Showing posts with label Kenit. Show all posts
Showing posts with label Kenit. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

Tanda Kiamat!...Sat dulu


Ibu sekarang bekerja dari bilik Isyraf Cheh Kenit. Bilik Ibu plug semua tak jadi. Dugaan sungguh time pkp ni. Susah pulak nak fokus buat kerja dari bilik budak kecik ni. Ada skuter kat tepi, ada waveboard kat kaki dan ada macam-macam .
Semalam saya cakap dengan Kenit yang dunia ni dah nak akhir zaman. Dah nak kiamat. Banyak dah tanda-tanda.
"Nanti sat dulu Ibu. Kami ni kawin pun dak lagi. Gewe pun tak dak."
Nak bagi tazkirah pun tak jadi.

Sunday, June 30, 2019

Children Learn From What We Are Than What We Teach


Petang tadi dua orang abang ipar datang menziarah suami sebelum mereka bertolak balik ke Kuala Lumpur. Gembira sungguh Abe Mie menerima kunjungan abang-abangnya.


Beria benar Abe Mie mahu berkongsi buah asam yang sedang dimakan dengan abang-abangnya. Bangga sungguh beliau bercerita yang buah asam tersebut dibeli oleh Si Kenit Isyraf di sekolah.


Setiap hari apabila Isyraf pulang sahaja dari sekolah, suami saya yang mempunyai impak mental akibat strok akan sangat teruja menanti buah tangan dari Isyraf. Adakalanya gula-gula, roti, air kotak dan apa yang sempat dibelinya di kantin atau kedai berhampiran sekolah untuk abahnya.


Apabila saya pandang gelagat dua beranak ini, sayu pula jadinya. Ianya seolah-olah lakonan semula babak-babak yang sama beberapa tahun yang lalu ketika Isyraf masih kecil, ketika suami masih sihat. Abe Mie tidak pernah lupa buah tangan untuk anak-anak apabila pulang dari pejabat atau tugasan di luar, walau hanya sebiji gula-gula tetap takkan beliau lupa. Dari jauh Isyraf, abang dan kakaknya akan menerpa, bersalam, memeluk dan menanti buah tangan dari suami.


Rindu.


Children learn from what we are than what we teach.

#caf
#livelifezura

Berbaloi Ke Pakai Dryer?


Ramai yang minat nak tahu bab dryer pakaian rupanya selepas saya share cerita Kenit dan dryer. Ini saya summarykan soalan kalian. Hangpa semua memang cute tau. Dryer pun jadi cerita. Ha ni dia...

Berbaloi ke pakai dryer?

Pada saya ianya sangat berbaloi. Sebagai seorang ibu yang memegang pelbagai topi di kepala, apatah lagi sekarang saya menjaga suami yang sakit, saya dapat membeli masa untuk diri sendiri dan keluarga. Kurang satu kerja rumah dari to-do-list saya setiap hari. Orang perempuan selalunya tertekan disebabkan tugasan di rumah yang kelihatan remeh, tetapi jika tidak diselesaikan kita pula jadi serabut. Akhirnya kita jadi sensitif dengan pasangan dan anak-anak, nak lepaskan tekanan.

Kurang satu kerja rumah? Macam mana tu?

Saya tidak perlu kelam-kabut lagi sidai kain dan kutip kain dari ampaian. Tiada lagi masalah pakaian berbau akibat lambat angkat dari ampaian. Kini anak-anak saya urus sepenuhnya hal pakaian dari mencuci, mengering, menggosok, dan melipat. Masing-masing perlu bertanggungjawab hal pakaian sendiri. Menggosok baju sekolah pun sudah minima kerana anak-anak akan gantung terus pakaian sekolah sewaktu baju masih panas @ baru dikeluarkan dari dryer, tak berkedut waktu ni.

Sebagai penjaga pesakit saya perlu kerap mencuci cadar dan alas katil. Dryer sangat membantu. Di musim tengkujuh di Kelantan ini lagilah pening dibuatnya sebelum ada dryer. Saya terpaksa keringkan di dalam rumah dengan memasang kipas 24 jam. Dahulu rumah kotak saya dah macam pasar malam ketika musim hujan. Adakalanya saya ke kedai dobi.

Mahal tak bil letrik?

