Insan yang tak pernah ada sekelumit prejudis terhadap sesiapa, waima anak-anak yang punya karektor berwarna-warni. Ada air, tanah dan api. Mak tetap tenang dan penuh kelembutan. Mungkin saya dapat sedikit karektor Mak, 'air' saya kira saya ini. Ini juga rasanya aspek yang buat saya mampu bertahan dengan cabaran menyantuni almarhum suami bertahun-tahun, yang perlu dijaga bagaikan anak kecil.
Tapi saya tak perfect. Seperti orang lain juga, ada kalanya sabar saya terkubur juga. Menangis sendiri dalam bilik air, bawa kereta tengah malam tanpa hala tuju sekadar melepas lelah dan sesak di dada. Pernah sekali sedang asyik saya mengemas rumah, tiba-tiba almarhum Abe Mie tantrum dan ketuk saya dari belakang. Sedar-sedar saya dah pegang kolar baju Abe Mie, refleks. Adoi! Mai mana tak tau darah pahlawan tu. Mujur anak-anak sabarkan. Sudah berlalu semuanya.
Tak mudah manage orang dewasa yang ada impak mental. Kita sendiri mental koyak. Saya pernah terlintas nak pulangkan saja almarhum pada keluarganya. Tetapi almarhum Abe Mie adalah insan yang sangat baik sewaktu hayat sihatnya. Mana mungkin saya berbuat demikian.
Saya pernah kena tolak dalam bilik air sampai luka. Jika ada sesi psikiatri untuk almarhum suami, saya akan tumpang sekali, doktor psikiatri biasanya akan sedia mendengar dan beri konsultasi yang amat saya perlukan, mereka memahami. Saya sentiasa diingatkan untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental sendiri dahulu. Terima kasih para staf Klinik Psikiatri HUSM.
Saya juga takkan berjaya harungi semua ni sampai akhir hayat almarhum tanpa sistem sokongan yang positif yang saya ada. Mak, Abah, Ayah, Chik, anak-anak, adik-adik, ipar duai dan rakan-rakan yang dikasihi, inilah kekuatan saya. Hanya Allah swt yang dapat membalas budi baik kalian. Saya takkan lupa jasa kalian.
Pagi tadi saya dan kawan-kawan rapat saya lancarkan sedekah jumaat, agar buku saya dapat diletakkan di sudut bacaan klinik psikiatri hospital seluruh Malaysia. Ada 146 hospital semuanya. Setiap minggu kita buat, insyaAllah.
Saya mula packing dah sekarang, bookmark sampai dah semalam. InsyaAllah kalian akan mula terima pada bulan Feb nanti.
Kalian boleh dapatkan buku saya di sini: https://zurotsbooks.com/love-without-losing-yourself
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment