Showing posts with label Cad's Tackle. Show all posts
Showing posts with label Cad's Tackle. Show all posts

Saturday, February 2, 2019

Just Do Good

Wish you understand every little bit

Tugas hakiki kita ialah membuat kebaikan tidak kira apa pun keadaan dan sikap orang sekeliling terhadap kita. Apabila kita mula menghitung dan membandingkan diri kita dan orang lain, di waktu itu jugalah kita mula kehilangan ketenangan dan keikhlasan.

I know you both missing Abah a lot.



Abah must be proud of you both.





Look at your angels Abe, they miss you a lot. Our prayers to Allah swt to have you back with us the soonest.
Isyraf dapat ikan kejap tadi. "Kan best kalau abah faham. Mesti abah bangga dengan kami."
Untuk kalian yang masih ada pasangan, jangan jemu untuk berkarya dalam perkahwinan. Setiap detik jangan dibazir.
Bahagia perlu dicipta, ianya tidak akan datang percuma.
Moga ada rezeki Allah swt kembalikannya kepada saya.

Monday, October 29, 2018

Cad's Tackle - Clearance Sales Mesin, Joran & Peralatan Memancing

Irsyad anak saya yang ketiga (14 tahun) minta saya tolong war-warkan pada uncle/abang kaki pancing atau pun auntie/kakak yang nak carikan hadiah untuk pasangan kaki pancing, Irsyad dari Cad's Tackle ada buat clearance sales mesin, joran serta peralatan memancing yang lain.


Irsyad berniaga barang-barang pancing secara online semenjak darjah enam (12 tahun) lagi. Sepanjang setahun lebih suami diserang strok kali kelima ini Irsyad antara yang banyak membantu ringankan poket kuruih Ibu kerana Ibu tak dapat mengambil job-job penulisan secara teratur seperti dulu. Tenkius Cad. Lerbius Cad.
Hubungi Irsyad ya untuk details barang jualan

Minat memancing datang dari suami. Dan tak saya jangka pula minat memancing membawa ke bisnes barang-barang pancing untuk Irsyad dan anak sulong saya Irfan. Cuma sekarang Irfan saya minta fokus pada pelajaran dahulu kerana beliau mengambil kursus yang agak berat (Sains Perubatan), biar dapat momentum dahulu, baru semester pertama. MekNa pun not bad juga memancing sebenarnya. Anak-anak lelaki saya sokmo tension kalau MekNa yang dapat ikan dulu.
Semuanya dari waktu baby lagi dah kami bawa naik bot pergi memancing. Pergi mana-mana pun sentiasa ada joran spare dalam kereta. Semua itu tinggal kenangan. Kenangan mahal buat anak-anak terutamanya bersama suami. Suami rajin melayan anak-anak dengan sabar, pancing sangkut, pasang umpan, ikat tali dan sebagainya. Dan sekarang saya amat faham kenapa anak-anak begitu dalam kasih mereka pada suami walau beliau kini bagaikan anak kecil. Saya ini yang kadang-kadang masuk angin juga.
Do good, good will come to you. InsyaAllah.
Keluaq tajuk pulak noh. Sapa nak order contact Irsyad nah. Tekan link ni:

Monday, July 24, 2017

Killing Hatred With Kindness


Petang tadi selepas ambil Irsyad dari sekolah, lunch pun tak mahu, kelam kabut ditukarnya baju sekolah dan sambar basikal. Mahu ke pejabat pos di kampung untuk pos barang pancing pelanggan katanya. Irsyad ada jual barang pancing secara online. Memang Irsyad urus sendiri semuanya; marketing, bank transaction, packing dan pos barang. Saya beri satu akaun bank saya untuk Irsyad guna. Irsyad baru nak masuk 13 tahun hujung tahun ini, jadi belum boleh buka akaun online banking. Ini page Irsyad, Cad's Tackle.

Sebelum pergi ke pejabat pos ada satu pelanggan mesej Irsyad nak jumpa, nak tengok joran katanya. Tetapi tidak dinyatakan pukul berapa. Irsyad pun terus beri lokasi rumah melalui aplikasi whatsapp.

15 minit kemudian setelah selesai urusan di pejabat pos, Irsyad datang kepada saya dengan muka tidak bermaya.

"Ibu, tengok ni," sambil menunjukkan applikasi whatsapp dari pelanggan tadi.

