About Me


Kepada rakan-rakan baru, salam kenal buat semua. Terima kasih sudi singgah rumah saya. Saya Zura. Saya mula menulis melalui blog, dah lama saya tak update blog. Saya banyak berkongsi kisah kehidupan dan pengalaman saya sebagai caregiver/caretaker sepanjang saya menjaga almarhum suami saya yang uzur selama hampir 10 tahun. Kemudiannya saya teruskan dengan karya fizikal, saya menulis 2 buah buku solo dan 2 buah buku antologi bersama Kak Sri Diah (boleh ke tab My Books). Saya juga menulis untuk portal-portal online dan majalah tempatan - boleh ke tab ‘My Published Articles’. Di samping itu ada juga rakan-rakan saya minta saya buatkan terjemahan artikel dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Saya kini dalam proses siapkan buku ketiga saya di bawah geran MyCreative Ventures. InsyaAllah sedikit masa lagi, dalam fasa akhir. Masih dalam niche motivasi kehidupan.

Di sisi lainnya, saya juga terlibat dengan kerja khidmat sosial dan santuni masyarakat sejak tahun 2003 bersama NGO Wargakilang yang terkenal dengan misi masuk kampung. Misi masuk kampung santuni asnaf ini ibarat booster buat saya. Kalau lama tak masuk kampung dia jadi ketagihan pula. Terima kasih buat kalian yang tak jemu kirim sumbangan melalui saya.

Saya turut menjalankan perniagaan kecil berteraskan keusahawanan sosial, The Batik Craft di mana kami menghasilkan produk kraftangan dari fabrik batik Malaysia untuk retail dan juga majlis/program. Artisan kami adalah wanita dari keluarga berpendapatan rendah dan semuanya bekerja dari rumah. Studio operasi kami terletak di Pulai Chondong, Kelantan. Inisiatif ini bermula dengan hajat mahu membantu masyarakat setempat menjana pendapatan di rumah tanpa memberi impak pada rutin sebagai ibu dan isteri.

Sekali lagi, jutaan terima kasih tidak terhingga kerana follow saya. Semoga saya dapat beri sedikit kebaikan kepada kalian melalui perkongsian saya. Saya sebenarnya seorang introvert. Saya susah untuk beramah mesra di alam nyata kecuali mereka yang rapat dan saya benar-benar selesa. Saya susah untuk benarkan orang luar masuk dalam circle saya. Jadi medan media sosial ini sesuai untuk introvert seperti saya – kami boleh menjadi extrovert di sini kerana tidak perlu menonjol secara fizikal.

Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!

Salam ukhuwah.

Mek Zurots 



No comments:

Post a Comment