Baru-baru ini saya diberi peluang untuk menghasilkan kipas tangan batik untuk YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai cenderahati sewaktu majlis pelancaran program Batik Lestari pada 5-6 December 2024 yang dianjurkan oleh MyCreativeVentures and Securities Commission Malaysia.
 |
Seronok tengok YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah begitu terujamenggayakan kipas tangan yang disampaikan oleh CEO MyCreativeVentures, Puan Zainariah Johari. |
 |
Full view. Simple dan praktikal. Boleh pakai. Bukan untuk hiasan sahaja. |
Saya simpan di sini buat kenangan. Saya ada share versi video dalam posting sebelum ini. Tidak pernah terlintas minat dan hobi saya dalam kraftangan menjadi serius serta kini merupakan sumber rezeki utama kami sekeluarga melalui The Batik Craft - Kelantan, Malaysia. Alhamdulillah.
Terima kasih tidak terhingga di atas peluang dan sokongan buat KakZai dari MyCreativeVentures khasnya

.
 |
Test dulu sarung kipas ngam tak dengan rangka.
|
 |
Sebelum tu saya susun dan iron batu kristal di atas fabrik. Boleh tahan harga batu kristal ni ya. Satu pek sederhana RM69.90. |
 |
Masukkan rangka ke dalam sarung. Kena adjust elok-elok kain dan batang buluh, nanti tak boleh lipat kalau tak sama.
Saya tempah tag nama acrylic khas untuk YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah untuk digantung sebagai keychain kipas beliau.
Beg jerut untuk simpan kipas. Saya buat simple-simple saja tetapi praktikal. Dah siap.
Boleh lipat elok.
|
No comments:
Post a Comment