Antara sharing dari rakan pembaca buku LoVE WITHOUT LOSING YOURSELF.
Terima kasih.
Inilah nikmat sebenar menulis dan berkongsi pengalaman. 



Kalian yang bergelar ‘caretaker/caregiver’, percayalah, jika kalian boleh fokus kepada apa yang kalian mampu kawal sahaja, ianya amat membantu kesihatan mental dan fizikal kalian.
Ianya akan ambil masa, memang sukar pada mulanya. Kita sebagai caretaker ni sangat penat fizikal dan mental kerana kita hidup 24 jam bersama pesakit. Tak semudah susun itu ini segala teori dalam kepala. Apabila berada dalam keadaan ini, kita amat sensitif dan mula membuat kiraan, kenapa kita sahaja perlu menanggung semua ini, adik-beradik saudara mara kepada pesakit kan ramai lagi. Kenapa semuanya atas bahu kita. Tak terfikirkah mereka betapa peritnya kita berperang dengan masa dan wang ringgit. Ke mana ilmu agama mereka, sekadar teori sahajakah, aplikasi tanggungjawabnya mana?
Kalian percayalah, jika kalian tak boleh buang semua ini, kalian akan sangat-sangat penat fizikal dan mental. Fikiran sentiasa pertikai itu dan ini.
Tak ada cara lain. Dua ini sangat penting dari pengalaman saya:
(1) Berdamai dengan takdir yang Tuhan sudah tetapkan untuk kita.
- Kita tantrum di media sosial di group whatsapp ke apa takkan selesaikan masalah pun. Lagi terukkan keadaan adalah.
(2) Fokus kepada perkara di bawah kawalan kita.
- Bagaimana nak selesaikan cabaran depan mata kita. Financial sangat challenging buat saya sewaktu bergelar caretaker. Takkan saya nak merungut saja 24 jam. Allah swt dah sebut dalam Al-Quran, takkan berubah nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri merubahnya.
- Segala macam job saya buat untuk jana income dari rumah kerana saya tak boleh tinggalkan arwah suami tanpa jagaan.
- Dari ujian itu jugalah terbit peluang. Di situlah bermulanya perniagaan kraftangan batik saya.
Macam tu lah lebih kurang. Kita kena bertanggungjawab atas apa Tuhan amanahkan pada kita, kena ada accountability di sini. Apa kita perlu buat untuk manage dan solve the issues. Berhenti amalkan ‘self pity’ in a negative perspective.
Take care!
Kalian boleh dapatkan naskhah tersebut di sini
No comments:
Post a Comment