untuk pesakit yang rata-ratanya rakyat marhaen. Biar ada sejuta macam kerenah, kalian pejam mata dan pekakkan telinga sahaja. Saya sendiri belum tentu mampu hadapi semua ini.
Bukan itu sahaja, Dr.Fadhilah bantu uruskan agar anakanda saya Irsyad diberi prioriti berpindah ke wad kelas ke 2 apabila mengetahui suami saya pula dimasukkan ke ICU. Lebih selesa untuk saya menunggu Irsyad katanya. Dapatlah juga menjadi port melepas lelah buat saya kerana wad ICU waris tidak boleh menunggu kecuali waktu melawat. Jika tidak merayaulah saya di sekitar hospital dalam kerisauan menunggu berita suami. Benar cakap Irsyad, "Allah susun semua ni cantik sangat ibu. Kami ada kat sini, dapat juga teman ibu."
Terima kasih anakku!
Benar, ibu memang memerlukannya.
Kalian juga para doktor dan jururawat yang merawat Irsyad menunjukkan sokongan dengan melawat suami saya di wad ICU. Tidak jemu bertanya khabar di wad. Hebatnya kalian. Bekerja dalam adab.
Terima kasih semua!
Tak lupa pada yang bersusah payah datang menziarah dan mengirimkan doa. Ianya sungguh bermakna buat kami sekeluarga serta membantu proses kesembuhan suami. Doktor juga ada berkata progress suami cepat dan unik memandangkan ini kali ke 3 beliau diserang stroke. Ini semua berkat doa dan keajaiban doa yang dikirim kalian, direstui olehNya.
Alhamdulillah.
Terima kasih Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Azura Abdullah
Abe Mie Mohd Hadzrami sudah berada di rumah, discharged semalam dari hospital
#telegramdarilangit
#hospitalkualakrai
Do Good, Good Will Come To You
Beratur nak ambil barang di pos laju. Buka beg duit, Allahu! Ke mana pula kad pengenalan? Lesen pun tidak ada.
:'(
2 minggu berulang alik dari Machang ke Hospital Kuala Krai, saya sudah seperti zombi.
Macam robot pun ada. Fikiran melayang.
Syukur mak dan abah yang dikasihi datang dari Kedah sebagai penyelamat bumi, jika tidak entahlah...
Haih! Kena selesaikan juga secepat mungkin. Mak dan abah sudah mahu pulang ke Kulim pada hari Sabtu @ esok malam. Sudah jenuh mencari dan menelefon sana sini kalau-kalau ada yang menjumpai kad pengenalan dan lesen kereta saya.
Kecewa, tiada.
Keesokan harinya saya keluar dari rumah lebih kurang jam 11.00 pagi untuk ke Balai Polis buat laporan kehilangan, ke Jabatan Pendaftaran Negera untuk buat kad pengenalan dan ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk buat lesen kereta yang baru. Jangkaan saya semua ini akan mengambil masa sehari. Mujurlah mak dan abah masih ada di sini. Boleh tunggu suami yang masih dalam proses recovery dari stroke di rumah.
Sukanya saya. Abang polis namanya Adam di Balai Polis Pulai Chondong orang Kedah rupanya, jumpa orang kampung, kerja jadi mudah. Tidak sampai 10 minit selesai repot polis kehilangan kad pengenalan dan lesen saya.
Bergegas pula ke Jabatan Pendaftaran Negara. Mudahnya. 10 minit selesai. Saya lihat orang ramai, penuh. Tetapi tak tahu kenapa terus giliran saya, tak perlu menunggu pun, tak sempat duduk pun. Selepas sejam saya hanya perlu datang ambil kad pengenalan yang sudah siap.
"Lesen hilang tak Puan? Kalau hilang saya beri kad pengenalan sementara, Puan boleh ke JPN dulu buat lesen sementara tunggu kad pengenalan siap."
Allahu. Sukanya. Mudahnya. Walaupun saya tak tanya, staf JPN Machang sangat friendly dan memudahkan. Saya baru terfikir rugi masa 1 jam kerana perlu tunggu kad pengenalan siap. Risau suami di rumah lagi.
Sampai di Jabatan Pengangkutan Jalan Machang saya hampir putus asa. Ada majlis sambutan hari raya pula. Kaunter hanya dibuka 2 sahaja. Tak apalah...saya cuba pujuk hati.
Lebih kurang 5 orang lagi giliran saya, datang seorang ibu dengan anaknya yang kurang sihat (saya lihat anaknya berhingus tetapi tidak banyak kerenah) duduk di sebelah saya. Orang Kok Lanas. Nombor saya 1178 dan beliau 2022. Memang lamalah lagi giliran beliau.
"Kak, boleh tolong bayar roadtax motor saya kak. Lambat lagi giliran saya."
Allahu Allah.
Apa lagi ini ya Allah?
Saya dengan emosi kusut tidak bersedia sebenarnya untuk membantu, saya sendiri mahu cepat.
Saya anggukkan sahaja, dalam masa yang sama saya mencari akal untuk melepaskan diri
Saya ke bilik air. Baru sahaja melangkah beberapa tapak saya berpatah balik dan menuju ke arah ibu muda tadi.
"Mari sini dokumen moto adik."
Selang beberapa minit nombor saya dipanggil. Mudah sahaja rupanya bayar roadtax motor...hehehe. Saya mana tahu. Dulu adik saya Acik pernah bawa saya naik motor, waktu nak terbalik di tebing Acik lepaskan motor dan lompat. Saya la dapat hadiah menawan jatuh motor. Sejak itu takmo dah naik motor, kononlah.
Sekali lagi saya tidak sempat duduk pun, nama saya dipanggil untuk ambil gambar dan 3 minit kemudian lesen siap. Walhal ramai lagi menunggu sebelum itu.
Allah swt gerakkan hati semua orang untuk memudahkan urusan saya pada hari itu, 11 pagi - 12.30 tengahari semuanya selesai. Tetapi saya... :'(
Dan saya paling malu pada Allah swt, setelah ditolongNya saya, dipermudahkan urusan saya semenjak pagi lagi, saya masih cuba melarikan diri dari membantu ibu muda tadi atas alasan mahu cepat.
Begitulah manusia khasnya saya, apabila agak selesa, mudah lupa.
Azura Abdullah
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, jika ada sedikit kebaikan yang pernah kami suami isteri lakukan, sembuhkanlah suamiku dengan kesembuhan yang tidak berbekas ya Allah."
Solat hajat di rumah saya sebentar lagi @ selepas Isya untuk suami dan anakanda Irsyad, sudah sedia semenjak petang tadi. Moga cuaca baik untuk kami ya Allah.
#telegramdarilangit
Subscribe to:
Posts (Atom)