Tuesday, February 11, 2025

Misi Santuni Asnaf Utara Kedah Feb2025

Semalam saya join misi santuni 10 keluarga asnaf di utara Kedah dengan kawan-kawan charity saya. Perjalanan 2 jam memandu ke destinasi sorang-sorang, tanpa co-driver, nak sembang pun tak dak geng, terasa punyalah lama, campur mengantuk sekali. Sebelum tidur saya masak dulu untuk anak bongsu saya (baru habis SPM) yang tamat kerja part timenya jam 1 pagi. Saya tidur sekejap. Lepas anak saya balik, saya bangun temankan makan. Dah susah nak lelap pulak dah. Jenuh paksa diri sampai jam 4pagi baru terlelap. Mengantuk sakan waktu drive pergi dan balik.

Majoriti asnaf yang disantuni semalam ialah ibu tunggal merangkap ‘caretaker’. Antara keluarga yang kami ziarah ialah ibu tunggal ada anak autism dan jaga parent yang dua-dua amat uzur. Pandai menjahit tapi tak boleh manfaatkan skill menjahitnya untuk jana pendapatan kerana anak autismnya akan tantrum setiap kali dengar bunyi mesin jahit. Saya tanya macam mana Puan survive, berat ni tanggungan. Dia beritahu saya adik beradik sebelah Mak bagus, setiap kali raya akan beri zakat dan rajin jenguk walau jauh di Perak. Alhamdulillah.

MakLong pula pernah menjaga almarhum suaminya yang buta selama 20 tahun. Geng Ladies tak dapat tahan dari kolam air mata pecah apabila sebelum kami bergerak balik, MakLong minta izin untuk bacakan doa selamat buat kami. MakLong panjatkan doa dengan tangisan. Kami pun apa lagi join sekali 🥹

MakLong cerita rumah yang didiami sumbangan zakat. Baru saja siap seminggu. Almarhum suaminya tak sempat merasa, dulu duduk di rumah kayu yang tunggu masa nak menyembah bumi. Rezeki Allah bagi kata MakLong memang tak disangka-sangka, hanya perlu yakin.

“Hari ni pun MakLong tak sangka anak-anak semua mai bawak macam-macam. Tapi belum tentu rezeki MakLong. Mungkin sat lagi ada sesiapa yang lebih susah mari. MakLong akan share dengan dia. Tu rezeki dia.”

Waktu nak balik saya salam dan hadiahkan buku saya pada anak MakLong seorang ibu tunggal yang keluar berniaga kuih. Saya ceritakan dalam buku saya kongsi kisah suka duka saya menjaga almarhum suami selama hampir 13 tahun seperti anak kecil. Apabila kami ready nak gerak keluar dari rumahnya, MakLong pegang tangan saya.

“Sat. MakLong nak bagi sedekah pada Mak adik yang kena strok tu.”

Hebatnya konsep rezeki yang MakLong pegang. Yakin sungguh dia.

“MakLong, bukan Mak saya sakit strok. Arwah suami saya. Dia tak dak dah MakLong. Meninggai lama dah. 5 tahun dah.”

MakLong pegang tangan saya, tenung mata saya. “MakLong doa. MakLong doa.”

Macam tu lah antara suka duka dan pengalaman mahal setiap kali masuk kampung santuni mereka yang memerlukan.

Semoga kiriman kalian membawa keceriaan pada mereka. Juga saya harapkan hadiah buku saya dapat beri semangat pada mereka yang rata-ratanya caretaker. Ada sorang kakak tu cakap pada saya, “Seronoknya dapat buku cantik macam ni. Tak pernah beli buku. Teringin tapi ha lah…kena dulukan yang lain dulu.” 🥹

Terima kasih semua. Hingga ke misi seterusnya.

📸WK
See insights and ads
All reactions:
Mohd Monier, Azhana Ahmad Basir and 15 others

Beli Barang Untuk Asnaf

 



Esok saya akan masuk kampung santuni 10 keluarga asnaf di utara Kedah dengan kawan-kawan saya. Terima kasih banyak buat yang kirim sumbangan melalui saya dan pilih saya jadi posmen kalian. Saya dah beli serba sikit barang dapur tadi. InsyaAllah kita bagi cash jugak sorang sikit esok.