Untuk kegunaan di rumah saya yang mempunyai 6 orang ahli keluarga, bil letrik ada kenaikan lebih kurang RM50 sebulan berbanding sebelum guna dryer. Saya suspect Si Kenit hok buat bil tinggi 😂. Stokin 2 pasang pun basuh pakai washing machine dan keringkan guna dryer. Yang terbaru akai dia hok status sebelum ni lah.

Summary dia pada saya berdasarkan situasi saya sekarang, clothes dryer ni dah jatuh barang keperluan untuk memudahkan urusan rumahtangga, beri balik masa pada saya dan seterusnya kurangkan tekanan akibat tugasan pelbagai yang dipikul. Tiap-tiap bulan antara kita ada yang spend untuk berbagai barang kehendak seperti alat solek dan sebagainya, jadinya untuk dryer tak payah fikir banyak kali aih.

Gitu 😁.

Jangan tanya pasaipa lesung batu dok tang tu.

MekZurots
Duta Pengering Pakaian Kebangsaan

Dryer



Pengawas SK Pulai Chondong ni akhirnya kena tangkap dengan Ibu. Ada teknik baru rupanya.

Patutlah lately tak nampak dok iron baju sekolah dah. Rupanya pagi-pagi sebelum masuk bilik air, baju sekolah akan dicampak ke dalam dryer. Set timer dryer ngam-ngam siap mandi dalam 10 minit. Habis mandi terus ambil baju dari dalam dryer dan pakai.

"Ibu tak tau nikmat dia bila kita sejuk ketaq pagi-pagi lepaih mandi, teruih pakai baju yang dok suam-suam lagi. Ibu cuba try tengok."

🙃
Spek mata tu spek mata eksyen ajo. Tak dak power pun. Nak lindung telinga katanya 😂.

Gigih beli RM5 kat kedai buku.

Saturday, February 2, 2019

Just Do Good

Wish you understand every little bit

Tugas hakiki kita ialah membuat kebaikan tidak kira apa pun keadaan dan sikap orang sekeliling terhadap kita. Apabila kita mula menghitung dan membandingkan diri kita dan orang lain, di waktu itu jugalah kita mula kehilangan ketenangan dan keikhlasan.

I know you both missing Abah a lot.



Abah must be proud of you both.





Look at your angels Abe, they miss you a lot. Our prayers to Allah swt to have you back with us the soonest.
Isyraf dapat ikan kejap tadi. "Kan best kalau abah faham. Mesti abah bangga dengan kami."
Untuk kalian yang masih ada pasangan, jangan jemu untuk berkarya dalam perkahwinan. Setiap detik jangan dibazir.
Bahagia perlu dicipta, ianya tidak akan datang percuma.
Moga ada rezeki Allah swt kembalikannya kepada saya.

The Greatest Planner

Letih melawan arus kemampuan fizikal manusia (anak di wad, suami di rumah yang sakit, ayah mertua yang uzur) terubat semalam. Si Kenit terima Anugerah Pelajar Cemerlang untuk 2 matapelajaran. Allah swt sentiasa kirim perkara manis di celah ujian. Allah swt kirim di waktu yang tepat, bukan mengikut apa yang kita mahu. The Greatest Planner.


Secara keseluruhan keputusan peperiksaan Si Kenit merosot sedikit. Kenit ada bertanya saya adakah saya kecewa. Saya beritahu Kenit, "DOING your best is more important than BEING the best." Saya beritahu Kenit, awal-awal lagi beliau sudah buat saya bangga kerana tawarkan diri untuk temankan saya ke HUSM setiap kali Abahnya ada temujanji doktor dan tak jemu bantu jaga Abah walau padat dengan jadual sekolah. Sebagaimana saya pernah kongsikan sebelum ini, saya tak dapat uruskan suami saya sendirian setiap kali temujanji doktor kerana suami saya ada masalah mental dan penglihatan selain fizikal yang masih belum pulih sepenuhnya. Saya tak dapat turunkan beliau dahulu di lobi sepertimana orang lain ketika saya cari parkir. Saya tak boleh tinggalkan beliau sendirian ketika saya beratur mengambil ubat dan ke tandas atau membeli makanan. Keadaan beliau tidak mengizinkan.

