ANUGERAH PROJEK IDEAS MALAYSIA
Sebuah projek pembangunan usahawan wanita dari negara-negara Asean anjuran Kerajaan Korea dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan dan syarikat konsultan DESB sebagai moderator program. Program yang berlangsung selama 2 tahun ini terdiri dari 240 orang peserta dari seluruh Malaysia. InsyaAllah, jika ada rezeki dapatlah kita bawa produk The Batik Craft ke Korea untuk exhibition di sana pada tahun 2026.
Saya di pilih sebagai:
- Usahawan Terbaik Projek IDEAS Malaysia 2024
- Usahawan Terbaik Projek IDEAS Malaysia 2024 - Region Machang
Terima kasih di atas sokongan dari tenaga pengajar yang terdiri dari pensyarah dan content expert dari UMK, UiTM dan sektor industri.
Video penganugerahan ada di sini: video Anugerah Projek IDEAS Malaysia 2025
ANUGERAH WANITA IKON KELANTAN 2024
Setelah melalui proses yang panjang, paperwork dan temuduga dari barisan panel yang bukan calang-calang, alhamdulillah, saya terpilih dari ratusan calon untuk menerima Anugerah Wanita IKON Kelantan 2024. Anugerah yang ditauliahkan oleh Kelab Wanita IKON Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia.
No comments:
Post a Comment