Thursday, January 21, 2016

lMiss You Abe


Si Kenit Isyraf bermain dengan laptop saya 2 hari lepas, mahu tengok gambar-gambar lama katanya. Saya biarkan saja Isyraf bersendirian. Selepas 15 minit saya menjenguk ke bilik semula dan kelihatan Isyraf tak henti-henti mengesat hujung matanya dengan tshirt yang dipakainya. Saya terus peluk Isyraf dari belakang.


“Kami doakan Abah cepat sembuh. Kami nak ibu happy-happy dengan Abah naik moto macam dalam gambaq ni semula. Kesian ibu nak rehat pun tak dan. ”


Hai la anak. Pagi-pagi dah potong bawang. Ibu is so happy to have you all in my unique journey, it's tough but worth it. Allah must have something special for us in the end.




So friends, bab anak-anak ni...be with them, do not ignore them and under estimate them bahawa mereka tak tahu apa-apa. Have them together in our journey. InshaAllah kita tidak akan keseorangan menongkah arus. Anak kecil telus, ikhlas dan tidak mengguris kerana mereka tidak memikirkan apa-apa kepentingan diri dalam setiap tutur kata serta perbuatan.

Macam tulah.

No Monday blues ok. Rock it!

Mek Zurots
Gambaq lama sebelum jadi saiz pintu macam la ni 😁

Tuesday, January 19, 2016

Bahagia = Cukup + Redho


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar dan datang melawat anakanda Irsyad.
Ada yang risau kerana saya tidak update apa-apa.
Terima kasih, terharu saya.
Saya mohon maaf kerana rutin yang agak padat.
Alhamdulillah.
Terima kasih tidak terhingga di atas doa semua rakan-rakan.
Irsyad kini beransur pulih dan sudah berada di Hospital Machang.
Semalam dipindahkan dari hospital Kuala Krai yang sangat sibuk operasinya.
Kandungan protein di dalam urine Irsyad sudah tiada.
Jika konsisten, InsyaAllah Irsyad boleh keluar dari hospital sehari dua lagi dan perkembangan kesihatan Irsyad perlu dimonitor secara terperinci selama 6 bulan seperti mengambil bacaan sampel urine (kandungan protein) setiap hari serta menjaga pemakanan beliau dengan teliti di rumah.
Setiap hari melihat Irsyad berdoa panjang di atas katil, benar-benar buat hati ibu tersentuh.
Ditambah lagi sebelum tidur akan disentuhnya muka ibu dan berkata, "Kami banyak susahkan ibu." ;(
Allah anak! Asalkan sihat ibu tak ambil kira itu semua.
Saya banyak belajar kali ini tentang ilmu alam.
Pertama kali di hospital kerajaan, MasyaAllah.
Saya kagum sungguh terutamanya di Wad Paediatrik, Hospital Kuala Krai.
Operasinya yang sangat sibuk 24 jam, tanpa henti pesakit keluar masuk dengan keluasan hospital yang terhad para doktor dan nurse sangat cekap, tabah dan berhemah dalam menjalankan tugas.
Ada juga segelintir staf yang agak kurang budi bahasanya, tetapi saya anggap itu ekspresi keletihan dan tidak keterlaluan pun.
Anakanda saya Irfan yang berpeluang menjaga adiknya satu malam juga berkongsi pendapat yang sama.
Para doktor bertungkus lumus siang dan malam seolah-olah tiada keluarga sendiri di rumah mengabdikan diri kepada tugas dengan bersungguh-sungguh.
Adik-adik bakal doktor yang dalam proses housemanship di hospital ini sangat bertuah, dengan volume pesakit yang tingggi dan pendedahan dari pelbagai aspek, anda mendapat bonus dari sudut hands-on.
Adik-adik akan menjadi doktor yang hebat.
Antara yang melekat di hati saya dengan kesungguhan belajar ialah Dr.Rahim.
Dr.Noraini, Pakar Kanak-Kanak (Jusa C) di situ pula, MasyaAllah akhlaknya sangat terpuji dan merendah diri.
Bukan sahaja dengan pesakit tetapi dengan staf beliau, sungguh berhemah.
Terima kasih Doktor dan staff khasnya Dr.Muna.
Pengalaman saya ini sangat jauh berbeza dengan persepsi yang saya ada tentang servis hospital kerajaan.
Tahniah!
Bukan itu sahaja, antara pelajaran lain yang saya belajar ialah tentang bagaimana ringkasnya kehidupan rakyat marhaen dan definisi 'cukup' mereka juga sungguh mudah.
Melihat pasangan suami isteri yang tabah melayan kerenah anak kecil yang sudah berumur lebih satu tahun tetapi hanya terbaring tidak mampu berbuat apa-apa akibat masalah otak, pasangan ini hanya senyum dan melayan anak dengan penuh mesra.
Saya dapat melihat bagaimana pesakit kanak-kanak dan ibubapa mereka yang datang bermalam di wad dan hanya bergantung kepada makanan hospital semata-mata sedangkan anak saya mewah dengan segala jenis biskut, roti, kuih, air, buah-buahan dan macam-macam lagi.
Seronok saya melihat Irsyad sibuk berbagi biskut dengan pesakit lain dan bermain bersama anak-anak pesakit yang lain.
Hubungan sebegini tidak kami alami sebelum ini.
Doakan anakanda Irsyad dapat kembali ke sekolah secepat mungkin ya.
Tahun ini Irsyad bakal mengambil UPSR dan cita-cita Irsyad mahu menguasai Al-Quran.
InsyaAllah.
Amin ya rabbal a'lamin.
Syukur ke hadrat Ilahi dikurniakan rakan-rakan hebat tidak putus mengirim doa dan persekitaran penuh ilmu setiap hari.
Alhamdulillah.
Terima kasih.