Salam & Hi,


Salam & Hi,
Pagi tadi saya diminta berkongsi turning point saya memulakan bisnes kraftangan batik oleh Dr Rai & Puan Husna dalam kelas IDEAS Project Malaysia, joint effort program UMK/UiTM dan Kerajaan Korea.
Saya letak jawatan sebagai jurutera pada umur 38 tahun. Masa ni almarhum suami saya dah beberapa kali diserang strok dan pulih. Jadi kami decide untuk settledown di kampung suami. Nak jalani hidup sederhana. Jual rumah, settle hutang, balik Machang buat rumah kecil di tengah bendang. Saya fokus menulis dan almarhum suami jalankan bisnes jualan serunding. Semuanya berjalan lancar selama 2 tahun. Kemudiannya almarhum suami diserang strok lagi, hilang upaya fizikal dan mental, vision tinggal 20% sahaja. Dari zero hutang kembali membuat hutang. Kita hanya merancang, perancangan Tuhan berbeza.
Saya mula join support group local dan international yang terdiri dari penjaga pesakit kronik serta terlantar (caregiver). Rupanya majoriti caregiver terutamanya para isteri yang anak-anak masih kecil dan masih belajar hadapi perit getir seperti saya juga. Kami diuji dengan ujian kewangan. Mana mahu pastikan ada food atas meja, mana dengan bills, mana dengan anak-anak semuanya belajar dan mana nak cari pitih untuk almarhum suami yang doktor sahkan ada rare disease, ubat kena beli sendiri, bukan murah. Belum masuk keperluan lain lagi, diapers, diabetes strip, kapas dan lain-lain.
Dari situlah saya nekad. Tak boleh dah dok sedih. Sampai bila? Saya kena terima hakikat. Ini jalan yang Tuhan susun untuk saya. Orang akan ada 1001 justification untuk membantu atau tidak membantu. Yang saya ada ketika itu hanya diri sendiri dan kebergantungan sepenuh hati pada Tuhan.
Berbekalkan minat saya dalam kraftangan, saya redah saja. Saya buat satu set giant toys pertama untuk anak saya dan kongsi di media sosial. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya walaupun tidak selesaikan isu kewangan saya sekeluarga tetapi sangat membantu, saya dapat sokongan kawan-kawan dan followers saya. Saya jahit tangan sepenuhnya. Mesin jahit pun tak ada waktu tu. Tidur hanya bila terlalu letih. Anak-anak saya menangis melihat jari jemari saya luka-luka kena jarum. Gambar-gambar ini adalah hasil saya jahit tangan. InsyaAllah selepas ini The Batik Craft - Kelantan, Malaysia akan hasilkan produk soft toys inspirasi dari produk lama saya ini.
Dari sinilah saya nampak ada jalannya dunia kraftangan dan saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan para caregiver dan wanita lain yang susah. Saya buat kertas kerja dan alhamdulillah berjaya mendapat kepercayaan dari Yayasan Hasanah melalui konsep home-based dan outsourcing di The Batik Craft. Berbekalkan pengalaman di dunia korporat saya develop training & development dan mentoring module untuk dimanfaatkan 65 orang wanita dari keluarga berpendapatan rendah dari Kelantan. Mereka juga diberi mesin jahit dengan geran Yayasan Hasanah. Melalui outsourcing konsep, saya dapat sama-sama berkongsi rezeki dengan wanita-wanita ini.
Saya juga ditanya Dr Rai tadi, apa perasaan saya melihat semua ini materialized. Walaupun bisnes saya hanyalah bisnes kecil, team saya semuanya bekerja dari rumah tetapi jauh disudut hati saya, saya sangat terharu melihat ada yang berjaya beli motorsikal, beli mesin jahit yang lebih advance, berjaya set-up ruang kerja sendiri di rumah, dapat gembirakan anak-anak dengan belanja dapur, saya seronok dapat mesej “Zura, terima kasih, Kak guna duit upah untuk daftar anak masuk universiti”.
Begitulah. Saya ulang sekali lagi, kita hanya ada diri kita dan Tuhan untuk bergantung hidup. Orang akan ada 1001 justification untuk membantu atau tidak membantu. Move on dan bertindak. Jangan compare kehidupan kita dengan orang lain. Setiap orang ada kisah perit jerih masing-masing.
Semua ini buatkan saya rasa amat bertanggungjawab untuk berkongsi rezeki dengan cara saya, terutamanya dengan para ibu dan isteri yang diuji.
Tadi Dr Rai ada berkongsi satu petikan kata-kata pujangga Jepun yang membawa maksud, “Jika kita tersalah naik keretapi, turun di stesen terdekat dan ambil keretapi yang betul”. Sama juga dengan hidup kitakan. Cepat-cepat settledown perasaan kita, move on dan bertindak. Kita kena sayang diri kita, jangan lama-lama dibuai emosi. Kita ada anak-anak yang berpayung bawah kita.
Saya tak layak untuk beri nasihat kerana saya sendiri masih struggle dengan bisnes kecil saya yang kejap naik kejap turun. Saya sekadar berkongsi secebis kisah bagaimana saya masih survive.
Semoga ada manfaatnya buat kalian.
Zurots
#ideasmalaysia #lovewithoutlosingyourself #thebatikcraft
Di petang Jumaat yang mulia ini, dengan rendah diri saya nak share pre-release schedule buku ketiga saya ‘LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF’. Tajuk omputeh, isi Bahasa Melayu. Saya habis idea nak bagi sedap bunyi tajuk kot Bahasa Melayu tak sedap juga. Mungkin ini jalan untuk saya terbitkan versi Bahasa Inggeris pula selepas ini. InsyaAllah.
Masih bermotifkan cerita motivasi kehidupan. Stay tune ok. Doakan saya sihat dan dapat cope dengan jadual yang tertera di sini.
Terima kasih di atas sokongan kalian yang tidak berbelah bagi pada saya dan anak-anak.
Love Without Losing Yourself
Zurots