Thursday, December 16, 2010

UltraCad Convo Dah 6yo

Haish...hujung2 tahun ni mood keja pun suram. Tapi dalam dok suram tu hadoi la...keja banyak sungguh mak oi. Yang dah plan, yang tak plan semua ado belako. Sungguh tak syiok. You all semua hokay kah?. Dah ler tu...angels at home sokmo dok antar message thru FB Chatting.."bila ibu nak balik?", "lambat lagi kah ibu nak balik", "loma takmo makan", "orang bosan"....dan macam2 lagi lah yang sewaktu dengannya. You all semua camna? CB cam tu la...huhuhu....tu yang blog pun suram ja.

Tak mampu la cb nak kayuh laju macam SOP, macam Mia, macam Mak Aiyu Tomey, macam TTVM, macam Zarin, macam Azmiezas, macam Posh, macam MayaAmir, macam Ermayum dan macam2 lagi la...sekadar sebut beberapa nama yer. Tapi kot mana pun mesti cb jengah blog kengkawan hari2...kengkadang tu jeling je la kalu sibuk, tak sempat tinggai jejak. Sedeyyy.

Huhuhu....nak buat entry kenangan UltraCad punya convo pun tak sempat lagi. CB bagi intro photo dulu lah yer. Esok2 cb dah kerepot buleh la anak2 tengok kan. Kena tanam azam buat jugak ni.  Chewah.

UltraCad (2nd from left yang paling kemetot sekalik itu) dapat adiah Best in Computer Award

Ganas oh graduation dance depa nih. Gegaq stage!

Cad dapata diah dari Madam Sim yang sungguh komited dan sokmo wat Cad tension. Ngeh3.

Yeay! tahun depan darjah satu sudaaaaaaa

Ok lah.Sampai tang ni lah dulu na. Nak sambung keja la. Bubye.

Sunday, December 12, 2010

Biji Asam Jawa Penawar Bisa ?

1st of all cb mintak maaf kalu update kali ni huru hara. Cb update pakai buah beri. Maleh nk bukak laptop. Bukan apa sat lagi si kecik UltraCaf pun for sure al sibuks lah nak bukak utube nengok cita arjuna dakpun lagu shakira waka waka itu. Kemain lagi dak keciks UltraCaf hok baru 3 tahun itu.

Ok. Now berbalik kepada alkisah UltraCad kena sengat penyengat baru nih. Apart from makan ubat tetiba adik lelaki Cb hok macho macam padinno itu tanpa di sangka2 menunjukkan skills bomohnya ubatkan UltraCad. Memula tu cuak gak...hehehe. Tapi why not give a try kan. Dengan jayanya CB menyerahkan UltraCad kepada adik cb dengan penuh rasa ragu sebanyak 200%...ngeh3. 

Kat sini cb share gambaq2 UltraCad sewaktu rawatan itu.


Biji asam jawa di potong dua dan di letakkan di bahagian bekas gigitan penyengat. Adik cb cakap biji asam jawa ni dia akan otomatik melekat kalau bisa masih ada. Memula tu cam konpius ja cb. Tapi bila tengok sendiri...hmm betui lah jugak no. Biji asam jawa ni hanya akan jatuh dengan sendirinya bila dah habis serap bisa tu. Lepas 2 kali buat treatment ni within 2 days alhamdulillah rupabentuk mukabumi UltraCad kembali seperti sediakala gitu.

Sekianlah saja. Naik kejang jari menaip guna henpon nih. Kalu ada apa2 petua lain meh la kita kongsi mongsi.

ComeyBelako
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Ni masa 1st treatment, 2nd day lepas kena sengat.. Mata Cad almost tak bley bukak langsung.














Yang ni 2nd treatment, day 3 kena sengat. Mata dah boleh bukak. Telinga pun dan kecut.
Amazing kan? Biji asam tu tak jatuh.












Tadaaa...dah ensem sudaa. Sila abaikan keselerakan bilik tidur Ultras CB itu.





























Friday, December 10, 2010

Whoaaa...!...Serangan Panglima Kumbang dan Penyengat!

Wah!...cuti sekolah ni memang lah sungguh mencabar. You all camne? Kat opih tak yah cerita lah kan. Hujung tahun ni semuanya nak asap berasap (as soon as possible). Nak bagi meriah lagi semua asap tu...2 weeks ago UltraFan dengan jayanya melawat KPJ Specialist Hospital. Kenapakah ? 

Ianya adalah kerna...panglima kumbang entah mai mana buleh masuk dalam telinga. Hadoi la...kelam kabut tetengah malam gi spital KPJ tu untuk remove. Adohai lah anak ibu. Cb terlupa pulak nak amik gambaq hasil korekan itu. Haiseh man...

Ni ha Dr.Ewe tengah dok buat operasi telinga UltraFan. 

Sorry gambo kelabu asap guna henpon buah beri. Waktu malam. Cb tak berani nak lelebih...kang kena marah nge doktor. Kih3. Tapi gigih gak amik gambaq time UltraFan kena koreks. 

Hari ni tengah dok meeting Cb dapat call pulak from home. UltraCad pulak dah...satu badan kena gigit penyengat. Orang Kedah panggey 'temingat'. U all tau ka penyengat aka temingat tu lagu mana rupabentuk dia. Ha ni amik ni ha gambaq dia...CB google dan dapat dari foto ijulabi.fotopages.com. Thanks ya.

