Sunday, January 22, 2017

Life Is Love, If You Miss Love, You Miss Life

Jam di dinding menunjukkan jam 10.30 malam. Hujan masih renyai-renyai di luar. Sudah hampir seminggu hujan sebegini tanpa henti. Kelmaren adalah kemuncaknya apabila air naik di paras betis di sekeliling rumah. Alhamdulillah naiknya cepat, surutnya juga cepat.
“Zura, jom kita minum sekaranglah. Nanti kesian Zura lambat boleh rehat,” ayat Encik Hadzrami sudah hampir membuatkan kolam mata saya pecah. Alamat banjir sekali lagilah Kampung Surau. Baru acah-acah nak merungut dalam hati sudah dapat ayat kasihan pula. Rasa bersalah dan menyesal, bercampur.
Saya menganggukkan kepala dan terus ke dapur sediakan 2 gelas air coklat panas dan panaskan kukusan yang berisi kuih pau. Anak-anak leka dengan aktiviti masing-masing di ruang tamu. Di hari minggu ibu beri kelonggaran dan simpan serum tebuan ibu di dalam almari.
“Mari Abe. Dah siap,” saya memanggil suami yang masih berada di dalam bilik solat dan mengekori beliau.
“Abe ok?” soalan standard saya kepada suami. Setiap hari sejuta enam kali saya akan tanyakan beliau soalan yang sama. Kadang-kadang kena marah juga ðŸ˜€. Sejak dimasukkan ke hospital pada 30.11.2016 akibat serangan minor stroke, bacaan gula (blood sugar) suami agak tidak stabil, naik (hyperglycemia) dan turun (hypoglycemia) secara mendadak waima ketika tidur.
Penglihatan juga agak terganggu, hanya nampak pandangan hadapan/lurus sahaja, pandangan sisi kabur. Buat masa sekarang belum boleh memandu. Sepanjang 2 bulan ini saya hanya berani tidur-tidur ayam dan sekali sekala akan nyalakan lampu suluh untuk melihat kondisi suami ketika tidur. “Sudah-sudah la suluh muka Abenya.” Nak suka pun ada, geram pun ado. Orang care dan risau ok. ðŸ˜¬
“Terima kasih Zura. Banyak sangat dah Abe susahkan Zura,” Encik Hadzrami memulakan perbualan.
“Tak pa. Makanlah. Nanti sejuk. Tak sedap,” saya cuba mengalihkan perbualan. Tidak mahu beliau sedih.
“Terima kasih Zura. Zura ingat dak masa Zura dalam pantang Dina dulu... Abe accident naik big bike waktu nokgi kelas di Seberang Jaya. Jatuh dan kena seret dengan motor.”
“Mestilah ingat. Baru 2 minggu pantang masa tu. Polis telefon royak saya ni polis, nak bagitau pasal suami. Puan sila bertenang. Lagilah tak bertenang royak gitu,” saya membalas sambil ketawa. Tersengih Encik Hadzrami.
“Abe ada di Hospital Seberang Jaya masa polis call. Zura bawa kereta. Tak ingat dah kata pantang masa tu. Sampai kat sana memang lembut lutut Zura tengok Abe. Jari-jari tangan Abe hancur. Demo cadang nak potong. Mujurlah Zura cepat,” saya pula terlebih semangat bercerita. Flashbacklah kononnya.
“Ya lah. Zura transfer Abe ke Bagan Specialistkan. 3 kali operation. Siap plastic surgery. Kalau tidak tak dak tanganlah Abe. Terima kasih Zura. 2003 kan,” Encik Hadzrami mengimbau cerita lama.
Saya hanya diam. Risau mengundang kesedihan beliau. Emosi beliau juga perlu dijaga.
“Tahun bila ya yang Abe jobless sekejap tu? Berbulan jugak kan?”
Saya hanya sengih. Kuat flashback malam ni Encik Suami.
“Ingat dak pagi-pagi Zura suruh Abe keluar macam biasa. Berlakon macam pergi kerja. Siap pakai kemas. Slack, kemeja. Zura tak mau anak-anak, mak abah, ayah dan sapa pun tau. Tak habis-habis Zura pesan suruh jaga yang tu. “ Ligat Encik Hadzrami bercerita.
Tak tahu nak cakap apa. Saya sengih lagi.
“Abe tau. Zura tak mau anak-anak, mak, abah dan ayah pandang serong pada Abe dan bimbang. Tak tau Abe nak ucap terima kasih macam mana. Ni kena jaga Abe lagi. Kesian Zura,” saya dah tak boleh tahan. Coklat panas pun dah jadi masin bercampur airmata. Saya hanya ceritakan pada mak kisah ini sebelum berpindah ke sini dan mak sebak mengenangkan saya menanggung semuanya sendiri. Sekarang kalau adik-adik saya merungut yang bukan-bukan hal rumahtangga, inilah modal mak untuk brainwash mereka. Bertabahlah adik-adikku. ðŸ˜€
“Kalau Zura kejar kerjaya Zura, Abe tau Zura dah pergi jauh. Tapi Zura pilih jalan macam ni.” Mek Zurots dah sentimental dengar semua ni.
“Minumlah Abe. Kejap lagi nak kena cucuk insulin sebelum tidur pulak. Abe kena rehat dulu sebelum cucuk. Satgi lewat pulak tidur,” saya cuba mengelak bercerita hal sedih-sendu.
“Terima kasih Zura.”
“Abe, kita kahwin dah 17 tahun dan baru masuk 3 tahun ja pun kita duduk di Klate dekat dengan ayah Abe. 14 tahun Abe bagi peluang Zura berbakti secara langsung pada keluarga Zura waktu duduk di Kedah. Abe sendiri banyak berkorban untuk keluarga Zura. Kerenah adik-adik Zura yang nakal di asrama sampai ke kes polis pun Abe yang handle. Abe anak bongsu, tapi kahwin dengan Zura, Abe jadi abang sulong. Walaupun sekarang kita tak mewah macam dulu, 3 tahun nilah Zura sangat tenang. Dapat buat apa yang Zura minat. Allah swt atur comey dah. Kalau Zura masih kerja entah macam mana nak jaga Abe. Ini Zura sendiri dapat besarkan anak-anak di depan mata. Itu wish Zura dulukan. I am the one should be thanking you Abe. Sudah-sudahlah cakap macam tu,” Mek Zurots beletiaq panjang cuba menamatkan topik sendu dengan Encik Suami.😥
Macam poyo pula cerita di atas noh ðŸ˜Ž. Tak apalah dikata poyo pun kan. Itulah pengorbanan yang perlu dibuat dalam menyebar kebaikan melalui penulisan. Ewah! ðŸ˜€
Saya seorang yang perfectionist sebelum berkahwin dan di awal perkahwinan. Persekitaran pekerjaan yang amat structured dan teratur menambah lagi markah. Ubat gigi ditekan sesuka hati pun saya akan betulkan. Tetapi semuanya mula berubah dan longgar setelah suami seolah-olah di hujung nyawa. Toleransi saya kepada kehidupan makin lebar dan saya semakin menghargai setiap detik yang saya ada bersama suami dan keluarga tidak kira apa pun situasi itu, suka atau duka.
“TOLERANCE and PATIENCE should not be read as WEAKNESS, they are signs of STRENGTH.”- Dalai Lama
Selain dari itu ianya juga memberi impak positif kepada pekerjaan saya juga. Saya menjadi seorang yang lebih santai dan gembira melalui hari-hari saya di rumah mahupun di pejabat. Saya tidak lagi teragak-agak untuk berkorban demi orang yang saya sayang kerana saya telah diberi peluang awal melalui fasa ‘hampir kehilangan’ suami. Ianya satu perasaan perit dan waktu itu juga saya berjanji bulan dan bintang pada Tuhan. “Akan aku lakukan segalanya walau mustahil, untuk Kau pulangkan semula kesayangan aku itu Tuhan.” Betapa terdesak dan mendesaknya rasa kehilangan itu.

“Learn to APPRECIATE everything while you still HAVE it, because a common MISTAKE of a person is appreciating when it is GONE.”
Ianya juga merubah nilai hidup saya 360 darjah. Takrif bahagia saya sudah jauh berubah bermula dari saat itu. Terlalu banyak hikmahnya.
“IT IS NOT HAPPY PEOPLE WHO ARE THANKFUL; IT IS THANKFUL PEOPLE WHO ARE HAPPY.”
Azura Abdullah
LIFE is LOVE, if you miss LOVE, you miss LIFE.
P/s: Untuk para suami pula, murahkan ucapan terima kasih buat isteri, kami kenyang setahun dapat perkataan magik itu ðŸ˜€ðŸ™Š