Monday, March 3, 2025

Rest In Peace Mei Jin


Tadi saya ziarah bekas rakan sejawat saya Puan Yeap Mei Jin di Relau Funeral Parlour, untuk memberi penghormatan buat kali terakhir kepada mendiang yang punya ruang yang istimewa di hati saya dan anak-anak. Mendiang merupakan rakan sejawat saya dan almarhum suami.


Satu jam berada di sana tadi, menguatkan lagi sebab kenapa Mei Jin ada tempat istimewa di hati kami sekeluarga dan juga rakan-rakan lain tidak kira agama serta bangsa.

“Nurse Mei Jin tempat saya meluah rasa dan pendengar setia ketika saya di titik paling bawah. Kegagalan perkahwinan dan depresi. Nurse Mei Jin sebenarnya tak perlu layan saya pun tentang hal ni di klinik. Bukan tugas dia. Saya ni technician saja. Tapi Nurse Mei Jin lain dari yang lain. Baik hati,” kongsi seorang kakak (Melayu) tadi, sambil airmatanya gugur tidak terkawal. Datang memandu bersorangan jauh dari Bandar Baru.

Cerita lain pula. “Setiap kali I rasa tak sihat, I akan ke klinik. Nurse Mei Jin akan ambil tekanan darah dan suruh saya rehat sebentar. Mei Jin akan buat air milo untuk saya. Kemudiannya akan ambil tekanan darah semula dan periksa saya semula. Lepas tu beri senyuman paling manis sambil cakap you dah ok dah.” Tak ada nak marah-marah nak judge employee. Bagaikan seorang ibu kepada keluarga besar di kilang.

Antara cerita di ruang menunggu mendiang tadi. Tiada sempadan agama dan bangsa.

Su Zing & Su Ying - your Mom is an angel. I am very lucky to be part of her circle. Sedihnya saya apabila Su Zing beritahu Mei Jin tercari-cari posting saya di Facebook kenapa sudah tidak ada. Akaun lama saya telah dibanned oleh Meta kerana ada cubaan hacked akaun Facebook saya melalui Instagram. Ini akaun baru.

Su Zing cerita yang ibunya selalu berkongsi kisah saya mengharungi perit jerih sebagai caregiver dengan mereka adik-beradik, termasuklah usaha saya membantu wanita dari keluarga berpendapatan rendah melalui social enterprise The Batik Craft - Kelantan, Malaysia. Saya agak terkejut pada awalnya, apabila Su Zing ceritakan satu persatu perihal saya seolah-olah kami adalah kenalan. Rupanya dari ibunya Mei Jin.

Sewaktu almarhum suami saya diserang strok pertama dan hilang upaya bertutur, pada tahun 2009, saya benar-benar lost. Tak tahu nak buat apa. Pertama kali face benda macam ni. Hospital pilihan kami di Penang pula katil penuh. Mei Jinlah yang bantu uruskan semuanya bab hospital. Saya hanya follow dan pastikan insurans ok. Hospital Pantai Penang waktu itu tidak ada pakar terapi pertuturan. Jadi Mei Jin bantu uruskan pakar terapi pertuturan dari Hospital Island Penang untuk ke Hospital Pantai tempat almarhum suami saya warded dan mendapat treatment dari Neurologist. Selepas setahun almarhum suami saya kembali boleh bertutur. Selepas kami berpindah ke Kelantan pada 2014 dan sehinggalah almarhum suami saya hilang upaya fizikal dan mental, Mei Jin tetap memberi sokongan dari jauh.

Sesiapa sahaja yang pernah mengenali Mei Jin pasti setuju dengan saya, kalian akan rasa tenang. Rest in peace Mei Jin.

✨ You are truly an angel. I will remember you when I look at the stars Mei Jin. ✨
Zura

Note:
- For those who know Nurse Yeap Mei Jin, you can refer to the funeral service and cremation session details in the comment section. We have her daughters’ consent to share this. Thank you.
- Thank you Kak Mariam Neoh & Kak Rozzana for joining me today.