Makto datang support

Selain itu terpegun juga saya dengan keberanian dan jiwa besar anak kecil Si Kenit ini. Dengan selamba beritahu Cikgu kelasnya yang dia akan ponteng sekolah untuk bantu Ibu ke hospital bawa Abah. Saya dulu pada usia Kenit, apalah yang saya tahu, nak jumpa Cikgu untuk minta izin untuk pergi toilet pun takut. Kata Kenit biarlah dia dan Irsyad berkorban dahulu tahun ini kerana MekNa ada exam penting. Irfan pula jauh di KL. Selalunya Kenit akan jumpa Cikgu untuk ambil tahu hal homework upfront atau bertanya kawan-kawan dalam group whatsapp kelas.


Kenit ada berbisik pada saya sewaktu mengambil gambar, "Kalau Abah sihat dan faham mesti Abah seronokkan Ibu." Takpalah Adik, bersabarlah. InsyaAllah akan tiba harinya jika diizinkan Allah swt. Jika tiada peluang di dunia, moga kita ada peluang bertemu Abah yang sihat di syurga.


Allah swt ganti kesedihan dengan kemanisan Mak saya dapat hadir pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang kali ini. Terubat kesedihan Isyraf apabila melihat saya dan MakToknya ada di barisan tempat duduk ibubapa. Saya tak beritahu Kenit awal. Jelas terpancar kegembiraan, senyum meleret sepanjang majlis.


Tahniah Adik! 

Ibu sentiasa bangga dengan Adik. Keputusan peperiksaan bukan alat pengukur mutlak Ibu buat anak-anak Ibu menjadi manusia yang benar-benar menjadi.

Terima kasih buat semua juga di atas doa kalian buat kami sekeluarga. Di celah ksemputan saya dengan pelbagai rutin, Allah swt kirim banyak sekali perkara-perkara manis sebagai ubatnya. Alhamdulillah.


Tuesday, October 16, 2018

Mengumpat

Kenit : "Ibu, masa kat Langkawi ada orang mengumpat kami Ibu."

Ibu: "Aik! Macam mana Adik buleh tau ada orang mengumpat Adik?"

Kenit: "Mula-mula tu kami mandi di kolam apartment. Ada kawan kami pinjam goggles kami. Mula tu kami tak bagi. Lepaih tu kami kesian kami bagi laa. Kami naik bilik dulu. Dok sat ada sorang kawan naik habaq kat kami kawan yang pinjam tu ngumpat kami."

Ibu: "Biaq pi kat dialah. Kita tak rugi apa aih."

Kenit: "Mana buleh biaq orang lagu ni. Depan baik. Belakang lagu lain."

Ibu: "Adik buat apa kat dia?"

Kenit: "Ish! Awat la Ibu ni. Nak buat apanya. Bila dia naik bilik kami tanya la dia...Mu ngupat aku ko? Bakpo mu ngupat aku? Aku wi spek mandi pun ngupat lagi."

Ibu: telan ayaq lioq

Kenit: "Mula tu dia tak mengaku Ibu. Lepaih 10 minit dia mai balik mengaku dengan mintak maaf kat kami."

Ibu: "Cengei noh anak ibu."

Kenit: "Ya ka? Ya kot. Macam Ibu."  Sambil hahahaha...gelakkan ibu.

Sempoi jadi budak. Straight to the point 🕺.

#caf
#kenit

Wednesday, October 10, 2018

Children Are Natural Mimics


Si Kenit berada di Langkawi sekarang. Bertolak pagi tadi dari Pulai Chondong naik bas dengan rombongan sekolah. Semalam Kenit sibuk mengemas dan buat persiapan sendiri. Duit belanja di Langkawi guna duit tabung beliau sendiri. Ibu poket kuruih. Yuran lawatan Mak Tok Wan sponsor. Terima kasih tak terhingga Mak Tok 💖.

Saya agak sentimental dengan yang bongsu ini kerana beliau 'hands-on' perkataan 'berdikari' secara realiti lebih awal berbanding anak-anak yang lain, even saya sendiri. Saya dan suami memang dedahkan anak-anak untuk membantu dan melakukan kerja rumah termasuk memasak semenjak mereka masih kecil. Tetapi ianya tidak ketara dan saya tidak begitu terasa kerana ketika itu suami masih sihat. Suami saya mula diserang strok pertama pada tahun 2010, Si Kenit baru berusia 3 tahun.

