Saya rasa sangat bersalah dengan kakak berbaju kurung hijau ini. Beliau datang ke booth saya di Konvensyen Wanita & Undang-Undang Negeri Kedah 2025 baru-baru ini, pickup buku dan selak helaian demi helaian. Kemudiannya mula berbual dengan saya serta bertanyakan kisah di sebalik buku ini.
Saya ceritakan pada beliau perancangan saya untuk settledown di kampung halaman suami hanya berjalan lancar selama 2 tahun. Kami suami isteri bersara awal untuk jalani hidup sederhana/slow living di kampung.
Perancangan Tuhan berbeza untuk kami. Almarhum suami saya sakit kronik dan perlu dijaga bagaikan anak kecil. Hilang upaya fizikal dan mental, mata pun hampir buta, tinggal 20% daya penglihatan. Kakak tersebut menangis dan berkata pada saya, “Hidup ini memang sukarkan.” Sambil mengesat airmata beliau berlalu pergi.
Saya tak sempat nak tahan beliau kerana ada pengunjung lain datang berbual dengan saya. I wish I can hug her ☹️. Ingin saya selami apa yang beliau simpan dan pendam. Dengan reaksinya itu saya pasti ianya bukan sesuatu yang mudah. Semoga baik-baik saja buat kakak. Jika kakak ada terbaca posting saya di sini atau di blog saya www.mekzurots.com, kakak contact saya ya.
Buku ini adalah tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat khasnya golongan para ‘caretaker’ dan orang sekeliling. Semoga kita dapat memainkan peranan masing-masing, mengikut kapasiti masing-masing tanpa prejudis.
Apapun yang kita hadapi, ianya adalah tentang bagaimana kita berdamai dengan takdir dan bagaimana kita mengurusnya. Kita boleh mencipta bahagia.
Take care.
#lovewithoutlosingself
#zurotswrite
#mentalhealthmatters
#JPWKedah
#bpenkedah