Sewaktu saya jadi caretaker pada almarhum suami dengan anak-anak masih kecil, hidup kami mencabar tak payah cakap. Bab wang ringgit, bab masa. Tapi, saya tetap paksa diri untuk terus terlibat dalam kerja amal. Setiap senyuman dan harapan yang tercipta daripada usaha kecil yang tak seberapa, sebagai posmen tolong bawa sumbangan kawan-kawan saja pun... semua ni memberikan kekuatan dan inspirasi untuk hadapi hari esok yang penuh cabaran.

Pada saya ini antara salah satu cara saya untuk pastikan diri saya tetap berpijak di bumi nyata—dengan memahami bahawa setiap orang mempunyai perjuangan mereka sendiri. Dengan melibatkan diri dalam kerja amal, saya belajar tentang ketabahan, kekuatan, dan keberanian yang ada pada setiap insan. Ia mengingatkan saya bahawa kesukaran adalah sebahagian daripada kehidupan, namun saya tidak bersendirian dalam menghadapi semua itu. Saya ada keluarga dan rakan-rakan yang banyak beri sokongan untuk saya menongkah arus.

Perkara yang paling penting dari ilmu kerja amal ni adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, bukan hanya bersyukur kepada Tuhan ketika kita dapat apa yang kita inginkan. Syukur mengajar kita untuk melihat keindahan dalam setiap detik kehidupan, menerima segala nikmat, kecil atau besar, dengan penuh keikhlasan.

Esok lepas habis program saya share trip amal tersebut. Kena share supaya kawan-kawan yang kirim sumbangan tahu, sumbangan mereka dah sampai ke penerima.
Kalian boleh dapatkan buku terbaru saya di sini https://zurotsbooks.com/love-without-losing-yourself


Salam Ukhuwah to New Followers


Salam ukhuwah dan terima kasih bagi yang follow akaun baru saya ni. Saya share short introduction video kat sini.

Akaun lama nampaknya tipis nak dapat semula, tinggal 85 days before permanently kena disabled.

Buku terbaru saya boleh kalian dapat di sini ya https://zurotsbooks.com/love-without-losing-yourself

Terima kasih


#zurots #lovewithoutlosingyourself #mentalhealthmatters

Tuesday, February 4, 2025

Selagi Ada Harapan, Kita Masih Punya Segalanya.




Morning routine selepas buku terbit. Sign & pack for 3 hours. Lepas tu sambung buat kerja menoreh lain pulak. Macam-macam benda saya buat asal dapat bring food on the table, dapat settle bills, dapat sara anak-anak yang masih belajar. It's not easy when you are alone. Tak ada siapa sebelum lelap nak kita bebel nak kita berkongsi rasa.

 

Tapi kita kan ada Tuhan. 24 hours available for us. Pencipta kita kot. So untuk para ‘singles’ no need to worry too much about human attention. Kita ada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang yang available 24 hours x 7 days a week untuk kita.
Kita adalah manusia. Its ok untuk menangis, untuk rasa lemah, dan sesekali rebah. Namun, yang paling penting adalah bangkit semula, melangkah kembali, dan terus mencuba.

 

Selagi ada harapan, kita masih punya segalanya. Harapan itulah yang    memberi kita kekuatan untuk terus bergerak, mencari cahaya di sebalik kegelapan, dan membina semula apa yang pernah runtuh. Saya umur 38 yo saya resign with zero hutang. Tapi itu semua perancangan kita sebagai manusia. Tuhan kata saya perlu diuji sikit lagi, so saya diuji dengan almarhum suami sakit kritikal. Slowly kelam-kabut semula financial. But its ok. Smooth sangat pun life ni tak best. Yang penting jangan pernah menyerah, kerana setiap permulaan baru membawa peluang baru. Take care!

 

Kalian boleh dapatkan naskhah LOVE WITHOUT LOSING YOURSELF secara online di sini Landing Page _ Love Without Losing Yourself

 


Ya saya gigih pack comey comey. Saya nak kalian terima buku saya dalam keadaan special. Macam terima hadiah gitu.
🫶