Friday, August 20, 2021

Social Impact

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini hari lahir Allahyarham suami saya, Abe Mie Hadzrami Mohd yang ke 49. Semoga Abe ditempatkan di syurga Firdausi.
Sempena hari lahir beliau, saya ingin berkongsi sedikit pencapaian yang tidak seberapa dengan kalian. Ini impian Abe Mie. Mahu kembali menetap di sini dan berbakti kepada penduduk Pulai Chondong. Semoga Allah swt terima dan pahalanya mengalir kepada Abe juga.
Melalui The Batik Craft - Kelantan, Malaysia, syarikat kecil kami yang berteraskan keusahawanan sosial, setiap pembelian kalian telah memberi begitu banyak manfaat kepada golongan wanita dari keluarga berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan dari rumah tanpa memberi impak kepada rutin harian mereka sebagai surirumah. Sebaliknya mereka berjaya menjana pendapatan kedua.
Di samping itu, program 'give back to community' melalui 'Abe Mie's Foodbank' juga telah berjaya menyantuni ramai asnaf di Pulai Chondong khasnya dengan nilai lebih 40 ribu ringgit.
Saya attached sekali 2 mukasurat summary pencapaian kita dalam masa setahun ini sejak Ogos 2020.



Semua ini dengan sokongan kalian. InsyaAllah kita akan cuba buat dengan lebih baik lagi selepas ini dan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.
Jutaan terima kasih buat kalian yang sentiasa memberi sokongan pada saya dan anak-anak.

Saturday, August 14, 2021

Cerita Tentang Stokin

Nampak meriah kemain lalu lalang di timeline saya pakat dok troll bab stokin. Saya tak dan follow details cerita ni tapi fahamlah sikit-sikit sensitivitinya. Minggu ni Si Bongsu pinjam handphone ibu untuk exam. Dan ibu pun kena duduk terpacak depan dia. Kalau tidak exam hat 1 jam 30 minit, dia kasi setel 15 minit ja. 😅

Pakaikan kasut untuk Abah.

Bantu Abah exercise. Kaki agak bengkak tak berapa rasa pijak pedal.


Apa pun yang kita pandang samada ayat, teks, gambar, video kita kena faham dari segi konteks secara menyeluruh kenapa terjadinya perkara tersebut dan persekitaran yang lead to jadinya perkara itu. Tak boleh pukul rata semua perkara. Contohnya cara kita dibesarkan dan suasana kita dibesarkan berbeza - ini juga antara faktor yang mempengaruhi gaya hidup kita.

Sapukan krim di celah jari Abah yang kemerahan.


Pakaikan stokin Abah.


Macam bab pakaikan stokin. Sekali sekala saya manjakan allahyarham suami saya dengan pakaikan stokin, potong kuku tangan dan kaki, buat facial, shave janggut serta lain-lain. Sekali-sekala, bukanlah hari-hari. Bukan suami saya tak reti buat sendiri. Tetapi saya sendiri yang rasa best nak buat lagu tu. Suami saya pun buat perkara yang sama juga pada saya. Kami juga saling surprise sesama sendiri. Apabila ada anak, kami masih macam tu juga. Antara cara kami express kasih sayang.

Pakaikan diapers dan periksa tahap gula, tekanan darah Abah sebelum ke sekolah.


Apa yang saya perhatikan, apabila suami saya uzur, hilang upaya fizikal dan mental, anak-anak automatik dapat into the scene. Tidak kekok untuk kendalikan Abah mereka. Potong kuku Abah, salin diapers Abah sebelum ke sekolah, gunting rambut, cukur janggut Abah, cuci najis Abah, mandikan Abah dan urus makan minum serta ubatan. Hari terakhir Abah mereka di dunia pun masih di bawah kendalian anak-anak kami sendiri. Mandikan jenazah Abah, temankan Abah dalam kereta jenazah dari Kedah ke Kelantan, imamkan solat jenazah dan urusan di liang lahad.

Tenangkan Abah yang tantrum.
Kami dalam perjalanan pulang ke kampung di Kedah waktu ini.


Anak-anak, mereka belajar dari tindakan kita, bukan percakapan kita sangat pun. Perkara-perkara yang dirasakan remeh seperti pakaikan stokin ini sebenarnya melatih diri untuk ada rasa empati yang tinggi. Untuk lebih memahami.

Uruskan Abah masuk ke kereta.


Tunjuk dan luahkanlah kasih sayang kita pada pasangan selagi hayat masih ada. Tak semestinya dengan pakaikan stokin. Buatlah dengan cara masing-masing. Stokin sekadar analogi. Jangan tunggu esok untuk ekspresi kasih sayang pada pasangan. Belum tentu esok ada untuk kita.

Potong kuku Abah. Anak-anak melihat Ibu dan Abah saling potong kuku masing-masing ketika Abah masih sihat. Tidak kekok untuk mereka lakukannya apabila Abah mereka uzur.


Penyayang sebati dalam diri walau uzur benar ketika ini.


Tempoh masa saya sudah tamat. Saya hanya mampu merindu pada Abe Mie. Kenangan-kenangan manis dan kebaikan kecil walau seremeh pakaikan stokin buat saya rasa bahagia, gembira dan puas apabila kenangkan waktu bersama allahyarham suami saya. Ianya antara booster untuk teruskan hidup.

Tetap penyayang. Waktu ini sudah uzur, hilang ingatan.


Perjalanan jauh yang terakhir bersama Abah.
Teman Abah dari Kedah ke Kelantan. Tunaikan hajat Abah mahu
dikebumikan sebelah Ayah & Mek.


Masing-masing ada cara tersendiri. Jika kita tak buat sebagaimana orang lain buat tak bermakna orang lain salah, kita betul dan vice versa. Tak perlu untuk troll tindakan orang lain. Percayalah. Saat kita hilang pasangan buat selamanya. Waktu itulah baru kita akan faham yang setiap minute matters, setiap tindakan matters.

Zurots
Ada banyak stokin