My Books

Tajuk Buku Ketiga: 


Sebagaimana yang saya janjikan dalam pre-release schedule buku ketiga saya minggu lepas, untuk kalian, cover buku LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF.

Kontennya dalam Bahasa Melayu. Saya bukukan pengalaman saya menjaga cinta hati saya selama hampir 10 tahun dan cabaran untuk kita tidak abaikan diri sendiri. 


Pre-or.der akan menerima surprise gift yang special dari saya.

Kalian boleh pilih untuk dapatkan naskhah ini untuk diri sendiri atau hadiah/tajaan kepada ‘caregiver/penjaga pesakit’, saya akan uruskan.

Tunggu saya release cover belakang pula ok.

Zurots
Love Without Losing Yourself

#lovewithoutlosingyourself
#caregivinglovewithoutlosingyourself
#livelifezurots
#zurotswrite


Tajuk Buku Kedua: Redah Saja, Allah Ada


Naskhah REDAH SAJA ALLAH ADA ini merupakan sebuah kompilasi pengalaman yang ditulis di media sosial dan dibukukan untuk membina kekuatan, untuk menyemai benih kebaikan, untuk menyebar kasih sayang dan akhirnya kembali mengukir senyuman.
Kerana sandaran kita hanya pada Allah SWT, bukan pada manusia. 

Petikan mukasurat Penghargaan:

Buat Abe yang Zura kasihi di dunia dan di akhirat,
Naskah ini adalah hasil dari pengalaman pahit manis yang Zura kutip sepanjang Zura bersama Abe ketika kita susah dan senang, ketika Abe sihat dan sakit seperti sekarang. Pejam celik sudah 9 tahun rupanya Zura menjaga Abe semenjak kali pertama Abe sakit. Tidak pernah luntur sedikit pun kasih Zura pada Abe walau Abe kini tidak berupaya dan kadangkala lupa Zura ini siapa. Zura takkan sama sekali jemu menunggu Abe kembali pulih seperti kali pertama kita berjumpa. Akad yang kita pegang bukan hanya untuk ketika senang dan sihat sahaja. Zura dan anak-anak tetap akan tunggu dan terus berusaha semampunya. Jika tiada peluang di dunia, moga Allah swt beri peluang di syurga. Terima kasih Abe di atas pengalaman paling mahal ini. Pengalaman yang benar-benar mengajar bahawa sandaran kita bukan pada manusia tetapi hanya padaNya.
                                                                                        
Terima kasih buat anak-anak yang dikasihi, Irfan, Irdina, Irsyad dan Isyraf kerana sentiasa menjadi tulang belakang Ibu. Perjalanan yang kita tempuhi ini juga adalah jalan bonus yang Allah SWT beri pada kalian untuk matang sebelum usia dan faham erti kasih sayang sejati.

Mak, Abah, Ayah dan Chik yang dikasihi, adik-adik yang sentiasa bersama Akak (Acik, Qodri, Ayi, Una dan Adik), rakan-rakan seperjuangan (alumni SMKAK, alumni UTM, rakan- rakan NGO Wargakilang, rakan-rakan NGO HATI, rakan-rakan penjaga Group Info Strok & Lumpuh,  rakan-rakan sejawat Intel, rakan-rakan Fuji Eletric) dan rakan-rakan pembaca yang tidak jemu memberi sokongan material dan moral, terima kasih tidak terhingga buat kalian kerana sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Pahala yang mengalir dari naskhah ini juga adalah saham kalian.

Terima kasih! Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.

Didoakan ada manfaatnya.

- OUT OF STOCK -



Tajuk Buku Pertama: Bekerja & Berniaga : Panduan Kejayaan Untuk Suri



 PENATNYA – RASA MACAM NAK BERHENTI KERJA 
👠
Setiap kali stress dengan kerja di pejabat terutamanya dengan bos atau rakan sepejabat, ditambah lagi dengan kerja di rumah yang tidak pernah habis, apa yang bermain di fikiran mak mak ialah NAK BERHENTI KERJA. Kita pun mula berangan:

💋‍ ‘Seronoknya kalau boleh berhenti kerja, kemudian berniaga.’
💋‍ ‘Kerja sendiri ada masa lebih.’
💋‍ ‘Syoknya kalau boleh berhenti kerja, balik duduk di kampung. Tenang fikiran.’

Tapi yakin kah kita apabila berhenti kerja nanti bisnes yang kita nak buka itu berjalan lancar? Setakat diri sendiri tak apalah. Sebulan dua oklah. Kalau dah nak kena tanggung mak, abah, adik-adik yang masih belajar dan juga anak-anak sendiri macam mana pula? Loan kereta, rumah, bil? Dibuatnya tak menjadi.
Huh! Berat juga.

Bekerja sendiri ini kita sudah tiada autoriti. Dulu kita bos, anak buah ikut saja cakap kita. Apabila dah bekerja sendiri situasi sudah berbeza. Kalau berniaga kecil-kecil atau kerja sendiri (macam saya :)) kitalah CEOE @ Chief Executive Of Everything. Adalah juga perkataan CEO tu...hehehe.

Sebab itu kalau ada perancangan MAHU BERHENTI KERJA bagi geng mak mak yang ada tanggungan ni, the best kita mulalah dulu pelan-pelan, slow and steady waktu kita masih bekerja.
Kita warm-up dulu. Terus nak bermarathon kejang urat pula nanti.

Cuba kita renungkan:
💂 Kalau kita kata kita tak gembira dengan pekerjaan sekarang, apa yang membuatkan kita yakin kita akan gembira bila berhenti?
💸 Kalau kita kata kita tak cukup duit sekarang, nanti kita berniaga buleh jadi cukup kah? Sebenarnya kita yang ada masalah pengurusan duit.
💑 Kita rasa sekarang ni kita kerja, tak cukup masa dengan famili. Omakaih! Nanti kerja sendiri kita ingat kita buleh free kah? Lagilah mencabar bab urus masa sebenarnya.

Ha! Macam tu lah ceritanya serba sidikit.

Nak lebih lagi boleh dapat dalam buku ni, insyaAllah. Untuk testimoni dan artikel berkaitan boleh ke FB Page buku ini iaitu: https://www.facebook.com/suribekerjaberniaga/


🔰 Bekerja & Berniaga : Panduan Kejayaan Untuk Suri ðŸ”° Harga RM39.90. 

Tempahan buku Bekerja & Berniaga : Panduan Kejayaan Untuk Suri
, whatsapp hanya tekan link:

Terima kasih


No comments:

Post a Comment