“Abang, ni buku baru Zura.” Saya menghulurkan senaskhah buku “Redah Saja, Allah Ada” kepada suami. Sebuah buku ringkas kompilasi cerita-cerita pendek dari sosial media saya yang dibukukan.
Abe Mie mengambil dan membelek buku tersebut dengan penuh minat. Diselaknya setiap helaian dan kembali ke muka hadapan. Beliau bagaikan keliru dan mencari sesuatu.
“Is this your second book? Zura, why I cannot see the content?”
Sepanjang 1 tahun 2 bulan beliau diserang strok kelima ini, beliau tidak pernah bertanya sebegini, tetapi saya tahu beliau tidak nampak kerana apabila saya melintas di hadapan beliau, beliau akan bertanya ini Zura atau MekNa. Beliau cam melalui suara sahaja. Benarlah kata doktor, pandangan beliau tinggal 20% sahaja secara berdepan, pandangan sisi tiada. Kalau di US dah dikira legally blind.
“Takpa Abe. The book is all in black and white, including the cover. Cover tu muka MekNa,” saya cuba menjelaskan kepada beliau.
“Abe nak baca Zura.” 😢
“Takpa Abe. Nanti Zura bacakan untuk Abe. Cerita Abe pun ada dalam buku ni,” saya cuba sedapkan hati Abe Mie. Beliau diam dan terus menyelak helaian buku tersebut, masih tercari-cari. Jika beliau sihat, pasti beliau akan raikan saya sepertimana buku pertama saya, beliau belikan saya bunga dan bawa kami sekeluarga bercuti. Anak bersunat pun beliau belikan kek bertulis “Selamat Bersunat.”
Bagaimana untuk tidak merindui insan sebegini waima anak-anak pun begitu sayang dan berhemah menyantuni Abah mereka yang sudah amat jauh berbeza dari dulu. Bagaikan anak kecil. Walau dipukul, dicubit, disimbah air kopi ketika leka menonton tv oleh Abah yang tantrum, anak-anak tetap sabar menyantuni Abah mereka. Mereka cuci najis, tukar lampin, suapkan nasi dan ubat, potong rambut, cukur janggut dan berbagai lagi untuk Abah mereka. Saya ada ketikanya timbul rasa cemburu dan takut. Bagaimana jalan cerita saya nanti. Suami walau diuji dengan ujian sakit sebegini tetapi Tuhan hadirkan rahmat beliau dikelilingi ahli keluarga terdekat yang amat menyayangi beliau dan juga rakan-rakan yang amat prihatin tentang kebajikan beliau.
Pengajaran yang dapat saya kutip serba sedikit sepanjang perjalanan ini ialah berbuat baik dan didiklah anak kita agar menjadi ‘orang yang sebenar’ serta hargailah pasangan hidup serta anak-anak ketika kita masih ada nikmat kesihatan/kemudahan dunia. Apabila semua ini ditarik dari kita, wang ringgit menggunung tidak dapat memicit badankita yang lenguh; tidak dapat suapkan bubur ke mulut kita; tidak dapat bawa kita ke hospital; tidak dapat cuci najis kita; tidak dapat menghilangkan kesunyian kita dan sebagainya.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua pejuang kehidupan.
Berita baik:
-----------------
Alhamdulillah buku REDAH SAJA, ALLAH ADA dah siap. Bercinta sungguh noh nak jadi sebuah buku pun aih. Saya dah ambil semalam dari syarikat percetakan. Saya akan mula pos minggu depan. Buruh bawah umur dok gigih tolong saya stamp slip pos laju. Depa charge saya sekupang untuk sekeping. Lepaih ni tulih alamatkalian berapa pulak kena, banyak sungguh hidden cost bila hire freelancer kenit-kenit ni.
Berita tak berapa baik:
-----------------------------------
Yang dah bayar pada saya ialah 223 buah buku. Saya suruh print 250, diprintnya 200 saja. Jadinya yang 23 terakhir bayar, saya pos selepas cetakan kedua ya. Saya mohon maaf banyak- banyak sebanyak bintang di langit.
Berita pening lalat:
-------------------------------
Nak marah pun tak tergamak sebab taukeynya baik berbudi bahasa, selalunya saya ni boleh tahan juga kalau tak puas hati. Tapi dengan beliau Megatron dalam diri MekZurots tak keluaq-keluaq, dok diam ja. Beliau punya confident level pada saya tu dah tahap Optimus Prime, siap dah beliau print cover buku saya extra sebanyak 300 copies, saya tak suruh pun. Saya tanya kalau saya tak repeat order dan saya tak dak buyer lagu mana, banyak ni. Beliau memberi senyuman gaya Optimus Prime yang paling manis. Adui!
Jadinya dengan ini saya buka pre-order semula untuk cetakan kedua 277 naskhah REDAH SAJA, ALLAH ADA. InsyaAllah buku akan siap kurang dari sebulan.
Tempahan buku REDAH SAJA, ALLAH ADA, whatsapp hanya tekan link:
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
www.wasap.my/601125459481/redahsaja_allahada
Terima kasih semua kerana tak jemu menyokong saya.
#redahsajaallahada