Kadang-kadang jam 2-3 pagi Kenit bangun sendiri kerana terlupa basuh atau keringkan baju sekolah tanpa kejutkan saya. Sharing ini bukan nak puji anak sendiri. Cuma nak share berdasarkan apa yang saya lalui. Tak rugi kita persiapkan anak-anak kita dengan 'survival skills' dari awal kerana perancangan Tuhan untuk kita tidak dapat kita jangka. 

Tugas kita membuat persiapan sehabis baik. Manfaatnya bukan sekadar untuk keluarga kita sahaja tetapi jauh ke depan nanti untuk anak-anak kita membina keluarga dan dapat memainkan peranan dengan baik sebagai ahli keluarga serta masyarakat. 

Bila diingatkan kembali sejak anak-anak masih kecil saya tegas dengan mereka. Saya masih bekerja ketika itu. Jika menonton tv saya takkan biarkan mereka free macam tu saja. Saya akan longgokkan timbunan kain. Sama-sama melipat kain sambil menonton tv. 

Bilik tidur juga masing-masing perlu kemas sendiri. Anak-anak tidur berasingan semenjak kecil lagi. Masing-masing tidur di bilik sendiri. Saya dan suami tak mampu untuk sediakan bilik yang besar dan mewah untuk anak-anak. Apa yang suami saya buat ialah beliau gunakan gysum board untuk jadikan bilik untuk setiap anak. Masing-masing bertanggungjawab terhadap bilik masing-masing.

Memasak pun sama. Sekarang saya boleh menarik nafas lega kerana sekali sekala terutamanya di hujung minggu anak-anak mengambil alih tugas memasak. Dapatlah saya melepaskan lelah sebentar di celah kekalutan menguruskan suami yang tidak sihat. 

Mak dan Abah saya sendiri dulunya sentimental melihat ketegasan saya dan suami terhadap cucu-cucu mereka. Mujur saya tak kalah dengan sentimental Mak Tok dan Tok Ayah depa. Rupanya Allah swt aturkan semua ini ada sebabnya. Segala persediaan zaman selesa amat berguna sekali sekarang. Jika tidak, entah bagaimana saya mahu mendayung segalanya sendirian sebagai ketua keluarga dan melaksanakan rutin harian serta perlu menyelenggara anak-anak yang tidak mampu berdikari.

Seperkara lagi, pada saya tak salah kita berkongsi dengan anak-anak cabaran dan perit jerih kita. Saya berkongsi dengan anak-anak perjalanan dan cabaran hidup yang saya perlu harungi. Anak-anak kecil ini mereka putih bersih. Apabila kita membawa mereka bersama-sama kita di dalam 'adventure trip' kita, mereka akan 'memberi' sepenuh jiwa raga dengan tulus ikhlas, mereka akan sangat hargainya kerana kita mengambil kira peranan mereka dalam proses kehidupan keluarga. Mereka sebenarnya gembira, bangga dan amat hargai peluang serta kepercayaan ibu bapa terhadap mereka. Dan inilah dia juga pada pandangan saya antara proses menghasilkan 'manusia yang menjadi'. 

Buya Hamka sendiri ada menyebut di dalam naskhah Tafsir Al-Azhar tentang bagaimana bangganya Abang Ipar almarhum yang merupakan guru almarhum dan almarhum yakin, pasti Ayahandanya juga akan bangga jika Ayahandanya masih hidup kerana almarhum telah menjadi 'manusia yang menjadi dan benar-benar menjadi orang'. Ianya merangkumi aspek sahsiah, adab, agama dan duniawi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pernah seorang Pakcik tua (ketika suami dimasukkan ke hospital) berkongsi dengan saya tentang betapa kecewanya beliau dengan kesilapan beliau mendidik anak-anaknya. Saya tanya beliau apa yang silapnya kerana anak-anaknya semuanya berkerjaya hebat dan antaranya latar belakang agama yang kuat. Kata beliau kesilapannya ialah beliau tekankan pada anak-anak untuk fokus pada pelajaran semata-mata. Beliau sendiri pula fokus mencari rezeki siang dan malam. Beliau lupa suntik ilmu kehidupan dan kasih sayang, bab ini beliau serahkan pada isterinya semata-mata. Ditakdirkan isteri beliau terlebih dahulu dijemput Tuhan. Tinggallah beliau menghabiskan sisa usia dalam kesunyian. Anak-anak tidak mampu untuk 'make time' untuk beliau sebagaimana mereka 'make time' untuk arwah isterinya. Masa anak-anak untuk beliau hanya apabila ada kelapangan. Latar belakang agama dan keturunan tidak menjamin apa-apa kata beliau jika 
tidak dijadikan sebagai 'way of life'. Ilmu yang anak-anaknya ada lebih kepada ilmu mencari makan kata beliau lagi. Saya ternganga mendengar cerita beliau kerana pada awalnya saya begitu kagum dengan kejayaan anak-anak beliau. 