Penyengat + temingat.

Sian UltraCad...kena sengat serata alam. Mata, telinga, kaki, tangan semua bengkak. Doctor bagi satu beg ubat. Huhuhu...jenuh Cad nak makan. Ini la penangan hero yang lasak. Gi mancing dengan tok ayah...masuk kawasan larangan. Kan dah kena. Kekeke...layanlah wajah UltraCad yang dah senget sana sini...ngeeeeeeeee...

Sian anak ibu. Huhuhu...takpe...nanti ensem balik.

By the way. selain makan ubat...ada dak petua2 buleh amal untuk kena sengat ni ? CB memang tak reti. 

Bubye semua. Have a wonderful weekend. CB cam biasa...nak pi mancing je elr weekend ni. 

Monday, November 1, 2010

Contest bayi menangis...chewah!

Ni 2nd time semenjak menceburi arena blogging masuk contest. The 1st one was with Masayu. Free sangatkah saya ini. Huhuhu. Saja nak nyibuks jugak. Bolehkan gitu.

Ini adalah syarat2 dari cik puan penganjur AkuSukaPurple...tak hikut kalu disqualified:

1) menjadi follower blog ini - done!

2) letak banner aka gambar aleesya di side bar blog anda - sudah letak!

3) juga letakkan banner ini dalam entry khas untuk contest ini - done! ni ha kat bawah ni...















4) gambar bayi mestilah MENANGIS - done! ni gambar my youngest Caf, nangis sepenuh hati jiwa dan raga dan abah sibuk entertain. dok letak minyak hangin tu...tangan luka...jatuh masa bergusti dengan abang2s ultramans.

















5)  NAMA BAYI - Muhammad Isyraf Bin Mohd Hadzrami aka UltraCaf
     NAMA IBU - Nor Azura Abdullah aka supermama (perasannn!)
     TARIKH LAHIR - 27hb.Ogos, 2007 (tarikh lahir anak lah kan ;))

6) peraduan ini terbuka untuk bayi yang berumur 1 hari sehingga 5 tahun(atas permintaan ramai, tahap umur diubah) - OK! memenuhi piawaian. UltraCaf  just get 3yrs.

7) tarikh tutup adalah 14 november 2010 - Ok! masih awal!

8) setiap entry haruslah di link ke bahagian komen (blog ini) untuk memudahkan saya menyemak penyertaan - ok! done

Friday, October 29, 2010

Manjakan diri di Dermalogica - Treat & Care

Ni papan tanda saloon cb dok pi tu...June, kasi komisen sama wa tau! Free promo ni.

Salam frens....Hari ni gagahkan diri jugak curi masa time lunch break (jumaat break time panjang = 2 hours, tapi memandai2 jadi 3 hours...kekeke) pi buat facial + massage. Itu amoi tukang urut di Dermalogica Treat & Care sudah leter sama wa...sudah 4 bulan tak pi manjakan diri. Sungguh teruk. You all macam mana? Dok pi dak buat facial macial ni? Kena pi tau...setelah penat lelah keja kat opih, kat umah...we have to reward ourselves dengan cara yang unik ini sambil dibuai mimpi...cb normally tertidoq la bila kena urut ni. Nampak sangat I really need a break kan.
Nama saloon ni Treat & Care. Simple santai.

Ni ruang lepak kat saloon June (tokey saloon).
I took a facial package at Dermalogica - Treat & Care. Dengaq tu memang la macam mahai...but kalu buat math balik dah jatuh berbaloi actually. Package dia RM890 (facial + upper body massage) = dapat product Dermalogica worth RM200 + 8 kali treatment for 2 hours. So bila buat math balik, facial treatment dia tu jatuh RM690 for 8 times = RM86.25 untuk satu session 2 jam. OK kan? chewah...kekeke.

Haa...ni amoi yang selalu leter sama wa sbb malas pi wat facial + jaga muka sendiri. Huk2...nasib ada amoi ni.
Ni single room yg selalu cb amik la...amoi ni siap pasang lagu + aroma terapi punya lampu + minyak...wa terus tidoq. Kalu pi dgn frens cb amik twin bedded, buleh nyembang...hehehe.

Kat bawah ni product2 Dermalogica yang CB pakai....tingin nak pakai 3 in 1 foundation dia (setelah di jarum oleh amoi tukang urut tadi...huaaaa...)...speselnya 3 in 1 foundation ni dia adalah foundation + moisturizer + sun block. Yang cb dok pakai la ni adalah 2 in 1 moisturizer ja, cosway punya, Lillan Vital tu...takdak sunblock...tu yang muka kelam suram gitu.

Lipgloss dia memang best...bibir kita tak jadi kering + berkeping2 gitu...sebelum tidoq amoi tu suruh pakai jugak...especially tidoq dalam aircond.

Ni antara product2 dermalogica yang cb pakai. Memang best dermalogica ni. Cuma mahai lah sikit...tapi tahan lama. Hat botoi besaq sekali tu Facial Cleanser...dah 4 bulan cb pakai...harga dia RM183. bolehlah kan (ayat sedapkan hati...boleh?)

Cukup lah ye merepek setakat ini. Selamat memanjakan diri!