Wednesday, February 19, 2025

Sumbangan Buku LoVE WITHOUT LOSING YOURSELF kepada Klinik Psikiari HUSM

 

Saya agak sentimental hari ni apabila melihat gambar yang dikirim rakan sekolah saya Dr Rohani Ismail, Dekan Fakulti Sains Kesihatan HUSM menyampaikan sumbangan buku LoVE WITHOUT LOSING YOURSELF kepada Klinik Psikiari HUSM bagi pihak saya.

Klinik Psikiatri ini menjadi saksi suka duka saya dan anak-anak menongkah arus bertahun-tahun demi insan yang amat kami kasihi almarhum Abe Mie ketika almarhum berperang dengan Sindrom Melas.
Pakar-pakar psikiatri dan staff di sini tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya dan anak-anak. Bukan sahaja tentang santuni pesakit jagaan kami, tetapi juga bagaimana untuk kami menjaga diri sendiri supaya kami sendiri tidak rebah.

Kalian para penjaga pesakit, abaikan kata-kata orang tentang klinik psikiatri itu untuk orang gila. Jangan sampai kita betul-betul gila dek kerana melayan cakap orang. Yang melaluinya kita. Bercakap tak semudah kita yang perlu hadap pesakit 24 jam x 7 hari. Kita juga ada tanggungjawab pada anak-anak, nak cari makan lagi, kita juga ada parent untuk disantuni. Emosi kita perlu sihat.
Klinik Psikiatri juga akan bantu kita facilitate keadaan pesakit seperti tidur tak menentu, tantrum etc dengan ubatan yang sesuai.

Caregiver kena kasihan diri sendiri dahulu, baru kita boleh beri kasih kita pada orang lain. Kadang kita ini penuh rasa kasihan tak bertempat tak nak beri pesakit makan ubat itu ubat ini sebab kasihan. End up kita sendiri huru hara dan impak hidup anak-anak yang lain. Yang sakit tetap dah sakit. Kita yang tak sakit kena teruskan hidup dengan betul.

Terima kasih Klinik Psikiatri HUSM kerana sudi menerima 2 naskhah LoVE Without Losing Yourself hasil sumbangan followers saya sebagai bahan bacaan ruang menunggu klinik.

Terima kasih tak terhingga buat kalian yang menyumbang. Saya akan update lokasi seterusnya nanti.
Untuk dapatkan naskhah ini untuk diri sendiri atau untuk sumbangan kalian boleh ke sini https://zurotsbooks.com/love-without-losing-yourself

See insights
Boost a post
All reactions:
Irfan Hadzrami, Hazira Abd Rahman and 48 others

Saturday, February 15, 2025

A Time Called You

 

Saya tengah khatam cerita ini, A Time Called You. Han Jun Hee kehilangan teman lelakinya, Koo Yeon Jun akibat kapal terbang terhempas tetapi mayatnya tidak ditemui. Jun Hee masih menaruh harapan teman lelakinya masih hidup walau setahun telah berlalu dan tidak jemu menghantar mesej kepada nombor talian telefon teman lelakinya. Sekali sekala Jun Hee akan membacanya kembali.

Apabila menonton babak ini, ianya refleksi kepada diri saya sendiri. Sudah memasuki tahun ke-5 rupanya almarhum suami saya pergi. Saya masih menghantar mesej kepada akaun almarhum suami, meluah rasa, membaca kembali perbualan kami yang lama. Kadang-kadang tersenyum sendiri.

Kalian jangan salah faham ya. Saya sudah move on dan boleh terima kenyataan almarhum sudah pergi. Cumanya penangan rindu pada insan yang amat baik budi pekerti sebagai manusia, suami, anak dan bapa amat kuat.

Rupanya kehilangan insan tersayang yang baik budi pekerti ini lebih perit dari sewaktu saya bergelar caretaker selama 13 tahun kepada almarhum sendiri.

Apa yang saya kutip dari pengalaman saya ini ialah, sewaktu kita sihat jangan sombong dan jagalah akhlak kita. Apabila kita sakit waima darah daging sendiri pun belum tentu kita mampu paksa dengan wang ringgit untuk santuni kita dengan baik.

Zahirkan kasih sayang kita ketika masih ada di depan mata. Ya cliche kan ayat ni. Cliche waktu masih memiliki. Apabila sudah hilang, pedihnya tidak tergambar. Hanya pasangan kita yang mampu terima kita seadanya, yang peka dengan perkara remeh, yang menjadi tempat berkongsi suka duka.

Appreciate while you have, while you can.

Begitulah.

Naskhah terbaru saya LoVE WITHOUT LOSING YOURSELF kalian boleh dapat di sini https://zurotsbooks.com/love-without-losing-yourself

May be an illustration of text
See insights and ads
All reactions:
Anis Rasyqah, Za Jusoh and 12 others