Apa yang ditulis oleh pelanggan tersebut kepada Irsyad ialah:

"Mu nok nego ko nok nipu? Baso natey bengong."
(Kamu nak berniaga ke menipu? Dasar binatang bengong).

...hanya kerana Irsyad tidak angkat handphone waktu mengayuh basikal tadi.

Saya lihat Irsyad sudah menggigil tangannya mahu membalas.

"Irsyad, tak elok balas waktu marah. Relax sat. Tarik nafas sat," saya cuba tenangkan Irsyad yang amat kecewa.

"Kenapa orang dewasa macam ni ha ibu. Ni bukan kali pertama tau ibu. Tak reti ka nak cakap elok-elok? Awat kalau dengan budak, orang tua tak payah hormat, buleh cakap suka hati? Kami nak cakap tak jadilah juai kat dia. Kami tak rugi apa pun aih," kecewa benar Irsyad.

"Toksah la macam tu. Cakap kat dia elok-elok Irsyad baru sampai rumah, tadi pi pejabat pos naik basikal, tak sempat angkat phone. Tak payah marah-marah. Tak payah jadi bodo macam dia jugak la," saya pun sudah masuk angin kus kus :)

"Ibu, dia call, dia nak sampai dah."

Tak sampai 5 minit kedengaran suara memberi salam. Saya menjawab salam dan Irsyad terus berurusan dengan pelanggan tersebut dalam suasana beku di pondok buluh di luar rumah. Nak salahkan Irsyad pun tak boleh juga. Dah kena natey bengong nak ramah tamah lagu mana lagi. Pilih joran, bayar, balik. Selesai dalam masa 5 minit. Tergesa-gesa kelihatan anak muda tersebut pergi dengan motosikalnya.

Waktu maghrib tadi sewaktu saya sedang menyiapkan makan malam tiba-tiba Irsyad datang peluk saya dari belakang.

"Terima kasih ibu. Kami sayang ibu. Betui cakap ibu. Tak rugi sabaq."

"Awat tu?" tanya saya mahukan kepastian.

"Abang tadi whatsapp kami. Dia minta maaf sebab tulis macam tu. Mujoq la kami ikut cakap ibu. Kalau kami pun tulis tak elok macam dia, malam ni mesti kami tak buleh lena," balas Irsyad sambil senyum meleret, puas.

Entah mesej apa saya nak share di sini ya?

Ni ok lah kot:

(1) Sentiasa Bawa Diri Sebagai Manusia.
Dalam berurusan dengan sesiapa pun, bawa diri sebagai manusia @ hamba Allah swt @ makhluk Tuhan @ servant of God. Barulah apa sahaja proses komunikasi berlangsung secara neutral dan positif tanpa dipengaruhi rasa 'authority' ke atas pihak lain. Perasaan mahukan 'human approval' juga tidak akan timbul. Letak tepi aku tua, dia budak. Aku kaya dia miskin. Aku naik kereta dia naik moto kapchai. Aku kerja besaq dia tak kerja. Aku terer dia tak terer. Semua tu buang jauh-jauh. Mana kita tau dia mai naik kapchai tapi kat rumah ada kereta sport dok bersusun berderet kat dalam garaj.

(2) Hidup Biar Beradab, Bukan Biadap
Adab ni perlu ada dalam diri 24 jam x 7 hari. Bukan ikut keadaan, ikut mood, ikut pangkat dan darjat.

(3) Killing Hatred With Kindness 
Balas kejahatan dengan kebaikan. InsyaAllah kita pun boleh tidur lena. Kalau tidak kita pun 4 ratuih 4 puluh 4 kali tak comey macam dia jugak.

(4) Peniaga Online Bukan Autobots mahupun Decepticons, Depa Manusia Biasa.
Kita sebagai pelanggan perlu ada mutual agreement nak jumpa pukui berapa, tang mana. Bukan tiba-tiba saya on the way dah. Bukan order hari ni, nak barang sampai kelmaren. Peniaga online pun manusia biasa, ada rutin lain juga yang perlu dilaksanakan. Bukan 24 jam dengan handphone dan lapang sentiasa tunggu pelanggan terjah.

(5) Tak tau nak beletiaq apa dah.

Azura Abdullah
A message from The Queen of Cybertron: "Your beliefs dont make you a better person. Your behavior does."

#livelifezura
#telegramdarilangit