Tak dak apa pun, beletiaq ja lebih 😁. Si Kenit share dalam group famili segala macam gambaq. Alhamdulillah cuaca baik di Langkawi.

MekZurots
Children are natural mimics who act like their parents


#melas
#melasjourney
#abe

Friday, January 28, 2011

Live from KPJ Specialist Hospital, Penang

Salam and good afternoon to bloggers,

It has been a while i am not so into blogging. My ultimate brain just gone blank. Tatau pasaipa. Maybe sibuk sangat kat opih sampai tak sempat nak berangan sal blog entries. Plus my angels pun memacam.

Bermula dengan UltraCaf kena gigit tebuan. Dengan jayanya Caf pi pegang itu tebuan kat umah tokayah + maktok. It took few days jugak to recover. Sungguh bisa. Masa zaman cb kecik2 dulu, kalu kena gigit tebuan, abah akan amik tahik lembu yang fresh dan letak kat tempat kena gigit tu...sekejap ja sembuh. But now ni tang mana la nak cari fresh punya barang itu lembooos ;).




















Cita kat opih tak yah habaq lah kan. And today, many thanks to my boss for allowing me to work from hospital. Tak yah amik cuti. As long as can be connected to the net dah ok. Lega.
UltraCad demam on and off dah 5 days. Arini check in lah kat spital favorite depa. Cad kena amik darah for blood test & buat xray. Suspected pneumonia. Tatau lagik. Tunggu result camna :(.

Marilah kita mewarna...tatau
dah nak buat lagu mana bagi depa hilang cemuih.
MekNa nak ikut jugak ibu teman Cad...baru few
hours dah cemuih.

























Main game puloks...

Sekian lah sahaja repekan cb yang kebuntuan idea ini.

Monday, November 1, 2010

Contest bayi menangis...chewah!

Ni 2nd time semenjak menceburi arena blogging masuk contest. The 1st one was with Masayu. Free sangatkah saya ini. Huhuhu. Saja nak nyibuks jugak. Bolehkan gitu.

Ini adalah syarat2 dari cik puan penganjur AkuSukaPurple...tak hikut kalu disqualified:

1) menjadi follower blog ini - done!

2) letak banner aka gambar aleesya di side bar blog anda - sudah letak!

3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini - done! ni ha kat bawah ni...















4) gambar bayi mestilah MENANGIS - done! ni gambar my youngest Caf, nangis sepenuh hati jiwa dan raga dan abah sibuk entertain. dok letak minyak hangin tu...tangan luka...jatuh masa bergusti dengan abang2s ultramans.

















5)  NAMA BAYI - Muhammad Isyraf Bin Mohd Hadzrami aka UltraCaf
     NAMA IBU - Nor Azura Abdullah aka supermama (perasannn!)
     TARIKH LAHIR - 27hb.Ogos, 2007 (tarikh lahir anak lah kan ;))

6) peraduan ini terbuka untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga 5 tahun(atas permintaan ramai, tahap umur diubah) - OK! memenuhi piawaian. UltraCaf  just get 3yrs.

7) tarikh tutup adalah 14 november 2010 - Ok! masih awal!

8) setiap entry haruslah di link ke bahagian komen (blog ini) untuk memudahkan saya menyemak penyertaan - ok! done

Monday, April 26, 2010

Wanna play chess ? Try me ?

Tak sempat lagi CB nak buat any entry sal Eric Leong tu. Million sorry friends. However, here are few photos of Isyraf playing chess in his own way. hehehe...Jeles tengok Irfan, Irdina + Irsyad main. He wanted too. So, camni lah kan teknik2 bermain chess kategori 2 tahun plus.