Showing posts with label Mental Health Matters. Show all posts
Showing posts with label Mental Health Matters. Show all posts

Monday, March 3, 2025

Fokus Kepada Perkara Di Bawah Kawalan Kita

     

Antara sharing dari rakan pembaca buku LoVE WITHOUT LOSING YOURSELF.
Terima kasih.

Inilah nikmat sebenar menulis dan berkongsi pengalaman. 🙏💖

Kalian yang bergelar ‘caretaker/caregiver’, percayalah, jika kalian boleh fokus kepada apa yang kalian mampu kawal sahaja, ianya amat membantu kesihatan mental dan fizikal kalian.

Ianya akan ambil masa, memang sukar pada mulanya. Kita sebagai caretaker ni sangat penat fizikal dan mental kerana kita hidup 24 jam bersama pesakit. Tak semudah susun itu ini segala teori dalam kepala. Apabila berada dalam keadaan ini, kita amat sensitif dan mula membuat kiraan, kenapa kita sahaja perlu menanggung semua ini, adik-beradik saudara mara kepada pesakit kan ramai lagi. Kenapa semuanya atas bahu kita. Tak terfikirkah mereka betapa peritnya kita berperang dengan masa dan wang ringgit. Ke mana ilmu agama mereka, sekadar teori sahajakah, aplikasi tanggungjawabnya mana?

Kalian percayalah, jika kalian tak boleh buang semua ini, kalian akan sangat-sangat penat fizikal dan mental. Fikiran sentiasa pertikai itu dan ini.

Tak ada cara lain. Dua ini sangat penting dari pengalaman saya:
(1) Berdamai dengan takdir yang Tuhan sudah tetapkan untuk kita.
- Kita tantrum di media sosial di group whatsapp ke apa takkan selesaikan masalah pun. Lagi terukkan keadaan adalah.
(2) Fokus kepada perkara di bawah kawalan kita.
- Bagaimana nak selesaikan cabaran depan mata kita. Financial sangat challenging buat saya sewaktu bergelar caretaker. Takkan saya nak merungut saja 24 jam. Allah swt dah sebut dalam Al-Quran, takkan berubah nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri merubahnya.
- Segala macam job saya buat untuk jana income dari rumah kerana saya tak boleh tinggalkan arwah suami tanpa jagaan.
- Dari ujian itu jugalah terbit peluang. Di situlah bermulanya perniagaan kraftangan batik saya.

Macam tu lah lebih kurang. Kita kena bertanggungjawab atas apa Tuhan amanahkan pada kita, kena ada accountability di sini. Apa kita perlu buat untuk manage dan solve the issues. Berhenti amalkan ‘self pity’ in a negative perspective.

Take care!

Kalian boleh dapatkan naskhah tersebut di sini
May be an image of text that says "UNTUK EMOSI MENGELAKKAN KELETIHAN (KHASNYA PENJAGA PESAKIT) FOKUS Fokus bawah kawalan sihat, perlu gembira, pesakit yang perlu pertikai kenapa kehidupankita nkitada sahaja. Diri kita sendiri perf ada keluarga sendiri elal peduli. serabutkan buat begitu begini. Sebenarnya setiap sebagai penjaga pesakit sudah jadual lakukat menjalankan dan kita sesiapa. alihkan fokus kita memikirkan ter dengan adi,ke am trying to.. for 1+year now.. baru nk belajar 11:01 am Kak, Kakjaga jaga diri ya Kak. Kita tanpa sedar abaikan diri kita. shared thru my own experience. Resulting to poor health condition in long run. 11:08 am"
See insights and ads
All reactions:
Nur Irdina Mohd Hadzrami, Khirman Khalid and 1 other
Like
Comment
Send
Share

Friday, February 21, 2025

Selesai Sudah Konvensyen Wanita & Undang-Undang Negeri Kedah 2025 . Terima kasih!

 

Alhamdulillah. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat Puan Sharifah Noriza, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah dan Puan Jamilah, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Kedah di atas peluang dan ruang untuk saya berkongsi karya saya di Konvensyen Wanita & Undang-Undang Negeri Kedah 2025 di Dewan Bandaran Kulim hari ini.
Terima kasih tak terhingga juga buat para pengunjung yang memberi sokongan pada karya saya.
See insights and ads
All reactions:
Yusrina Abdullah, Meho Melanau and 25 others
1 comment
Like
Comment
Share