May be an image of 5 people, dais and text
See insights and ads
All reactions:
Hisham Yusoff, Hazira Abd Rahman and 79 others

Fokus Kepada Perkara Di Bawah Kawalan Kita

     

Antara sharing dari rakan pembaca buku LoVE WITHOUT LOSING YOURSELF.
Terima kasih.

Inilah nikmat sebenar menulis dan berkongsi pengalaman. 🙏💖

Kalian yang bergelar ‘caretaker/caregiver’, percayalah, jika kalian boleh fokus kepada apa yang kalian mampu kawal sahaja, ianya amat membantu kesihatan mental dan fizikal kalian.

Ianya akan ambil masa, memang sukar pada mulanya. Kita sebagai caretaker ni sangat penat fizikal dan mental kerana kita hidup 24 jam bersama pesakit. Tak semudah susun itu ini segala teori dalam kepala. Apabila berada dalam keadaan ini, kita amat sensitif dan mula membuat kiraan, kenapa kita sahaja perlu menanggung semua ini, adik-beradik saudara mara kepada pesakit kan ramai lagi. Kenapa semuanya atas bahu kita. Tak terfikirkah mereka betapa peritnya kita berperang dengan masa dan wang ringgit. Ke mana ilmu agama mereka, sekadar teori sahajakah, aplikasi tanggungjawabnya mana?

Kalian percayalah, jika kalian tak boleh buang semua ini, kalian akan sangat-sangat penat fizikal dan mental. Fikiran sentiasa pertikai itu dan ini.

Tak ada cara lain. Dua ini sangat penting dari pengalaman saya:
(1) Berdamai dengan takdir yang Tuhan sudah tetapkan untuk kita.
- Kita tantrum di media sosial di group whatsapp ke apa takkan selesaikan masalah pun. Lagi terukkan keadaan adalah.
(2) Fokus kepada perkara di bawah kawalan kita.
- Bagaimana nak selesaikan cabaran depan mata kita. Financial sangat challenging buat saya sewaktu bergelar caretaker. Takkan saya nak merungut saja 24 jam. Allah swt dah sebut dalam Al-Quran, takkan berubah nasib sesuatu kaum hingga mereka sendiri merubahnya.
- Segala macam job saya buat untuk jana income dari rumah kerana saya tak boleh tinggalkan arwah suami tanpa jagaan.
- Dari ujian itu jugalah terbit peluang. Di situlah bermulanya perniagaan kraftangan batik saya.

Macam tu lah lebih kurang. Kita kena bertanggungjawab atas apa Tuhan amanahkan pada kita, kena ada accountability di sini. Apa kita perlu buat untuk manage dan solve the issues. Berhenti amalkan ‘self pity’ in a negative perspective.

Take care!

Kalian boleh dapatkan naskhah tersebut di sini
May be an image of text that says "UNTUK EMOSI MENGELAKKAN KELETIHAN (KHASNYA PENJAGA PESAKIT) FOKUS Fokus bawah kawalan sihat, perlu gembira, pesakit yang perlu pertikai kenapa kehidupankita nkitada sahaja. Diri kita sendiri perf ada keluarga sendiri elal peduli. serabutkan buat begitu begini. Sebenarnya setiap sebagai penjaga pesakit sudah jadual lakukat menjalankan dan kita sesiapa. alihkan fokus kita memikirkan ter dengan adi,ke am trying to.. for 1+year now.. baru nk belajar 11:01 am Kak, Kakjaga jaga diri ya Kak. Kita tanpa sedar abaikan diri kita. shared thru my own experience. Resulting to poor health condition in long run. 11:08 am"
See insights and ads
All reactions:
Nur Irdina Mohd Hadzrami, Khirman Khalid and 1 other
Like
Comment
Send
Share