Saturday, February 1, 2025

Kita Bahagia Kerana Sentiasa Bersyukur, Bukan Bersyukur Hanya Apabila Bahagia

Independent Writer semestinya kena gigih. Another location to get LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF untuk orang Kulim, Kedah. Naskhah terbaru dari saya ada di kaunter Tok herry coffee Naga Lilit.

Naskhah ini kontennya dalam Bahasa Melayu. Saya tak tau nak tulis tajuk sesuai kot Bahasa Melayu. Try macam-macam, dia bunyi lain macam, tak membawa maksud saya nak sampaikan. Mana tau one day saya dapat terjemah naskhah ni ke English version pula.
Terima kasih Tok Ef Tok Hery & Kak Anum kerana berada dalam circle positif Zura dan anak-anak serta support usaha Zura.
Naskhah ini mengajak kita untuk menemui makna kasih yang sebenar tanpa mengorbankan kebahagiaan sendiri.
Kita boleh mencapai kebahagiaan jika kita tahu cara melihat sisi positif dari setiap cabaran yang muncul dalam hidup kita. Dari pengalaman saya mengharungi cabaran sebagai caregiver kepada almarhum suami berimpak fizikal/mental, ini adalah antara cara untuk menjaga kesihatan mental kita.
Dengan menghargai setiap detik dan mencari hikmah di sebalik setiap ujian, kita dapat memperkuat diri dan jiwa, serta menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan tenang.
"Kita bahagia kerana sentiasa bersyukur, bukan bersyukur hanya apabila bahagia."
Kalian boleh dapatkan di sini juga: Landing Page _ Love Without Losing Yourself

 

 

LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF - Bukan Tentang Apa Kita Lalui, Tetapi Bagaimana Kita Menghadapi

Baru siap pack 84 pcs naskhah LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF yang akan berada di rangkaian perpustakaan sebuah negeri di selatan tanahair. InsyaAllah.

Sebuah naskhah kemaskini (Redah Saja Allah Ada), kompilasi cerita-cerita pendek seorang Zurots bersama empat orang angelsnya menongkah arus untuk bertahan dalam kepayahan menjaga suami/ayah berimpak fizikal/mental.
Melihat ujian dengan hikmah bukan sekadar menerima setiap cabaran yang datang, tetapi mencari pelajaran di sebaliknya. Setiap kesulitan membawa peluang untuk kita lebih kuat, lebih bijak, dan lebih bersyukur.
Hidup ini sebenarnya indah dan menyeronokkan jika kena caranya. Bukan tentang apa yang kita lalui, tetapi bagaimana kita memilih untuk menghadapinya. Mencari kegembiraan dalam hal-hal kecil, hargai setiap detik, dan jadikan setiap pengalaman—baik atau buruk—sebagai warna yang menceriakan perjalanan hidup kita!
Antara intipati naskhah terbaru saya.

May be an image of text

Untuk yang jauh, kalian boleh dapatkan di sini Landing Page _ Love Without Losing Yourself

Naskhah LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF - Ada di Restart Coffee, Labu Besar, Kulim

 Untuk pengunjung cafe cantik, makanan sedap dengan vibes New Zealand lembu dok meragut petang-petang dan sunset view iaitu Restart Coffee, kalian boleh dapatkan buku terbaru saya, LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF di sini ya.

Ada di art corner Restart Coffee - Labu Besar, Kulim. Saya dah packing comey-comey, ada free gifts dan saya dah sign.
Yang berjubah hitam tu cafe owner, Puan Nazura Abdul. Rakan saya sejak anak-anak di tadika lagi, dah lebih 20 tahun friendship kami. Terima kasih Ira support Kz 🫶