Monday, July 24, 2017

Killing Hatred With Kindness


Petang tadi selepas ambil Irsyad dari sekolah, lunch pun tak mahu, kelam kabut ditukarnya baju sekolah dan sambar basikal. Mahu ke pejabat pos di kampung untuk pos barang pancing pelanggan katanya. Irsyad ada jual barang pancing secara online. Memang Irsyad urus sendiri semuanya; marketing, bank transaction, packing dan pos barang. Saya beri satu akaun bank saya untuk Irsyad guna. Irsyad baru nak masuk 13 tahun hujung tahun ini, jadi belum boleh buka akaun online banking. Ini page Irsyad, Cad's Tackle.

Sebelum pergi ke pejabat pos ada satu pelanggan mesej Irsyad nak jumpa, nak tengok joran katanya. Tetapi tidak dinyatakan pukul berapa. Irsyad pun terus beri lokasi rumah melalui aplikasi whatsapp.

15 minit kemudian setelah selesai urusan di pejabat pos, Irsyad datang kepada saya dengan muka tidak bermaya.

"Ibu, tengok ni," sambil menunjukkan applikasi whatsapp dari pelanggan tadi.

Apa yang ditulis oleh pelanggan tersebut kepada Irsyad ialah:

"Mu nok nego ko nok nipu? Baso natey bengong."
(Kamu nak berniaga ke menipu? Dasar binatang bengong).

...hanya kerana Irsyad tidak angkat handphone waktu mengayuh basikal tadi.

Saya lihat Irsyad sudah menggigil tangannya mahu membalas.

"Irsyad, tak elok balas waktu marah. Relax sat. Tarik nafas sat," saya cuba tenangkan Irsyad yang amat kecewa.

"Kenapa orang dewasa macam ni ha ibu. Ni bukan kali pertama tau ibu. Tak reti ka nak cakap elok-elok? Awat kalau dengan budak, orang tua tak payah hormat, buleh cakap suka hati? Kami nak cakap tak jadilah juai kat dia. Kami tak rugi apa pun aih," kecewa benar Irsyad.

"Toksah la macam tu. Cakap kat dia elok-elok Irsyad baru sampai rumah, tadi pi pejabat pos naik basikal, tak sempat angkat phone. Tak payah marah-marah. Tak payah jadi bodo macam dia jugak la," saya pun sudah masuk angin kus kus :)

"Ibu, dia call, dia nak sampai dah."

Tak sampai 5 minit kedengaran suara memberi salam. Saya menjawab salam dan Irsyad terus berurusan dengan pelanggan tersebut dalam suasana beku di pondok buluh di luar rumah. Nak salahkan Irsyad pun tak boleh juga. Dah kena natey bengong nak ramah tamah lagu mana lagi. Pilih joran, bayar, balik. Selesai dalam masa 5 minit. Tergesa-gesa kelihatan anak muda tersebut pergi dengan motosikalnya.

Waktu maghrib tadi sewaktu saya sedang menyiapkan makan malam tiba-tiba Irsyad datang peluk saya dari belakang.

"Terima kasih ibu. Kami sayang ibu. Betui cakap ibu. Tak rugi sabaq."

"Awat tu?" tanya saya mahukan kepastian.

"Abang tadi whatsapp kami. Dia minta maaf sebab tulis macam tu. Mujoq la kami ikut cakap ibu. Kalau kami pun tulis tak elok macam dia, malam ni mesti kami tak buleh lena," balas Irsyad sambil senyum meleret, puas.

Entah mesej apa saya nak share di sini ya?

Ni ok lah kot:

(1) Sentiasa Bawa Diri Sebagai Manusia.
Dalam berurusan dengan sesiapa pun, bawa diri sebagai manusia @ hamba Allah swt @ makhluk Tuhan @ servant of God. Barulah apa sahaja proses komunikasi berlangsung secara neutral dan positif tanpa dipengaruhi rasa 'authority' ke atas pihak lain. Perasaan mahukan 'human approval' juga tidak akan timbul. Letak tepi aku tua, dia budak. Aku kaya dia miskin. Aku naik kereta dia naik moto kapchai. Aku kerja besaq dia tak kerja. Aku terer dia tak terer. Semua tu buang jauh-jauh. Mana kita tau dia mai naik kapchai tapi kat rumah ada kereta sport dok bersusun berderet kat dalam garaj.

(2) Hidup Biar Beradab, Bukan Biadap
Adab ni perlu ada dalam diri 24 jam x 7 hari. Bukan ikut keadaan, ikut mood, ikut pangkat dan darjat.

(3) Killing Hatred With Kindness 
Balas kejahatan dengan kebaikan. InsyaAllah kita pun boleh tidur lena. Kalau tidak kita pun 4 ratuih 4 puluh 4 kali tak comey macam dia jugak.

(4) Peniaga Online Bukan Autobots mahupun Decepticons, Depa Manusia Biasa.
Kita sebagai pelanggan perlu ada mutual agreement nak jumpa pukui berapa, tang mana. Bukan tiba-tiba saya on the way dah. Bukan order hari ni, nak barang sampai kelmaren. Peniaga online pun manusia biasa, ada rutin lain juga yang perlu dilaksanakan. Bukan 24 jam dengan handphone dan lapang sentiasa tunggu pelanggan terjah.

(5) Tak tau nak beletiaq apa dah.

Azura Abdullah
A message from The Queen of Cybertron: "Your beliefs dont make you a better person. Your behavior does."

#livelifezura
#telegramdarilangit