Independent Writer semestinya kena gigih. Another location to get LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF untuk orang Kulim, Kedah. Naskhah terbaru dari saya ada di kaunter Tok herry coffee Naga Lilit.
Naskhah ini kontennya dalam Bahasa Melayu. Saya tak tau nak tulis tajuk sesuai kot Bahasa Melayu. Try macam-macam, dia bunyi lain macam, tak membawa maksud saya nak sampaikan. Mana tau one day saya dapat terjemah naskhah ni ke English version pula.Terima kasih Tok Ef Tok Hery & Kak Anum kerana berada dalam circle positif Zura dan anak-anak serta support usaha Zura.Naskhah ini mengajak kita untuk menemui makna kasih yang sebenar tanpa mengorbankan kebahagiaan sendiri.Kita boleh mencapai kebahagiaan jika kita tahu cara melihat sisi positif dari setiap cabaran yang muncul dalam hidup kita. Dari pengalaman saya mengharungi cabaran sebagai caregiver kepada almarhum suami berimpak fizikal/mental, ini adalah antara cara untuk menjaga kesihatan mental kita.Dengan menghargai setiap detik dan mencari hikmah di sebalik setiap ujian, kita dapat memperkuat diri dan jiwa, serta menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan tenang."Kita bahagia kerana sentiasa bersyukur, bukan bersyukur hanya apabila bahagia."Kalian boleh dapatkan di sini juga: Landing Page _ Love Without Losing Yourself